Wednesday, 7 November 2012

SELAYAKNYA TITISAN AIR MATA


Assalamualaikum..

Apa khabar iman tatkala membaca entry kali ini? Harap-harap dalam keadaan yang sihat walafiat hendaknya. Kali ini post yang akan dimuatkan merupakan sebuah wacana yang diambil isinya daripada khutbah Jumaat di Masjid Universitas Esa Unggul. Menceritakan tentang tangisan manusia yang seharusnya mempunyai tujuan mengapa Allah menciptakannya.

Saban hari kita dapat melihat kanak-kanak menangis kerana dimarahi oleh kedua ibu bapanya, kerana kehilangan insan tersayang dan dikeranakan oleh pelbagai perkara yang lain lagi. Namun apakah layak air mata tersebut dititiskan dan apakah adil (meletakkan sesuatu pada tempatnya) dibazirkan air mata itu begitu sahaja. Selain daripada menjadi sistem imuniti badan yang mana dapat mencegah bakteria daripada memasuki mata,  air mata diciptakan atas tujuan perhambaan diri kepada yang Maha Esa.

Seharusnya tangisan itu dikeluarkan kerana dua perkara. Pertama kerana khauf atau takutkan Allah dan kedua kerana sifat rajak atau berharap. Takut dapat diertikan sebagai takut seandainya amalan seharian yang dilakukan tidak diterima oleh Allah. Namun pada masa yang sama,  sifat berharap memainkan peranan dengan melengkapkan lagi rasa ketakutan tersebut. Seandainya kita takut amalan tidak diterimaNya, maka kita perlulah terus berharap agar amalan itu diterima. Kefahaman yang padu tentang dua elemen ini boleh menyebabkan mengalirnya air mata yang sememangnya layak dititiskan. Air mata tersebut akan dikira sebagai amal ibadah kepada Allah.

Ingin dikongsikan peribadi salah seorang sahabat nabi yang bernama Umar al-Khattab yang bergelar al-farouk (pemisah antara hak dan batil). Beliau adalah seorang yang sangat tegas terhadap kezaliman. Terketar musuh apabila namanya disebut dan ketika diketahui bahawa beliau menyertai peperangan. Dua empayar besar pada zamannya, Rom dan Parsi juga gentar akan Saiyidina Umar. Hal tersebut menunjukkan betapa tegas dan beraninya Saiyidina Umar sehinggakan semuanya ibarat siput yang disentuh akan masuk ke dalam cengkerangnya semula.

Walaupun luarannya adalah seperti yang telah digambarkan, namun hati Saiyidina Umar adalah tersangat lembut dan halus. Saat beliau berdiri mendirikan solat menghadap Allah dan berzikir, air matanya akan menitis seperti menitisnya embun di pagi hari. Tangisannya itu adalah disebabkan beliau begitu takut seandainya Allah tidak menerima ibadahnya walaupun telah dijanjikan syurga. Begitulah kelembutan hati seorang sahabat yang juga digeruni oleh syaitan. Dalam seribu orang, belum tentu terlahirnya khalifah seperti Saiyidina Umar. Ahli agama telah banyak terlahir namun pada hakikatnya, tahap keimanan mereka masih tidak boleh mencapai keimanan para sahabat nabi Muhammad s.a.w.

“Dan mereka merendahkan diri mereka bersujud sambil menangis dan mereka bertambah khusyuk”
Al-Isra’: 109.

Ayat di atas menjelaskan bagaimana sekiranya seseorang itu memperoleh khusyuk dalam solat. Saat itu, hati dan akal menjadi satu. Sekiranya tiada connection antara hati dan akal semasa menghadap Allah, maka luluhlah hati tersebut. Segala sesuatu yang dilakukan akan mempunyai intervensi Allah bila mana hati dan akal sentiasa berhubungan antara satu sama lain.

Di saat nabi Muhammad meminta Ibnu Mas’ud untuk membacakan ayat-ayat Allah kepada baginda, beliau menjawab: “bagaimana harus aku bacakan ayat-ayat itu sedangkan ayat tersebut diturunkan kepadamu oleh Allah melalui Jibril”. Nabi menjawab: “Aku sangat senang mendengar bacaanmu”. Lalu dibacakan surah an-Nisa’. Ketika Ibnu Mas’ud membacakan ayat-ayat tersebut tiba-tiba baginda Muhammad berkata: “Ya Mas’ud berhenti. Jangan dilanjutkan bacaanmu. Aku tidak kuat untuk mendengar ayat-ayat Allah dibacakan”. Wajah baginda kelihatan murung dan baginda menitiskan air mata. Begitulah hebatnya kefahaman nabi terhadap al-Quran yang sememangnya menjadi petunjuk sepanjang zaman. Air mata beginilah yang harus kita cuba untuk titiskan.

“Tidak akan masuk neraka Jahannam seandainya mata seseorang menangis kerana takut kepada Allah”. (Abu Hurairah)

Di akhir zaman kelak, akan ada sekumpulan manusia yang berkata bahawa menangis di depan Allah itu bid’ah pada hal telah jelas diterangkan tentang perkara ini dalam al-Quran dan hadith nabi. Diharapkan kita terhindar daripada terjerumus ke dalam golongan tersebut.

Sabda nabi:
“Orang yang hati susah menangis dan kering air mata maka kering dan bekulah hati”.

Pada kebiasaannya, keadaan sebegini berlaku terhadap orang-orang yang mempunyai penyakit hati, wahan iaitu cintakan dunia. Segala perkara yang haram menjadi halal bagi mereka. Arak menjadi minuman seharian mereka. Judi menjadi permainan yang mengisi masa lapang mereka. Perempuan menjadi ‘makanan’ seharian mereka. Begitulah sebaliknya.

Salman al-Farisi mengatakan bahawa beliau tidak pernah tertawa dalam tiga perkara. Pertama ketika ditinggalkan orang dicintai. Beliau menangis ketika wafatnya Rasulullah dan empat sahabat baginda. Kedua adalah ketika beliau mengingati sakitnya sakaratul maut nanti. Beliau sentiasa teringat akan keadaan atau kisah ketika nabi Muhammad menghadapi sakaratul maut. Ketiga adalah ketika berdiri menghadap Allah dengan solat.

Begitulah bagaimana Allah mengajarkan kita tentang menangis. Diharapakan selepas ini setiap air mata yang jatuh itu adalah kerana sifat khauf dan rajak kita kepada Allah. Menangislah selagi mana kita mampu. Selagi mana buku catatan amalan belum ditutup. Selagi mana nyawa belum lagi di hujung kerongkong. Mudah-mudahan kita sama-sama dapat mengambil pengajaran daripada sedikit perkongsian ini. Wallahua’lam.

Wednesday, 24 October 2012

AIDILADHA BERTANDANG KEMBALI


Assalamualaikum..
Blog kali ini akan dimuatkan dengan sesuatu yang berunsur ilmiah agar sama-sama dapat kita kongsikan pengetahuan kepada mereka-mereka yang mungkin tidak tahu mengenainya atau kepada yang telah sedia maklum, maka peluang ini boleh dimanfaatkan untuk menambah kefahaman mengenai topik yang akan diperkatakan pada kali ini.

Pada saat dan ketika ini, berbondong-bondong, berjuta-juta umat Islam berkumpul di suatu tempat yang sememangnya menjadi idaman setiap individu yang bernama Muslim iaitu di Baitullah, Makkah. Masing-masing mempunyai niat suci yang sama iaitu menunaikan rukun Islam yang kelima. Bagi golongan yang statusnya bukan lagi bujang atau bachelor , insyaAllah kelima-lima rukun Islam yang telah kita sedia maklum itu telah berjaya dijalankan dengan syarat haji yang dilakukan adalah haji yang mabrur bagi rukun yang kelima.
Penyatuan umat Islam pada saat ini adalah gambaran manusia di padang mahsyar kelak. Semuanya berpakaian seragam putih tanpa mengikut status, pangkat, darjat atau apa sahaja jawatan yang di sandang. Hati haruslah diikhlaskan, anggota sentiasa bergerak menunjukkan tanda pengabdian kepada Allah, Tuhan yang Maha Esa. Alangkah bagusnya seandainya penyatuan ini diterjemahkan dalam isu mengembalikan semula hak rakyat Palestin dan mewujudkan semula konsep pentadbiran khilafah islamiyah sebagaimana yang diajarkan oleh baginda Nabi Muhammad s.a.w.  Sedikit terlari daripada tajuk, namun itulah hakikat atau pengajaran yang dapat diambil daripada peristiwa haji selain daripada apa yang telah dipelajari di sekolah.
Memakai ihram menunujukkan manusia itu di sisi Allah adalah sama sahaja namun, terdapat satu perkara besar yang membezakan darjat seorang Muslim dengan Muslim yang lainnya iaitu takwa. Sekiranya seorang Muslim itu telah dapat bertakwa kepada Allah, maka ‘pangkat’nya telah dinaikkan kepada Mu’min. Di situlah letaknya perbezaan antara Muslim dan Mu’min. Orang-orang Mu’min akan lebih memahami hakikat ibadah haji bukan hanya sekadar yang tersuratnya sahaja. Malahan mereka juga berjaya membuka minda mereka, menyelusuri seluruh aspek pemikiran mereka mencari maksud yang tersirat daripada ibadah yang telah dipelopori oleh Nabi Ibrahim ‘alaihissalam. Dalil dari ibadah haji ini terdapat pada permulaan ayat 196 surah al-Baqarah yang bermaksud
“Dan sempurnakanlah ibadah haji dan umrah kerana Allah...”.
Dengan kefahaman yang mantap tentang ibadah haji maka niat kerana Allah itu akan menjadi tunjang kepada pemergiannya seorang hamba untuk menyahut seruan Tuhannya di rumahNya.
Namun, apa yang lebih signifikan tentang ibadah haji ini adalah tentang ibadah qurban atau juga disebut Hari Raya Aidiladha. Seperti yang kita sedia maklum, sejarah daripada perayaan besar umat Islam ini adalah bila mana Allah Ta’ala mengarahkan Nabi Ibrahim menyembelih anaknya Nabi Ismail. Peristiwa tersebut menggambarkan sebuah pengorbanan yang harus dilakukan seseorang dalam menjalani kehidupan sebagai seorang yang beragama Islam.


Terdapat satu kisah mengenai Saidina Uthman yang terkenal sebagai seorang yang pandai berniaga. Suatu saat ketika tiba musim berdagang, Saidina Uthman telah membawa barang-barang dagangannya. Datang seorang pembeli untuk membeli barang-barangnya dengan tawaran harga yang sangat lumayan keuntungannya. Namun beliau menjawab bahawa barang tersebut telah ditempah dan diletakkan harga yang lebih tinggi nilainya. Datang lagi seorang pembeli menawarkan harga yang lebih tinggi daripada yang sebelumnya. Saidina Uthman masih lagi memberikan jawapan yang sama. Kemudian, datang pembeli yang seterusnya dan jawapan tersebut masih lagi diberikan oleh beliau kepada mereka. Semua pembeli tersebut tertanya-tanya siapakah yang berani mewarakan harga yang lebih tinggi daripada nilai yang ditawarkan mereka. Maka jawab Saidina Uthman, Allahlah yang telah menwarkan harga yang lebih tinggi daripada mereka. Barang-barang dagangannya akan diberikan kepada fakir miskin lalu dibacakan surah al-Baqarah ayat 261 yang bermaksud:
“Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah seumpama sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai; pada setiap tangkai seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurniaanNYa) lagi Maha Mengetahui”.
Disebabkan kefahaman yang begitu mendalam tentang agama, maka Saidina Uthman lebih sanggup mengorbankan keuntungan yang ditawarkan pembeli-pembeli tersebut demi mengejar sesuatu yang maya di dunia namun nyata di akhirat kelak.
Ibadah qurban memberi peluang kepada kita untuk menjaga hubungan sesama manusia atau hablum minannas. Hubungan sesama manusia haruslah dan sangat perlu untuk dijaga kerana di dalam Al-Quran itu sendiri 80% kandungannya adalah berkenaan hubungan sesama manusia. Begitu juga hadith-hadith baginda Muhammad. Daging korban yang disedekahkan kepada fakir boleh memberikan sinar kebahagiaan jauh di sudut hati mereka. Ada antara meraka yang hanya dapat merasakan daging seminggu sekali, ada yang sebulan sekali, ada yang setahun sekali dan ada juga yang tidak pernah boleh merasakan daging kerana kefakiran. Disebabkan itu, ibadah korban memberi peluang kepada meraka untuk sama-sama mendapatkan salah satu daripada nikmat kurniaan Allah ini. Dengan ini, silaturrahim sesama Islam itu akan lebih terjaga di samping mendidik hati pemberi sedekah tersebut agar tidak memandang golongan fakir ini sebelah mata. Membiarkan mereka bergelandangan di tepian jalan. Setidaknya, harus disedari kehadiran mereka di sekeliling kita. Itulah yang dianjurkan oleh Nabi Muhammad sehinggakan baginda mengatakan tidak lengkap iman seseorang itu jika dia tidak mencintai saudaranya lebih daripada dirinya sendiri.
Melalui sudut pandang seorang pelajar, pengorbanan juga perlulah dilakukan demi mencapai kejayaan. Masa yang terluang perlulah dimanfaatkan sepenuhnya untuk mengulangkaji pelajaran. Harus sentiasa tersemat dalam sanubari bahawa setiap anak yang keluar dari rahim ibu itu adalah menjadi harapan ibu bapa agar menjadi orang berguna di suatu masa nanti. Sanggupkah kita membiarakan harapan mereka yang menggunung tinggi itu hancur musnah kerana keegoaan kita yang lebih mementingkan budaya hedonisme daripada air mata kegembiraan mereka? Lakukanlah pengorbanan kerana Allah bukan kerana terpaksa. InsyaAllah penilaian Maha Pencipta itu adalah yang terbaik kerana sebagai Pencipta, Dia lebih mengenali ciptaanNya lebih daripada kita mengenali diri sendiri.
Akhirulkalam, setiap perbuatan itu yang dinilai adalah diakhirnya. Bagi yang sedang melakukan pengorbanan, ayuh dayunglah sampan anda selaju-lajunya biar sampai ke daratan di seberang sana. Dakilah gunung yang mencuram tinggi hingga sampai di puncaknya. Beramallah dengan istiqamah agar amalan diterimaNya kerana amal yang terbaik adalah amalan yang istiqamah biarpun sedikit.

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA!

Sunday, 14 October 2012

SUARA HATI PENGABDI


Dalam mencari ketenangan hati,
Halangan harus aku hadapi,
Mentari pagi bersinar sepi,
Menemani lara hati ini.

Damai dicari datang dan pergi,
Singgah di pintu hati di malam hari,
Lewat jendela ia hilang dikala pagi,
Membuat diri sering berbagi,
Peribadi kukuh tidak terdiri,
Menjalani ranjau dunia mandiri.

Mencari solusi bersujud dahi rapat di bumi,
Berkata hati memperhambakan diri memanjatkan doa pada Illahi,
Membasah bumi air mata bercucuran tiada henti,
Bersungguh memanjat gunung doa mencondong tinggi,
Mengharap di dengar suara kecil sang pengabdi.

Nukilan
muhamad aman bin embok halid

bende ni dicipta oleh aku masa meeting kat malaysia hall jakarta pada 13 oktober 2012. yang MT tengah dok sembang apa entah..tiba2 aku terdapatlah idea nak buat benda ni di atas sehelai tisyu..huhu..mungkin takdela penulisan ni sehebat A. Samad said atau penulis2 lain..tapi nilah yang terbuku di hati semalam..

Friday, 5 October 2012

my life now


Assalamuaalaikum semua..lama kita tak jumpa dalam blog aku kan?hehe..Alhamdulillah..akhirnya dapat gak kesempatan nak mengupdate blog ni..ade je yang bertanya dan melontarkan permintaan untuk aku update..sorry la guys..agak busy sebenarnya..try to settle down dulu bru bole menulis dengan jiwa, hati, perasaan dan fikiran yang tenang..hehe..

Sekarang ni terasa nak share mengenai kehidupan aku sepanjang aku menyepi ni..by the way, i am in Indonesia right now..pursuing my medical studies here..why am i here not Ireland as it was supposed to be..nah the answer is because Allah’s plan is much better..actually i didn’t pass UCD which stands for University College of Dublin requirement..UCD nak 13 tapi apa kan daya aku Cuma dapat 11 points je..walaubagaimanapun, aku tak bersedih mungkin sebab aku tak terlalu letak harapan tinggi untuk UCD..Alhamdulillah Allah bagi kekuatan untuk aku hadapi semua ni..lagipun aku masih beruntung sebab masih lagi diberi kesempatan dan peluang untuk bergelar pelajar perubatan atau kat Indonesia dipanggil mahasiswa kedokteran.

Oklah..since im in Indonesia right now, aku nak story sikit mengenai apa yang dah aku lalui selama sebulan aku kat sini. Masa first2 sampai ada lah beberapa orang senior beserta dr. Goenawan (pengurus student Malaysia di Indonesia)..bas yang kami naiki meluncur laju menuju UKRIDA, Universitas Kristen Krida Wacan..ha tulah nama panjang dia..sedang bas dipandu laju, tiba-tiba je perlahan..waduh, macet dong Jakarta..hehe..macet tu sesak ye kawan-kawan..sangat teruk kesesakan lalu lintas kat sini..boleh dikatakan dua kali KL lah..time tu dahla aku sakit perut..memang satu dugaan betul lah..pertama kali aku mencecahkan kaki kat UKRIDA tu, tempat pertama yang aku kunjungi is toilet..hehe..first impression terhadap ukrida is fine sebab toilet cantik..

Ok sekarang nak cerita pasal orientation week..minggu orientasi kat intec or kat Malaysia is way far more better than in here..orientasi tu diberi nama GAMALIEL..tak ingat lah pulak nama panjang dia..tak tau nak cerita macam mana pasal gamaliel tu tapi memang tak best la..plus budak2 indonesian diorang baru umur 18 tapi dah masuk university..pandai kan diorang?haha..oh tidak..sebenarnya diorang takde matrikulasi, foundation or whatever macam kat Malaysia tu..habis SMA (sekolah menengah atas) terus masuk university..untungkan..umur 23 da jadi doktor..

Ok habis cerita gamaliel, nak cerita pasal kelas pulak..sebulan belajar memang boleh dikatakan berapa kali je tak tido dalam kelas..nak tau kenapa asyik tidur je?sebab kene belajar etika kristian..sangat boring sampai mengantuk..haha..tapi Alhamdulillah berjaya mengkhatamkan silabus tu..sekarang ni dah start belajar things that related to medic..baru rasa macam cerah masa depan ni..belajar pasal komunikasi doktor ke pelajar..empati..ni pun baru siap makalag@assignment pasal bende2 nilah..

Nak cerita pasal bersiar-siar pulak..huh..memang hari2 pegi jalan..ade beberapa malls yang besar2 kat sekeliling umah aku ni..Central Park, Taman Anggerik, Citra Land, Giant, Roxy Square, Roxy Mas..duit pun mengalir ibarat air terjun yang sentiasa berlumba2 nak terjun..kuasa membeli memang besar la sebab barang2 murah..semalam pun baru je lepas ice skating..memang murah la lebih kurang rm20 je..kalau kat sunway rm40..50% off..insyaAllah esok akan ke Bogor..senior cakap it is a cold place..unlike Jakarta, Bogor terlindung daripada kesibukan kota..hijau je..wbercakap mengenai suasana hijau ni jadi teringat pulak pada kampung halaman..tapi demi mencapai cita2, kene la kita berkorban kan..that’s all for now..=)

Monday, 13 August 2012

PERGI TAK KEMBALI


“Tiap-tiap yang bernyawa pasti akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah Berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.” (surah al-imran: 185)

Tempat: masjid jamek felda kahang barat
Masa: 5.55 a.m (25 ramadhan 1433)
Pak imam: hari ni saya nak mengumumkan ada kematian di tempat kita ni..saya dapat panggilan telefon pagi tadi jam 1.45 a.m..



Ya Allah, rasa tersentap hati aku di kala mendengar pak imam membuat pengumuman tersebut. Rasa iri hati pun sempat juga menjengah dalam hati kecil aku ini. Manakan tidak, dijemput bertemu sang Pencipta dalam bulan yang mulia ini adalah menjadi salah satu daripada idaman aku dan setiap Muslimin dan Muslimat. Tetapi Allah telah memilih hambanya si polan itu untuk pergi dahulu menghadapNya.

Namun syukur ku panjatkan kehadrat Illahi kerana telah ditunjukkan satu lagi kebesaranNya melalui almarhum pak cik tersebut. Beliau dalah suami kepada guru tadika aku. Sepanjang aku mengenalinya, beliau dalah seorang yang tersangat baik dan pemurah. Tidak pernah aku nampak riak wajah marah atau pun bermasalah terukir di wajahnya kerana air mukanya yang sejuk untuk dipandang. Orang kata ada nur lah pada wajahnya. Setiap kali aku membeli kuih (pak cik tu jual kuih), pasti aku akan diberi percuma kuih-kuih yang lain. Bukan pada aku seorang sahaja, malahan kepada hamper setiap pelangganya. Masjid juga adalah salah satu tempat yang selalu aku bertemu dengannya. Pada pengamatan aku, mungkin inilah salah satu sebab mengapa pemergiannya adalah dalam bulan ramadhan kareem ini. Semoga rohnya tenang di barzakh sana. Al-fatihah.

Apa pun, apa yang aku cuba sampaikan di sini hanyalah sekadar peringatan kepada diri sendiri dan semua. Seandainya kita mengingikan husnul khotimah maka perlakuan kita mestilah sentiasa yang mahmudah. InsyaAllah mati dalam keadaan baik itu dalam genggaman kita. Sesungguhnya orang yang bijak itu adalah orang-orang yang selalu mengingati mati.

Imam ghazali pernah bertanya kepada anak-anak muridnya beberapa soalan. Salah satu daripada soalan tersebut adalah:
Apakah perkara yang paling dekat dengan kita di dunia ini? Ada yang menjawab ibu bapa, guru dan sebagainya. Namun yang paling hampir dengan manusia katanya adalah MATI. Setuju dengan jawapan tersebut kerana sebagai manusia, ajal adalah di tangan Allah. Ianya telah ditetapakan oleh Allah dan telah tertulis di lauh mahfuz..tidak akan dicepatkan atau dilambatkan barang sesaat pun...

Oleh itu, kita hendaklah sentiasa mempersiapkan diri setiap saat dan waktu untuk bertemu Allah. Gunakan masa 24 jam sehari yang telah dikurniakan kepada kita untuk sentiasa beribadah dan membasahi bibir dan hati dengan zikrullah. Tetapi mungkin aka nada yang kata:
 “takkan nak beribadah je. X yah buat bende lain la..x yah keje..ibadah je”..hello abang, adik, kakak, konsep ibadah tu luas..semua perbuatan kita jika niatnya kerana Allah, insyaAllah itulah ibadah..
Mudah-mudahan Allah memandang amalan hidup kita di dunia ini sebagai bekalan di akhirat kelak.

Diharapkan perkongsian yang tidak seberapa ini ada manfaatnya..wallhua’alam..

Selamat membuat pecutan terakhir! =)

Sunday, 12 August 2012

MUSAFIR DI INDONESIA 3


Assalamualaikum..

 Alhamdulillah..again i got some time to move on with the next episode of my journey..ha sambung kat part tunggu teksi tu kan..hmm agak lama la jugak kitorang tunggu teksi kat airport tu..teksi yang menjadi pilihan hati kami adalah daripada syarikat blue bird..sebab? sebab wan kata teksi tu tambangnya adalah lebih murah berbanding teksi2 yang lain..maklumlah pergi Jakarta ni pun berbajet..makanya, setiap perbelanjaan yang dikeluarkan adalah mengikut kadar bajet yang telah ditetapkan..


Once we got the taxi, our destination was embah jingkrak which is a restaurant that was recommended by shazwan..pokoknya, most of the places yang kitorang pergi adalah berdasarkan kepada wan punya recommendation..nak tau kenapa?sebab wan ni da pernah dua tiga kali la ke Jakarta..so he could be considered as an expertise in Jakarta compounds..makanan kat embah jingkrak tu ya Allah sangat2 la pedas..meleleh air mata, air hingus dan segala jenis air yang sewaktu dengannya lah..aku tak ingat sangat apakah nama2 hidangan tu semua tapi yang aku ingat ada antara menu tu namanya sambal ayam setan dan jus kuntilanak juga..kesimpulannya memang setan lah makanan tu semua..in term of kepedasannya lah..amek sambal hujung jari je pun dah berapi..abang nash sangat suka dengan makanan kat situ but for me it is a so so lah sebab terlalu pedas..overall still sedap..terasa keindonannya..time makan tu adalah this kinda traditional band played a happy birthday song for one boy kat meja yang agak jauh dari meja kitorang..nice one!


Dari embah jingkrak teruslah kami ke tempat penginapan yang diberi nama hotel menteng 1, yang terletak di kawasan yang bernama menteng..agak mantap tempatnya Cuma nyamuk masyaAllah..macam perang dunia kedua ngan nyamuk..tapi kalau da ngantuk kan, bom jatuh pun it is not a big deal..haha..sebelum tu kami sempatlah terawih bersama dalam bilik masing2..berbual punya berbual akhirnya masing2 pun melayari lah alam mimpi..merasai mati seketika...

ni lah bende yang memeningkan kepala hotak aku tu..

Keesokan harinya kami ke Ancol..di situ terdapat satu theme park yang gede (besar) banget..itulah theme park pertama yang pernah aku kunjungi sepanjang aku hidup selama 20 tahun..to be more precise kami masuk ke dalam Dunia Fantasi atau nama glamournya, Dufan..adalah karakter2 yang dicreate dalam theme park tu..mula2 tu semua macam blur tak tau nak pergi mana..berapa kali entah pusing2 naik bas yang disediakan sebab mencari jalan yang benar..haha..at last Dufan la kitorang masuk..ha macam2 kitorang main kat dalam tu..tapi yang paling aku tak boleh lupa adalah naik twister kalau tak salah..berpusing2 sampaikan kepala aku juga turut berpusing..mabuk..haha..aku tidur lepas turun dari bende alah tu so that hilang pening..yang bestnya, surau dia punyalah besar..lagi besar la dari surau yang selalunya disediakan kat Malaysia untuk tempat2 percutian..betapa suburnya penghayatan Islam orang2 di pulau jawa ni..Alhamdulillah..time tu aku ngan abang nash berdua je tidur..yang lain pergi merayap entah ke mana..


Bangun je tidur, terus meluru kearah pawagam 4D..cewah dengar macam best kan..tapi again biasa2 je..just kerusi bergerak2..pancutan air..cerita yang ditonton was happy feat..lepas tu kitorang main something yang basah2 sikit..meluncur dengan giant buoy..seronok woo..perasaan masa tu rasa macam berkayak secara extreme pulak..bezanya, tiada paddle yang disediakan..the buoy moved on its own..following the craziness of the water current..si aizul tu basah kuyup la jugak walaupun dia cuba untuk mengelak percikan air tu..semua orang pun basah jugak sebenarnya cumanya tahap kebasahan adalah berbeza2..bergantung kepada posisi kami pada waktu air mengganas kearah kami..hehe..permainan seterusnya adalah roller coaster..sangat best!tapi still aku pening2 sikit..diorang ajak aku for second time tapi aku menolak..mereka meneruskan agenda secondtime mereka..seronok tengok kawan2 aku happy time tu..tapi pada masa yang sama jeles sebab tak boleh join..untung orang yang takde motion sickness ni..semua benda boleh naik berkali2..tapi kali kedua ni aizul kantoi..mabuk jugak..haha..

Dah puas bermain kat Dufan, kitorang pun naik bas semula untuk mencari tempat makan...kat Jakarta takde LRT..kat sini, diorang menggunakan bas dan bas tu mempunyai treknye yang tersendiri atau pun orang2 tempatan panggil bus way..keadaan kat Jakarta sangatlah macet (jem orang Malaysia kata)..disebabkan itu, sekali lagi motion sickness aku dating kembali..nak termuntah rasanya..dengan keadaan yang sangat padat dengan penumpang tu, i just like can’t bear it anymore..nasib baiklah si wan tu perasan keadaan aku..dia mintak kitorang turun sebelum destinasi yang sepatutnya..Alhamdulillah aku lega sebab dapat memerdekakan diri daripada kesengsaraan tu..terima kasih wan dan yang lain2 juga..turun2 je daripada bas tu singgah la beli sim card baru..simPATI..masing2 beli nombor baru kecuali si mad sebab dia dah ada nombor indon..almaklumlah, bapanya seorang saudagar..bukan saudagar intan permata tapi yang berkaitan dengan telekomunikasi..then kitorang berjalan kaki ke mall yang berhampiran untuk berbuka puasa..apa yang berlaku lepas tu aku tak ingat pulak..haha..rasanya jalan2 je kot kat mall tu lepas tu balik naik bajai (kalo kat india dipanggil auto)..




Keesokan harinya kami ke taman mini “Indonesia Indah”..kat situ, kitorang masuk ke dalam sebuah muzium yang penuh dengan artifak2 yang asli (duit2 lama dan sbgnya) dan yang tak asli (patung2 yang dipakaikan kostum baju2 pengantin mengikut adat kaum masing-masing)..dan juga dapatlah aku tahu bermacam-macam lagi adat2 penduduk di nusantara ni..lepas tu kitorang pergi melawat replika rumah mengikut tempat dan kaum..nak kata replika tak jugak la sebab rumah2nya semua memang  besar2 belaka..ada satu rumah ni tiga tingkat..tangga dia mencanak tinggi..dan sangatlah besar bahagian ruang tamunya..tak ingat rumah kat mana..rasa2nya macam Sulawesi..lepas tu sekali lagi tengok wayang 4D..kali ni cerita pasal burung2..aku tak hayati sangat cerita tu sebab da mengantuk..tidur jela time tu..tup2 je da habis..sol cakap cerita tu sedih..tu jela yang dapat aku simpulkan pasal cerita tu..keadaannya adalah lebih kurang sama dengan 4D kat Dufan..sempatlah jugak kitorang pusing2 kat dalam taman tu menaiki train yang comel lagi perlahan pergerakannya..tak sempat sampai stesyen kitorang dah melompat keluar..haha..dah penat berjalan, maka kami pun menaiki ojek (motor) ke arah pintu gerbang untuk mencari teksi..tambangnya tak mahal..Cuma 10000 rupiah je sorang..



Dah dapat teksi, kitorang pun bergerak lah ke gandaria city..it is also a big mall in Jakarta..perjalanan dari taman mini ke sana agak lama la jugak..sejam ada la..semua orang dalam teksi yang aku naik tu tidur sebab da kepenatan..ada sorang je yang tak tidur..cuba teka siapa??of course la driver teksi kan..hehe..setibanya di gandaria, kitorang terjumpa dude herlino atau dalam sinetron nikita nama dia mas dony..hehe..baru je nak bergambar, dia da kena panggil dengan sapa entah sebab adalah program dia untuk rancangan sebuah stasiun radio kat sana..satu perkara yang sangat lah best was when time berbuka..azan dikumandangkan dalam mall tu..hampir nak berlinang air mata time tu sebab belum pernah lagi kat Malaysia aku rasai situasi sebegitu..mungkin ada kat Malaysia cuma aku je yang tak tau kot..sekali lagi Islam subur di bumi Jakarta..habis makan, kitorang pergilah cuci mata dalam mall tu..tengok2 baju, kasut dan benda2 lain lah..lepas tu kitorang pulang semula ke hotel menteng 1..sebelum tu singgah sebentar kat stesyen keretapi gambir sebab nak beli tiket untuk ke bandung tapi kaunter semua da tutup..tanya2 dengan pak satpam (pak guard) dioarng cakap esok pun boleh beli..so kitorang pun balik jelah terus..malam tu packing2 barang sikit..lepas terawih, tidur..sepanjang berada di Jakarta aku, mad, Sol dan abang nash tak berapa sihat sebenarnya..aku demam, selsema dan batuk sampai hilang suara sekejap..tapi gagahkan jela diri untuk bejalan2 kat sana..rugi pulak da sampai nak rehat je kan..aku hentamkan badan atas katil dan tidur..



Ok this is a general story about what had happened in Jakarta for the first three days..i think i will stop here because there are lots more to share on my activities in bandung..so, see you guys in the next entry..

Before that, i wanna share one verse from Quran surah an-nisa: 40..happy finding..=)

Friday, 10 August 2012

MUSAFIR DI INDONESIA 2


Assalamualaikum..

Alhamdulillah..Allah masih lagi beri peluang hidup untuk merasai dua nikmat terbesar ; iman dan islam dan juga diberi kesempatan nak tulis kisah yang selanjutnya..tapi pos kali ini kurang or takde gambar kot sebab kekurangan bahan..nanti kalau dah ade bahan insyaAllah will be updated..

Ok sambungan daripada cerita yang sebelum ni..keesokan harinya, lepas da siap2 aku, mad dan wan sempat lagi pergi ke jusco berhampiran untuk membeli toiletries..just beli sabun mandi dan sabun basuh je..lux lagi..huh wangi..hehe..tu kira persiapan terakhir kitorang lah..selepas mengucapkan selamat tinggal kepada nenek wan, maka bermulalah perjalanan kami sebagai musafir..



Kami bertiga menjalankan kaki ini ke stesyen LRT wangsa maju yang berhampiran rumah si wan tu..di situ, kami bertemu dengan abang nash bersama seorang cewek..waduh2 jadi penasaran gue..enggak tau siapa itu cewek..sory tercakap indon pulak..terbawak2..hehe..the train brought us to kl sentral which is our first check point..kat sana, sol dan aizul da menunggu kami dalam surau..maklumlah mereka anak2 yang soleh..so surau jadi tempat pilihan hati mereka..selesai solat zohor dan asar (musafir boleh jamak..yehaa!) tiket bas ke LCCT pun dibeli..murah je RM 8..dalam masa lebih kurang 5 minit bas penuh dan jalan..perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam..

Untuk kedua kalinya aku sampai LCCT..masih tak berubah..still in the same condition..ceh padahal first time tu baru beberapa minggu yang lepas anta aisar pergi jepun..what do you expect kan..of course la sama..sampai2 je terus uruskan beg2..then beli makanan buka sikit sebab flight kitorang pukul 5.30 p.m..yes!for the first time i made it..memijakkan kaki kat kapal terbang..time tu rase cam biase je sebab keadaannye lebih kurang macam dalam bas cuma one row has six seats..semua krew2 penerbangan adalah Indonesian..subhanallah..cantik2 pramugarinya cuma yang tak berkenan pakaian diorang la..agak seksi sikit..jaga mata jelah time2 puasa ni..

Ha part yang paling aku teruja naik kapal terbang ni is when it started to move..peh memang syok..laju bapak punye..excited kot..this moment was recorded in my phone..first time la katakan..da laju punya laju punya laju terbang lah ia bagaikan burung yang melebarkan sayapnya di udara..aku duduk kat seat tepi tingkap so dapatlah tengok pemandangan sekeliling tapi agak terbatas because of the small window..tapi puas hati gak..subhanallah..cantik sungguh pemandangan dari atas..makin tinggi flight terbang makin kecil objek2 di atas permukaan bumi dan semakin luaslah pemandangan tu..tak dapat nak digambarkan betapa cantiknya lukisan Allah..nobody could challenge His greatness..


Tiba2 tengah aku menikmati panorama indah tu flight bergegar sikit..mula2 aku ok je..then makin kerap pulak..before that announcement sudah dibuat mengatakan tentang cuaca yang kurang baik..at first aku tak expect apa2 la kan..tapi semakin ia bergegar semakin aduh pening kepala hotak aku ni..nasib baik bawak bekalan minyak angin..aku sapulah kat dahi sikit, hidung sikit..oh nyaman..yang buat aku pening tu sebab rasa macam free fall (sory terfizik sikit)..hipotesisnya, semakin banyak gegaran, semakin banyak free fall, semakin peninglah kepala aku..haha..kawan2 aku yang lain semua macam ok je aku tengok..untunglaa takde motion sickness..

Sedar tak sedar da masuk pun waktu berbuka..bekalan roti yang dibeli kat LCCT tadi menjadi juadah berbuka kami..dalam jangka masa 1 jam 50 minit, maka sampailah aku di bumi Jakarta..to be exact di lapangan terbang soekarno hatta..cuaca yang nyaman..lebih sejuk daripada Malaysia..28 darjah celcius suhu masa tu..sejuk tak sejuk sangat..panas pun tak panas sangat..pokoknya, nyaman deh..ha dah sampai indon kan, speaking indon la jawabnya..hehe..turun kapal terbang naik bas menuju ke balai ketibaan..kat situ kene cek ngan imigresen, angkut beg, then tunggu teksi...

Nak tau cerita selanjutnya, tunggu ye..terbanyak pulak bercerita hari ni..k selamat memburu lailatul qadar..see u in the next entry..

To be continue.....