Sunday, 14 April 2013

HAPPY BIRTHDAY TO ME

assalamualaikum..

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah kerana dengan limpah dan kurnianya aku masih lagi diberikan pelbagai nikmat yang selama tak pernah lagi Allah meminta untuk dibayar.. Alhamdulillah juga kerana sebentar lagi kalau mengikut kalendar masihi umur aku akan genap 21 tahun..yes 21 tahun dah Allah beri aku peluang untuk hidup kat dunia ni, menimba pelbagai pengalaman hidup, mencari bekalan untuk akhirat.. masa yang berjalan bagaikan air terjun yang mengalir deras bagi aku sebab rasanya baru semalam aku bermain guli, sembunyi-sembunyi, masak-masak, kawin-kawin dan sebagainya dengan kawan-kawan yang lain.. tup-tup dah 21 tahun dah umur aku..kenangan zaman kanak-kanak akan sentiasa terabadi dalam diri ini.. aku kenalah menghadapi realiti hidup yang sememangnya seharusnya mempunyai perubahan..

13 April 2013 aku telah di prank oleh sahabat-sahabat aku di perkarangan kawasan perumahan Menteng.. baru je balik dari tempah medal untuk futsal this upcoming sunday, tiba-tiba je kena serang dengan tepung..macam biasalah senjata prank kitorang..but this time turn aku lah kena baling tepung..macam putera salju la jugak.. petangnya, lepas habis match badminton kat ukrida sekali lagi aku terkena..cis! sangat-sangat lah unexpected.. sakit woo mata aku sebab tepung masuk mata..kali ni aku kena lebih padu dan habis baju, seluar, muka, rambut..beruban aku kali ni..marah?oh tak..bersyukur sebab ada orang ingat hari istimewa aku..this is what they call as prebirthday prank..thats why lah aku tak expect langsung untuk kena awal..huhu..

malamnya pulak kak miss belanja makan kat restoran apa entah..lupo eh namonyo.. Alhamdulillah sangat-sangat kenyang dan best..lepas makan, aku, mad,wan, apai ngan kak miss lepak-lepak kat monas sambil berUNO game.. ha! hari sebelum aku di prank tu wan bawak aku g central park..dia belanja makan.. tapi yang paling best is haagen dasz.. first time makan ice ceram tu..thanks to wan yang telah membelanjakan wangnya untuk aku..haha..i am really touched by what he has done..

ok thats all for now.. =)
*mood malas nak upload gamba*






Thursday, 7 March 2013

SOB SOB


Assalamualaikum warahmatullah..

Alhamdulillah setinggi-tinggi syukur diucapkan ke hadrat Illahi kerana dengan limpah rahmat dan kurniaNya dapatlah kita semua bernafas hingga saat ini..

Malam Jumaat ni adalah malam terakhir aku berada di rumah di samping keluarga tersayang sebelum berlepas pulang ke medan perjuangan pembelajaran di Jakarta..diam tak diam da sebulan lebih rupanya bercuti..masa sangatlah mencemburui aku ni..lebih2 lagi bila mana berada dalam keadaan aman, selesa, tenang dan damai di kampung halaman tempat aku dilahirkan, Felda Kahang Barat..

Sepanjang cuti ni Alhamdulillah dapat bertemu dengan rakan2 yang da lama tak jumpa..borak2 panjang dengan mereka tapi sedikit kecewa sebab tak semua yang dapat hadirkan diri..maklumlah semua da belajar merata2..ada yang balik cuti ada yang masih lagi belajar di tempat masing2..tapi apa2 pun terubatlah jugak rindu dekat mereka2 yang dah mewarnai kehidupan pada zaman sekolah menengah dulu2..

Mm walaupun hati terasa berat nak meninggalkan mak, abah, adik beradik, anak2 sedara lebih2 lagi yang baru lahir tu, yang comel2 belaka tu tapi kena lah aku gagahkan diri untuk menempuhi saat2 perpisahan yang sememangnya menyakitkan..lagi2 hari ni kat tempat aku ada orang meninggal..mulalah fikiran aku menerawang ke sana ke mari memikirkan pelbagai kemungkinan..tapi perancangan Allah itu maha hebat..aku redha atas segalanya insyaAllah..harapannya agar diorang semua tak nangis la besok sebab aku ni ade fragile sikit bila tengok orang nangis..lagi2 kalau mak ngan abah yang nangis..tidakkk!!!

Bercakap mengenai persiapan barang2, saat dan ketika ini belum siap sepenuhnya..tadi timbang2 beg macam terlebih je..terpaksalah kurangkan barang2 yang nak dibawa..tapi takpe, malam ni aku adjust lagi semuanya..bagi tepat2 15kg utk luggage..

Persiapan mental dan fizikal?insyaAllah telah aku persiapkan dengan sesiapnya..maklumlah, duduk di Jakarta memang sangat mencabar mental anda sebagai seorang rakyat Malaysia..kalau nak tahu apa yang mencabarnya, duduk la sendiri kat sana..nak cerita panjang2 pun tak guna..yang tak pernah bersyukur sebagai warganegara Malaysia pun aku ingat boleh jadi orang yang paling bersyukur lah duduk kat Malaysia..fizikal pun Alhamdulillah sihat2 belaka..tapi bila2 je kalau Allah nak tarik nikmat sihat, maka sakitlah aku..
Akhirulkalam, semoga semester 2 ni akan dipermudahkan segala urusan oleh Allah..anatomi sedang menunggu..mayat sudah memanggil-manggil da tu..semoga kecemerlangan semester 1 dulu dapat diteruskan dengan izinNya..doakanlah kami semua yang berada di bumi garuda, selamat sentiasa..panjang umur dapatlah pulang menyambut hari raya aidilfitri bulan 8 nanti..insyaAllah..selamat tinggal Malaysia! Selamat tinggal semua! Mudah2an Allah memberi aku peluang untuk bersua muka kembali dengan orang2 yang aku sayangi..

Allahumma yassir wala tu’assir..

*mohon maaf atas segala khilaf*

Assalamualaikum.. =)

Sunday, 24 February 2013

ITS SINGAPORE TIME!


Assalamualaikum..

Alhamdulillah kali ni aku nak berkongsi sikitlah pengalaman menghabiskan masa cuti kat negara jiran kita, Singapura..bertolak dari rumah pada hari Rabu (20.2.2013), menaiki kereta Shazwan ke JB..tapi sebelum tu, aku ditipu hidup-hidup oleh mamat ni..dia cakap dia ada kat Muar masa call aku..tup2 da sampai kat depan umah..tekojut den..haa..ok sambung balik..then bertolak ke rumah Muhammad yang terletak kira-kira 10 minit lah dari rumah aku..kat sana kitorang makan malam dulu..nyam2 mak dia masak asam pedas atau kat rumah dia panggil gulai..pastu ada lah sayur, dessert..pokonya sangat kenyanglah time tu..terima kasih kepada Mad and family for filling in my stomach that night..hee..



Perjalanan diteruskan lagi ke Simpang Renggam, kampung Mad..salam2 nenek dia, borak2 sikit, amek pisang setandan, lepas tu kitorang terus gerak ke JB..lebih kurang pukul 12 kitorang sampai..oh sebelum tu, yang pergi dengan aku adalah Muhammad, Shazwan, Abang Nash dan Syam..hee..ok malam tu kitorang bermalam di umah mak cik aku kat Taman Universiti, Skudai..terima kasih Cikyak sebab sponsor tempat tidur selama 2 malam..




Keesokan harinya, kitorang gerak ke Singapura dengan menaiki bas..agak excited masuk sana sebab pertama kali ke Singapura..selama ni hanya dapat memerhati dari seberang laut je..huhu..jam 11 pagi, kitorang masuk ke Universal Studio of Singapore..sangat2 la best..beratus-ratus gambar yang dah ditangkap tapi malangnya tak dapatlah nak kongsikan semua gambar-gambar tu ye..boleh dikatakan semua benda yang ada kat situ aku dapat main kecuali the main roller coaster..sebab motion sickness..bersyukurlah wahai orang-orang yang takde penyakit ni sebab anda boleh main apa-apa sahaja tanpa segan, silu dan takutnya..takut apa?takut tak bangun lepas main nanti..haha..aku amek pengajaran daripada peristiwa yang lampau sebenarnya..terkilan sebenarnya tak dapat nak main tapi nak buat macam mana..demi kemaslahatan diri sendiri..hee.. #jelesdenganoranglain#

Kitorang kat USS sampai lah pukul 7, masa USS tutup daa...naik MRT ke Orchard Road..boleh tahan best la MRT..tapi yang bestnya tak payah tunggu lama pun..kejap je da datang train..another best thing in Singapore is its free monorail..macam tak percaya at first..haha..beli la sikit souvenirs kat sana..pastu bertolak balik semula ke JB..sampai JB kitorang cari tempat  makan sebab masing-masing dah lapar..maklumlah makanan kat Singapura tu mahal belaka..terpaksalah ikat perut sikit..destinasi: Restoran Singgah Selalu..location: Pantai Lido..boleh tahan sedap..ngantuk2 pun ngap jelah..haha..pastu terus balik umah mak cik saya..



Keesokan harinya, kitorang ke Tanjung Piai, Pontian (the tip of Asia continent )..sampai sesat2 masuk jalan tanah merah semua..haha..tapi semua tu terbayar bila sampai..Subhanallah, cantiknya lukisan Allah kat sana..angin bertiup kuat, pukulan ombak, ikan tembakul berlari-lari ke sana sini..memang best la..so refreshing..ha sebelum sampai kat Tanjung Piai tu kitorang singgah solat Jumaat kat masjid berhampiran..isi khutbahnya hampir samalah dengan entry aku yang sebelum ni mengenai musibah..tapi nilah yang aku boleh kongsikan secara ringkas..

Sebab Allah menurunkan musibah:
1.  kafarah dosa

“Tidaklah seseorang muslim ditimpa keletihan, penyakit, kesusahan, kesedihan, gangguan, kegundah-gulanan hingga duri yang menusuknya, melainkan Allah akan menghapuskan sebagian dari kesalahan-kesalahannya”.                                                         (HR. Bukhari)

“perumpamaan bagi orang-orang beriman apabila ditimpa sakit atau demam, bagai besi yang dimasukkan ke dalam api maka bersihlah karatnya dan tinggallah yang baik sahaja”
Al-hakim (dilaporkan oleh Abdul al-Rahman bin Azhar)

2. balasan dosa didunia

Wahai nabi, berjihadlah menentang orang-orang kafir dan orang-orang munafik, dan bertindak keras terhadap mereka. Dan (sebenarnya) tempat mereka ialah neraka Jahannam, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.                                                                 (At-Taubah: 74)

3. tanda kasih sayang Allah

Oleh itu, elakkanlah mengeluh ketika ditimpa musibah..musibah pada umat Islam jika dilihat dengan mata hati mempunyai seribu pengertian dan pengajaran..berkemungkinan Allah ingin menggantikan generasi yang derhaka dengan generasi yang beramal soleh..maka bersyukurlah saat kita tertimpa musibah..



Selesai menikmati tiupan sang bayu dan menikmati panorama indah kat Tanjung Piai kitorang pun bertolak balik ke Kluang..hantar aku balik then Wan, Abang Nash dan Syam pun terus bertolak pulang ke Kuala Lumpur semula..that is the end of story..hee..

Alhamdulillah diberi peluang untuk ke Singapura setelah 21 tahun hidup..dan Alhamdulillah jugak sebab dapat spent my time dengan sahabat-sahabat tersayang yang harapnya ukhuwah yang terjalin antara kami akan semakin kuat bondnye..insyaAllah..uhibbukumfillah..=)


Tuesday, 19 February 2013

SENANG KE SUSAH LAGI SENANG


Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu dengan sedikit katakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita kepada orang yang sabar. (Iaitu ) orang yang apbila ditimpa musibah, mereka mengucapkan “inna lillahi wa inna ilaihi raji’un” (Sesungguhnya kami adalah milik Allahdan kepadaNyalah kami kembali).
                                                                                                                                 (Al-baqarah:155-156)

Assalamualaikum..
Hai semua..apa kabanye pun?hehe..seperti biasa, semoga iman sentiasa dalam keadaan mantap dan ditingkat tertinggi lah ya..Alhamdulillah masih diberi kesempatan olehNya untuk kita sama-sama merasai dua nikmat terbesar, iman dan Islam..sentiasalah kita bersyukur kepada Allah atas semua nikmat yang telah diberikan pada kita 24 jam tanpa henti-henti..

Harini akan dikongsikan sedikit mengenai musibah..apa sebenarnya musibah ni?musibah bolehlah kita ertikan sebagai keadaan di mana seseorang menghadapi kelaparan, kematian, kekurangan harta dan sebagainya..tapi apakah kita sedar bahawa musibah bukan sahaja berupa kesusahan, malahan jika difikirkan kesenangan juga boleh dikategorikan sebagai musibah..

Kenapa?sebab dengan kesenangan juga seseorang boleh menghampiri syirik..syirik yang dimaksudkan adalah syirik khofi ataupun syirik yang tersembunyi..contohnya adalah ‘ujub, riak, bangga diri, sombong dan bongkak..

Let us just take a simple example..si A beli kereta baru yang masih belum ada pun orang yang pakai kat tempat dia..naturally, apa perasaan A pertama kali dia bawa masuk kereta tu ke tempat dia? saya pasti semua pun tahu jawapannya..mestilah banggakan sebab dia ada apa yang orang lain tak punya..itu pun dah dikira syirik khofi..hati-hatilah dan sedarilah akan hakikat ini..

Sebenarnya ada banyak tujuan Allah menurunkan ujian pada hamba-hambaNya yang berupa musibah (kesenangan dan kesusahan) ni..ujian yang diturunkan dalam pelbagai bentuk tersebut perlulah kita hadapi dengan penuh kesabaran dan penuh pengharapan agar Allah membantu kita menghadapi ujian tersebut..

Ini adalah salah satu sebab Allah menurunkan ujian kepada manusia..

“Dialah yang menciptakan mati dan hidup untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa, lagi Maha Pengampun”   
                                                                                                                                                (Al-mulk: 2)
  
Sebenarnya Allah nak melihat siapa di antara hamba-hamba Dia yang istiqamah dalam mematuhi semua perintah dan menjauhi tegah laranganNya..oleh itu, janganlah kita rasa down kalau ditimpa sesuatu musibah kerana percaya dan yakinlah bahawa setiap yang berlaku itu ada hikmahnya..

Harus juga kita sama-sama sedar bahawa semua nikmat seperti rumah besar, kereta besar, android, udara, makanan dan semua tu tidak akan sama-sama dikuburkan nanti..ringankanlah tangan untuk menghulurkan derma kepada mereka-mereka yang tidak berkemampuan..quote sikitlah daripada bersamamu ‘hulurkan tangan ringankan beban’..

Sedikit sahaja perkongsian harini..harap-harap dapatlah sama-sama ambil pengajaran, merenung, merefleksi diri sendiri apakah selama kita hidup ni, semua nikmat yang Allah berikan tu kita gunakan dengan penuh hikmah dan bijaksana, sesuai dengan fungsi nikmat-nikmat tersebut..so tak payahlah nak fikir kalau kita kaya tak akan ada ujian sebab susah ke senang ke, ujian tetap akan Allah turunkan..wallahua’lam..

Monday, 18 February 2013

CUTI OH CUTI


Assalamualaikum..Alhamdulilah..lama da tak update blog ni..berhabuk da..lama tak tanya soalan ni..apa khabar iman harini?harapnya sentiasa berada pada tahap yang memuaskan..



Harini genap 11 hari (kalau tak salah kira) aku berada di bumi bertuah Malaysia..kalau dikira2 tinggal beberapa minggu je lagi akan kembali semula ke Jakarta untuk meneruskan semuala kegiatan harian sebagai seorang medical student..Alhamdulillah banyak aktiviti da dapat aku buat bersama2 dengan keluarga dan kawan2 yang lain sepanjang 11 hari ni..so the purpose of me writing today is to recap what have done to fill holiday..



Hmm..pertama2nya menjejakkan semula kaki di KLIA pd 9 hb haritu rasa sangat bersyukur..dapat menghirup kembali udara Malaysia yang segar..bertemu dan mendengar orang sekeliling bertutur dalam bahasa Melayu..dan aku pun bolehlah cakap Melayu kat kedai walaupun kadang2 terkeluar gak loghat Indonesia..es teh manis..aqua..mas..dan sebagainya..haha..destinasi pertama adalah mamak..yeah melepas rindu orang kata..terima kasih pada Aiman yang sudi memacu keretanya membawa aku, Wan dan Mad ke kedai mamak yang terletak di Wangsa Maju tu..erk..kenyang makan nasi goreng mamak sepinggan, roti telur satu dengan teh tarik..esoknya balik lah semula ke Kluang..oo lupe time tu sampai KLIA hampir jam 12 malam..the next day, moved back to my hometown, Kluang..



Sampai2 je kat Kluang, terlihat lah wajah ceria dua insan yang sangat2lah aku sayangi which is mak and abah..rindu giler kot kat diorang..mane tak rindu, hampir 6 bulan kot tak bersua muka..huhu..then teruslah balik rumah..balik2 je, all my siblings were there..dengan tambahan tiga ahli baru, semakin besar dan meriahlah keluarga cik embok ni..kembar lelaki yang mase tu bru berumur bbrapa hari dan seoarng bayi prempuan berumur 3 bulan..itulah ahli baru keluarga aku..comel2 semuanya..Alhamdulillah dapat gak jumpa anak2 sedara aku tu..malam tu, macam2 la soalan yang perlu aku jawab yang soalannya berkisarkan kehidupan aku di Jakarta, Indonesia..seronok dapat balik umah..huhu..


Sempat jugak buat reunion dengan ex 5 Arif 2009..tapi sayang sebab tak semua dapat hadir sebab ada yang tak balik bercuti..so mana yang ada jelah berkumpul..sempat pergi rumah beberapa kawan yang lain menghantar telekung yang dipesan..gua jual murah je beb..haha..mm beberapa hari lepas tu turun kl semula sebab nak jumpa kawan yang nak fly ke New Zealand..Alhamdulillah penantian dia berakhir harini..tepat 8.30 a.m 19.2.2013 berlepas lah dia ke sana..semoga selamat tiba ye..tak yah nak sedih2..enjoy your days na..hee..

Ok for my routine or daily activity, aku jadi supir@driver untuk adik aku..hantar pegi keje, pastu amek..hari2 lah buat benda yang sama..supir yang tak bergaji pulak tu..huh..haha..tapi takpelah..at least i have thing to do..takdelah asyik dok terperap je kat rumah..nak main futsal tapi kahang barat ni kerap hujan..nak mandi2 kat gunung lumut pun macam tu..asal nak pegi je mulalah gelap je hari..gunung yang boleh dilihat dari rumah ni pun da tak nampak dah sebab dilitupi awan mendung..takpe insyaAllah before balik ni aku akan pegi jugak..hee..



Kadang2 bila terkenangkan sahabat2@roommates kat jakarta rasa tak sabar nak balik semula Jakarta sebab they really made my days..and bila terkenangkan sahabat2 kat intec terfikir, ble la dapat dduk semeja, makan, berbual, and do things together..waiting for that moment..insyaAllah one day hopefully..sol, fizi, aisar, aiman, apai, mad, wan, syam, aizul and abg nash..lets plan for that day..huu..ok lah..esok  aku, syam, mad, abg nash n wan akan ke singapura..mudah2an perjalanan kami selamat pergi dan pulang..amin..thats all for now..

Assalamualaikum..=)

Tuesday, 22 January 2013

HAPPY BIRTHDAY SAYUTI

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..harini dapatlah menyambut besday salah seorang daripada sahabat merangkap housemate aku yang sorang ni which is sayuti..malam semalam kitorang bawak dia keluar makan kat carl’s junior atas permintaan dia..so kitorang penuhilah permintaan besday boy ni..habis makan-makan kitorang pun jalan-jalan la sekejap kat central park tu..masuk carefour punyalah lama..window shopping katanya..tak sangka pulak kat carefour pun boleh window shopping..huhu..

Balik malam tu kitorang saje menakut-nakutkan si sayuti bahawasanya kitorang akan menjalankan modus operandi untuk prank dia..agak gelabah lah dia sebenarnya..bila kitorang cakap pasal prank je, he utters the word “down”..haha..comel je..tapi disebabkan dah kepenatan berjalan and kitorang tak prepare pape pun so tak jadilah nak prank dia malam semalam..

Tanggal 22 januari 2013, maka hari bersejarah bagi sayuti pun tiba..haha..pagi tu memang tak buat pape pun sebab ada kelas..lepas subuh berjaya la jugak melawan nafsu tidur..harini kelas start 7.30 pagi..so sebelum ke kelas tu sempatlah berjoging bersama kak miss, wan dan mad..Alhamdulillah terasa segar sikit badan..tapi sebenarnya agak excited untuk ke kelas sebab im going to study medical stuffs which i have waited for about 4 months..haha..belajar la macam-macam pasal embriologi..new knowledge to be understood and memorized..

Petang dalam pkul 3.30 baru balik rumah..ok lepas je sembahyang asar wan beritahu yang we will buy a cake for sayuti..but then mad ngan aiman pegi beli kek, aku ngan wan masakkan nasi goring untuk sedikit jamuan di malam hari..lepas maghrib berdendanglah lagu “Allah selamatkan kamu” untuk sayuti..buat pertama kalinya aku menyambut besday dia..huhu..sedap kek coklat tu..huhu..

Tiba-tiba “aman, aman sini kejap”..aiman panggil aku..”jap lagi aku nak buat prank kat sayuti, so kita kne berlakon sikit yang kita nampak makhluk halus dok bertenggek atas bahu dia”..begitulah plan yang telah disepakati oleh aku dan aiman..lepas isyak aku ngan aiman memulakan sinetron, drama, samarinda or whatever it is..lakonan menjadi, pelanduk dah masuk dalam perangkap..aku ngan aiman bawak dia keluar ke beranda di tingkat tiga..aku tak taulah apa yang aiman cakapkan kat sayuti sebab time tu aku menjauh dari dia..konon-konon takutlah ngan benda alah yang bertenggek kat atas bahu dia..

Sedang rancak budak dua orang tu berbual, tiba-tiba “splash”..marzuk simbah sebaldi air kat sayuti..tak cukup lagi, berdas-das tepung dibaling ke arah dia..haha..putihlah sayuti malam ni..seperti biasa, bukan besday boy je yang akan kne prank, tapi semua yang terlibat..habis tepung bersepah satu rumah..tapi taklah sepah sangat sebenarnya sebab masing-masing macam behave sikit sebab takut radi marah..haha..but everyone seems not satisfy with shazwan because he is hiding in apai’s room..up until now (saat entry ini ditulis), he haven’t move out..stay safe lah konon..takpe-takpe..nak tengok berapa lama dia boleh bertahan dalam bilik tu..haha..

Tapi ape pun sangat happy sebab dapat prank sayuti buat julung kalinya di Indonesia ni..this is our first prank in Indonesia since we come here..tahniah sayuti sebab jadi yang pertama..haha..kepada sayuti jangan marah ye..gurau-gurau di hari jadimu bro..hehe..ucapan kepada sayuti; semoga peningkatan umur menjadikan pemikiran lebih matang dan ibadah lebih terjaga..sanah helwah SAYUTI!!       

Thursday, 3 January 2013

SAD DAY


Assalamualaikum..

Alhamdulillah usai sudah menguruskan seorang sahabat yang dalam keadaan tubuhnya tak berapa sihat..melihat keadaan sahabat ni aku jadi risau sebab tak pernah lagi tengok dia sakit..selalu dia adalah seorang yang ceria dan energetik tapi bila dia sakit, bertukar menjadi seorang yang pasif..keadaan kesihatan dia sangat merisaukan aku..sejak dari malam lagi dia dah sakit perut tapi ingatkan biasa2 je..then lama kelamaan i noticed a sick face..

Mulutnya cakap tak sakit, aku ok..but i know how pain it is sebab i used to get stomach pain which usually last for a week..so da masak da dengan masalah perut ni..kerisauan melihat keadaan dia memberi efek pada diri aku..macam aku pulak yang sakit da ni..what i hope is just his cureness..semoga cepat sembuh ya akhi..

Sedang yang sorang ni sakit, tiba2 dapat mesej daripada yang sorang lagi..”now aku yg memulas dan termuntah”..menambah lagi kerisauan aku pada sahabat yang satu lagi..aku nak tolong tak bole sebab ada kelas PBL..pastu sampai kat ukrida terserampak la dengan dia..katanya ada budak local yang nak hantar ke siloam hospital..dengan berat hati aku masuk la kelas..ibaratnya jasad dalam ruangan PBL tapi fikiran dah merewang pada dua orang sahabat aku ni..tertanya2 gak dalam hati, what happened to two of my friends ni? Habis je kelas aku pegi la jenguk keadaan dua2 sahabat ni kat hospital..sampai sana tengok yang sorang da macam dehydrate and yang sorang nampak cool je..Alhamdulillah ok la tu dia..

Kepada dua orang sahabat ni, aku nak minta maaf sebab tak dapat nak tolong korang banyak..aku dapat tolong mana yang termampu je..semoga dua2nya pun cepat sembuh..how significant you guys are in my life makes me sick and so worried bila tengok korang tak sihat..jadi down bila tengok korang terlantar sakit and i can’t do nothing apart from praying for u guys healthiness..semoga semua kembali sihat seperti sedia kala sebelum ujian praktikum and integrasi dua minggu depan..syafakallah..semoga cepat sembuh..