Monday, 31 December 2012

DI AMBANG TAHUN BARU

Assalamualaikum..

Harapnya semua berada dalam keadaan sihat dan berada di bawah perlindungan Allah sentiasa..kali ni aku nak share mengenai aktiviti aku mengisi masa cuti krismas yang agak panjang ni sekaligus aktiviti di ambang tahun baru..pertamanya rasa bersyukur pada Allah sebab diberi peluang untuk berjalan-jalan bersama kawan-kawan yang lain walaupun duit ni dah di hujung tanduk..

Ceritanya bermula begini..tanggal 27.12.2012, sekitar jam 8 pagi aku dan 6 orang yang lain (radi, sayuti, mad, wan, sulaiman dan aiman) bertolak dari rumah untuk ke stesyen bas berhampiran..naik bas nak ke mana ye?ha destinasi percutian kali ini adalah di bandung..excited jugak la walaupun this is my second time..perjalanan mengambil masa lebih kurang 3 jam dengan tiket yang berharga 50K..rupiah..hehe..sampai je di bandung kitorang pi la solat dulu kat masjid yang berhampiran..agak stylo jugak masjid tu sebab pertama, kawasan beranda rumah dijadikan tempat orang solat dan kedua khutbah adalah dalam bahasa sunda..memang tak faham la kan..nak google translate pun tak sempat..then pegi makan tengahari..

Perjalanan dilanjutkan dengan menaiki bas untuk ke dago yang mana kat situ ade banyak factory outlets yang menawarkan baju yang agak branded pada harga yang murah..tapi time tu dapat window shopping jela sebab poket dah tenat..sayuti ngan radi jela yang beli belah sakan..penat berjalan seharian kitorang pun balik la ke tempat penginapan percuma di jatinangor..adalah rumah ikhwah yang kitorang tumpang..jazakallah khairan kathiran pada mereka sebab sudi menumpangkan kami..kat situ dapatlah melepas rindu makan nasi goreng pattaya which is not available in Jakarta..



Keesokan harinya, kitorang bertolak ke kawah putih..subhanallah sangat indah ciptaan Allah..gunung berapi yang da lama tak meletus tu memang sejuk dan cantik..tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata..lautan sulphur yang menghijau menggamit setiap mata yang memandang..terkadang wap menyelubungi pemandangan mengindahkan lagi suasana..bergambar sakan la kitorang kat situ..daripada kawah putih, sekali lagi kereta dipandu laju ke dago sebab ada yang tak puas shopping lagi katanya plus masa yang suntuk untuk ke tempat yang lain..then dago again, balik, tidur..

Pagi ahad, perjalanan diteruskan ke curug cimahi..at first aku tak expect pape pun pasal air terjun ni sebab selama ni kalau pergi air terjun mesti tak Nampak sangat air terjun ni..tapi kali ni, masyaAllah memang agak tinggi la air tu terjun..sejuk dan sangat best mandi kat situ..pengalaman yang kitorang dapat bukan sahaja mandi manda ya..tapi ada aktiviti hiking sekali..memang dah lama sangat tak mendaki gunung ke bukit ke ni..tapi diberi peluang lagi rasa sangat bersyukur walaupun agak penat..tenaga da banyak digunakan untuk badan menghasilkan heat melawan kesejukan di curug tersebut..Alhamdulillah kaki tak cramp..



Setelah itu, dalam  perjalanan nak ke pasar baru, kitorang singgah la makan kat satu warung sunda yang memang sangat besar..boleh tahan sedap masakannya..Alhamdulillah kenyang perut da berisi nasi..then we moved on to pasar baru..ha kat situ aku dapatla beli sehelai baju yang sebagai tanda kenang-kenangan..sehelai baju lagi aku dapat beli dekat sebuah masjid yang besar..lupa lah apa nama masjid tu..Alhamdulillah in total dapatlah beli dua helai baju..malam tu jugak kitorang bertolak pulang ke jakarta dengan menaiki train..lebih kurang jam 10 lebih, Jakarta here we are, bagai sireh pulang ke gagang..ok the end of bandung trip..

Sekarang ni ada satu lagi pengalaman baru aku which is sambutan malam tahun baru..selama ni kalau tahun baru aku just duduk rumah tengok tv je..tapi kali ni dapat sama-sama berkumpul dengan warga Menteng meraikan malam  tahun baru..seperti biasa adalah nyanyian dan makan-makan..apa yang menariknya kat Indonesia ni, every taman diorang akan berkumpul untuk countdown..sama-sama menantikan saat tibanya 2013..malam tu wan perform lagu sephia dengan terima kasih cinta..makcik-makcik atau tanter-tanter kat situ sibuk suruh kitorang nyanyi jugak tapi semuanya malu..tapi kira ok lah wan dah wakilkan..huhu..

Itulah aktiviti yang telah aku lakukan di ambang 2013..semuanya berlaku secara cepat dan tak terasa waktu bergerak..sedar tak sedar dah nak balik Malaysia dah ni..mimpi pulang ke tanah air memang dah tak terkira banyak kalinya..haha..memang dah terlalu rindu dengan everything about Malaysia..dan tak tak sabar nak jumpa anak sedara yang baru lahir dan bakal lahir..

Ok thats all for now..


Wednesday, 26 December 2012

EVENTS


Assalamualaikum..

Alhamdulillah sebab masih diberi keizinan oleh Allah untuk merasai nikmat iman, islam dan hidup pada saat melakukan penulisan ni..sebelumnya harap semua berada dalam keadaan sihat hendaknya.. Kali ini Cuma nak kongsi la apa yang dah dilalui dalam masa beberapa hari kebelakangan ni..

Hari Sabtu yang lepas brpa hari bulan tak ingat,  telah berjaya bersama team PKPMI menjalankan majlis perpisahan En. Ludy, atase pendidikan kat Indonesia ni.. Dialah selama menjaga students Malaysia yg berada kat Indonesia ni. Dia da terlalu rapat dengan student kat sini sampaikan ada yang mengalirkan air mata saat majlis tersebut termasuklah dirinya sendiri.. tapi bila ditanya “tak nak ke sambung kontrak lagi”..jawapannya “oh tak naklah..saya nak balik Malaysia..”..tapi takpelah..sapa yang tak nak balik tanah air sendiri kan..sekarang ni pun aku rase nak balik je dah ni..tapi apakan daya haruslah dikorbankan rasa tu untuk study..in shaa Allah taun depan will be back!!

Ha, di hari ahadnye pulak ade majlis Aurora Nusantara ke Palestin. Untuk event ni i was pointed as project director.. At first perlu menjemput dr. Hafizi sebagai penceramah tapi beliau tak dapat menghadirkan diri atas sebab2 tertentu..Tapi telah digantikan oleh bapak faizal tahir which is dr. Tahir. He is a very nice person. Whatsapp ngan beliau rasa macam dia sebaya pulak ngan aku.. sangat syabab la orang kata.. muda remaja..bila jumpa orangnya ternyata memang dalaman dia masih muda walaupun fizikalnya da berumur..kat event ni aku dapat one new experience which is ditemuramah oleh wartawan tv3, pak didik..gementar at first sebab nak masuk tv..tebelit2 cakap..tapi just stay cool in front of the camera..haha..bajet ek..tp peluang yang ada ni aku grab la dengan sepenuhnya..

Next event is hamka 5.0..ni adalah program daurah yang penceramah jemputannya diterbangkan khas dari Malaysia..alhamdulillah banyak ilmu yang dapat aku kutip daripada event ni..It was held in bogor..sejuk sangat tempat tu sampaikan berasap mulut..mandi2 kat sungai yang deras alirannya, huh rasa macam nak beku..ha kat sana dapatlah berkenalan dengan akhi2 yang study kat aussie..there are so friendly and cheerful..i met this one guy named faisal..dia sangat energetic and boleh kata menceriakan pagi aku kat sana..cara dia kejut kitorang untuk bangun beriadah was very cheerful..”tepuk2 riadah”..haha..will be remembered..

serba sedikit tentang sharing dalam hamka ni..kita sebagai pemuda haruslah menjadi tonggak kepada kebangkitan Islam..tak kisahlah at which side you are and how your strategy is as long matlamatnya Islam just go ahead..golongan yang kita boleh jadikan contoh is as sahabat and salafussoleh.then, macam mana kita nak berubah ikut diorang sedangkan diorang semua da takde kat dunia ni?al-quran dan sunnah jawapannya..sentiasalah merujuk dua sumber ni..tengoklah terjemahan al-Quran ni dengan skop yang lebih luas..jangan sempitkan pemikiran..contoh kalo dulu kita fikirkan was2 hanya ada masa kita berwudhu', dah tiga kali ke belum ek?ketahuilah lah behawa was2 yang lebih besar itu adalah ras ragu terhadap aqidah ISLAM kita sendiri..memang untuk berubah akan ada halangan luaran dan dalaman...disebabkan itu, dalam surah al-Nas dan al-Falaq, Allah menyuruh manusia untuk memohon perlindungan daripadaNya..a very short sharing from hamka dan ditambah sedikit oleh kefahaman diri sendiri..

Hmm banyak benda yang da dilalui sepanjang bulan 12 ni..dengan emosi yang turun naik..tak taula kenapa susah nak kawal emosi sekarang ni..adakah disebabkan Jakarta yang panas?haha...sory la kepada rakan2 yang ada rasa tak senang dengan behaviour aku kebelakangan ni.. thanks to Mad and Wan and Apai (susunan nama secara acak) yang selalu ada untuk menceriakan hari2 aku kat Jakarta ni..i do really NEED u guys 24/7 to survive here..kalau korang takde hmm tak taula how i would be..jazakumullah khairan..uhibbukum fillah..
Thats all for this entry..



“kami ceritakan kisah mereka kepadamu (Muhammad) dengan sebenarnya. Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka dan Kami tambahkan kepada mereka petunjuk”                                                                                                                                            (al-kahfi: 13)

Thursday, 6 December 2012

SOALAN BOCOR!


Assalamualaikum..

Kaifa halukaa antum semua?hmm saja nak berbahasa arab sikit di awal kalimat..penting sebenarnya untuk kita sama-sama berlajar bahasa arab..kenapa? sebab bahan rujukan utama umat Islam which is al-quran kan dalam bahasa arab..nak tak nak we have to push our self to learn this language which will be used in Jannah later, in shaa Allah..

Harini nak berkongsi sedikit tentang isi khutbah jumaat yang didapatkan dari masjid berhampiran rumah ni..khatib yang menyampaikan khutbah berjaya menarik minat jemaah untuk sama-sama tekun mendengar khutbah hari ni..menurut pengamatan peribadi, hal ini mungkin disebabkan cara pak imam tu menyampaikan..sangat bertenaga..pandai bermain dengan kata-kata dan nada suara yang meningkat dan menurun sesuai pada tempatnya..Alhamdulillah sungguh hebat imam tersebut..me myself pun tak terlelap..credit to myself..hehe..

Ok..ini ada sepotong hadith yeng telah dikhutbahkan tadi..
Dari Mu’adz bin Jabal r.a, Rasulullah SAW bersabda : Dua kaki seorang hamba tidak akan berpindah (dari tempatnya berpijak nanti pada hari kiamat) sehingga dia ditanya tentang empat perkara : 

Tentang umurnya, kemana saja dia habiskan; tentang masa mudanya, dengan apa dia gunakan; tentang hartanya, dari mana dia mendapatkannya dan untuk apa dia belanjakan; dan tentang ilmunya, apa yg dia perbuat dengan ilmunya itu ?? 
( Hadis Riwayat At Thabrani dan Al Bazzar).

UMUR

Pada hari kiamat kelak, umur kita akan dipertanggungjawabkan. Tidak kiralah anda hidup 20 tahun ke, 30 tahun ke, berpuluh-puluh tahun sekalipun, tidak akan ada jalan keluar daripada pertanyaan Allah, ke mana umur kita dihabiskan. Soalan yang sangat menyeramkan tetapi memberi kesedaran. Seandainya kita umat Allah ingin dapat menjawab dengan lancar maka pergunakanlah usia yang seketika ini untuk bersujud, beribadah dan taat kepada perintah Allah.

MASA MUDA

Pada era globalisasi ini, remaja khusunya menghadapi pelbagai cabaran sesuai dengan perkembangan teknologi yang serba canggih dan moden ini. Fenomena sekarang memperlihatkan penggunaan handphone, android dan sebagainya telah berkembang. Even kanak-kanak yang belum sekolah pun dah pandai menggodam android. Hebat kan? namun apa yang membimbangkan sekarang adalah penyalahgunaan teknologi tersebut oleh generasi muda sekarang. BB contohnya, tidak hanya digunakan untuk berkomunikasi semata, namun remaja telah advance pemikirannya. Digunakan BB tersebut untuk melihat pornografi, melayan nafsu al-amarah di dalam diri sehingga menyebabkan bejatnya gejala sosial yang berlaku sekarang. Begitu juga di facebook, twitter dan sebagainya.

Imam tersebut ada menceritakan tentang pengalamannya bertemu dengan seorang suami yang datang mengadu kepadanya tentang isterinya. Dikatakan kepadanya bahawa isterinya sanggup meninggalkannya hanya kerana seorang lelaki yang ditemuinya di laman sosial facebook. Penyalahgunaan akaun facebook tersebut telah menyebabkan seorang isteri sanggup untuk meninggalkan suaminya yang sah sehinggakan telah mempunyai dua orang anak dengan lelaki yang tersebut. Nauzubillah. Begitulah yang akan berlaku sekiranya di masa muda ini kita banyak menghabiskan waktu dengan berfoya-foya dan tidak mahu untuk memberi waktu kepada diri sendiri untuk mendekati Allah. Sedarlah wahai pemuda!!

HARTA

Terdapat dua soalan yang akan ditanya mengenai harta. Pertama adalah untuk apa harta tersebut digunakan dan dari manakah sumber harta tersebut diperoleh. Mengenai harta, apakah kita banyak menginfakkan harta di jalan Allah, memberi sedekah atau lebih banyak wang disalurkan untuk hiburan dunia. Why don’t we try to spend some moment to introspect ourselves about this matter?
Soalan kedua adalah mengenai sumber. Apakah kita memperoleh harta tersebut dengan cara yang halal atau pun haram? Rasuah, manipulasi dan sebagainya, hal inilah yang menjadi masalah dalam pentadbiran sesebuah organisasi apatah lagi negara. Seorang pemimpin khususnya haruslah sedar akan perkara ini kerana rasuah hanyalah akan menyusahkan orang-orang yang berda di bawah pimpinannya. Bahkan, dirinya sendiri kelak akan menghadapi kesulitan bila mana Allah bertanya kepadanya. Oleh itu, letakkanlah harta di tangan, bukan di hati agar mudah untuk kita memberi.

ILMU

Berdiskudi mengenai ilmu, ilmu itu adalah sangat luas dan datangnya dari Allah. luasnya ilmu Allah itu diibaratkan seperti berikut; sekiranya tujuh lautan dijadikan tinta untuk menulis ilmu Allah nescaya belum tentu cukup. Disebabkan ilmu itu datang dari Allah, maka kita tidak seharusnya angkuh, sombong dengan ilmu yang kita peroleh. Bukan bermaksud anda telah lulus PhD anda seorang yang bijak dan telah menguasai bidang ilmu anda. Sama sekali tidak kerana otak manusia tidak akan pernah mampu untuk menguasai sesuatu 100%. Kekurangan masih akan tetap ada.
Amanah Allah tersebut haruslah digunakan dengan betul. Sebagai contoh, sekiranya kita mempunyai kepakaran dalam bidang komputer maka janganlah digunakan kepandaian tersebut untuk meng’hack’ akaun seseorang lalu menyebarkan fitnah atas dirinya. Sebagai seorang manusia, kita juga perlulah sentiasa terbuka hati hati untuk ditegur walaupun daripada orang yang lebih muda daripada kita.

Kesimpulannya, nabi Muhammad s.a.w. dah bagi soalan bocor da kat kita. Kalau untuk exam mesti kita da amek berat, take note, highlight dan segala macam agar kita ingat, melekat soalan tu kat kepala. Tapi adakah soalan-soalan penting sebegini hanya akan dipandang sebelah mata sahaja. Sekadar diketahui tanpa ada apa-apa tindakan susulan. Tepuk dada, tanyalah selera iman anda.

Wallahu’alam.

Reminder: Keep praying for our Palestinians and all Muslims.

Tuesday, 4 December 2012

LIDAH OH LIDAH!


Assalamualaikum..

Apa khabar iman anda hari ini? Agak lama tidak berkesempatan untuk bertanyakan soalan tersebut pada semua. Alhamdulillah kali ini, Allah memberi sedikit kesempatan untuk berkongsi sesuatu dengan semua. Guarding the Tongue sebenarnya adalah judul sebuah buku karangan Imaam Yahyaa Ibn Sharaf An-Nawawee. Buku ini menceritakan tentang salah satu aktiviti harian manusia yang sangat susah untuk tidak melakukannya sama ada dalam keadaan sedar mahu pun tidak. But this time my entry will be in English and don’t worry because l am using simple words since i am still an amateur.

“Not a word does one utter, except that there is an (angel) watching, ready to record it.” (Surah al-Fajr: 14)

The topic that i want to share is backbiting. I am pretty sure that all of us used to backbite others right. Like what i said before whether consciously or unconsciously we happened to backbite others. Backbiting (mengata/gheebah) is when you mention something about a person (in his absence), that he hates (to have mentioned), whether it is about his body, his family, his religious characteristics, etc. In Islam, it is forbidden to do so.

  “..and do not backbite one another..” (Surah al-Hujurat:12)

But, in certain conditions backbiting is permissible.

1) Oppression
It is permissible for the one who is oppressed to complain about his situation to the ruler or the judge or anyone else who holds authority or have the ability to grant his justice against the oppressor. He should say “Such and such person wronged me and he did such thing to me”, and “he coerced me in this manner” and so on.

2) Seeking assistance in changing an evil and in returning a sinner back to what is correct.
One should say to the individual whom he expects has the capability of putting a stop to evil. “ such and such person did this, so i prevented him from it” or something to that effect. His objective should be to look for a way to ultimately put an end to the evil. If he does not intend that as his goal, then it is forbidden.

3) Seeking a fatwa
It is permissible to say that “my father is doing this and that” or “my husband is wronged me this way” to the muftee. This is permissible due to necessity for it, however, to be more cautious, it is better for one not to mention her husband or what. Just try to create a situation by saying that there is a man saying this and that. By doing this, the goal is achieved without having to resort to specifying anyone.

4) Warning and advising the Muslims against evil.
Declaring someone unreliable in the field of narrating hadeeth and giving testimony. Rather, it becomes obligatory due to its necessity. Another case is when an individual desires to enter into a relationship with another person either through marriage, business, the consignment of property, the consigning of something to him or any other of the daily affairs. It is obligatory on you to mention to that individual what you know about the person he wants to get involved with, with the intention of advising him.
Another case is when you see a student going to an innovator or a deviant, seeking to attain knowledge from him and you fear that may affect the student. In that situation you must explain everything that you know about the innovator.

One last case is when a person has some leadership role but he does not competent enough for that position or because he is a sinner or neglectful, etc. So in this case, one must mention this to those who have general leadership over this person, so that he can be removed and someone fit can replace him.

5) When one openly exposes his acts of evil or his innovation.
An example of this is when someone has openly exposed his consumption of alcohol or his illegal confiscation of people’s money and raising of their taxes unjustly and his usurping command wrongfully. It is thus permissible for one to talk about what that individual has made public. But it is forbidden to mention any of his other defects unless they fall under one of the categories which we have mentioned that backbiting is permissible.

6) Defining someone
If someone is known to the people by his nickname such as “the bleary eyed one”, “the deaf guy”, “the blind guy” or “cross-eyed” and other than that, then it is permissible to particularise him as such, with the aim of identifying him. However it is forbidden to apply that to him, when one intention’s is to degrade him. If he can be identified with another (more appropriate) type of name, then that is more preferable.
So, these are the conditions where as a Muslim we are allowed to backbite. Whoever like or make backbiting as a habit, try to reflect yourself and think twice before start to utter a word. The end of English session!

Sedikit perkongsian mengenai takbiratul ula. Takbir tersebut hanya boleh didapati dengan mengangkat takbir RIGHT AFTER imam selesai takbiratul ihram. (Ustaz Don). Tidak melengah-lengahkan untuk bertakbir ye kawan-kawan.

In shaa Allah bertemu lagi di next entry. Semoga Allah beri kesempatan pada kita semua untuk menyampaikan segala ilmu yang kita tahu walaupun sedikit. Wallahua’lam..


Wednesday, 7 November 2012

SELAYAKNYA TITISAN AIR MATA


Assalamualaikum..

Apa khabar iman tatkala membaca entry kali ini? Harap-harap dalam keadaan yang sihat walafiat hendaknya. Kali ini post yang akan dimuatkan merupakan sebuah wacana yang diambil isinya daripada khutbah Jumaat di Masjid Universitas Esa Unggul. Menceritakan tentang tangisan manusia yang seharusnya mempunyai tujuan mengapa Allah menciptakannya.

Saban hari kita dapat melihat kanak-kanak menangis kerana dimarahi oleh kedua ibu bapanya, kerana kehilangan insan tersayang dan dikeranakan oleh pelbagai perkara yang lain lagi. Namun apakah layak air mata tersebut dititiskan dan apakah adil (meletakkan sesuatu pada tempatnya) dibazirkan air mata itu begitu sahaja. Selain daripada menjadi sistem imuniti badan yang mana dapat mencegah bakteria daripada memasuki mata,  air mata diciptakan atas tujuan perhambaan diri kepada yang Maha Esa.

Seharusnya tangisan itu dikeluarkan kerana dua perkara. Pertama kerana khauf atau takutkan Allah dan kedua kerana sifat rajak atau berharap. Takut dapat diertikan sebagai takut seandainya amalan seharian yang dilakukan tidak diterima oleh Allah. Namun pada masa yang sama,  sifat berharap memainkan peranan dengan melengkapkan lagi rasa ketakutan tersebut. Seandainya kita takut amalan tidak diterimaNya, maka kita perlulah terus berharap agar amalan itu diterima. Kefahaman yang padu tentang dua elemen ini boleh menyebabkan mengalirnya air mata yang sememangnya layak dititiskan. Air mata tersebut akan dikira sebagai amal ibadah kepada Allah.

Ingin dikongsikan peribadi salah seorang sahabat nabi yang bernama Umar al-Khattab yang bergelar al-farouk (pemisah antara hak dan batil). Beliau adalah seorang yang sangat tegas terhadap kezaliman. Terketar musuh apabila namanya disebut dan ketika diketahui bahawa beliau menyertai peperangan. Dua empayar besar pada zamannya, Rom dan Parsi juga gentar akan Saiyidina Umar. Hal tersebut menunjukkan betapa tegas dan beraninya Saiyidina Umar sehinggakan semuanya ibarat siput yang disentuh akan masuk ke dalam cengkerangnya semula.

Walaupun luarannya adalah seperti yang telah digambarkan, namun hati Saiyidina Umar adalah tersangat lembut dan halus. Saat beliau berdiri mendirikan solat menghadap Allah dan berzikir, air matanya akan menitis seperti menitisnya embun di pagi hari. Tangisannya itu adalah disebabkan beliau begitu takut seandainya Allah tidak menerima ibadahnya walaupun telah dijanjikan syurga. Begitulah kelembutan hati seorang sahabat yang juga digeruni oleh syaitan. Dalam seribu orang, belum tentu terlahirnya khalifah seperti Saiyidina Umar. Ahli agama telah banyak terlahir namun pada hakikatnya, tahap keimanan mereka masih tidak boleh mencapai keimanan para sahabat nabi Muhammad s.a.w.

“Dan mereka merendahkan diri mereka bersujud sambil menangis dan mereka bertambah khusyuk”
Al-Isra’: 109.

Ayat di atas menjelaskan bagaimana sekiranya seseorang itu memperoleh khusyuk dalam solat. Saat itu, hati dan akal menjadi satu. Sekiranya tiada connection antara hati dan akal semasa menghadap Allah, maka luluhlah hati tersebut. Segala sesuatu yang dilakukan akan mempunyai intervensi Allah bila mana hati dan akal sentiasa berhubungan antara satu sama lain.

Di saat nabi Muhammad meminta Ibnu Mas’ud untuk membacakan ayat-ayat Allah kepada baginda, beliau menjawab: “bagaimana harus aku bacakan ayat-ayat itu sedangkan ayat tersebut diturunkan kepadamu oleh Allah melalui Jibril”. Nabi menjawab: “Aku sangat senang mendengar bacaanmu”. Lalu dibacakan surah an-Nisa’. Ketika Ibnu Mas’ud membacakan ayat-ayat tersebut tiba-tiba baginda Muhammad berkata: “Ya Mas’ud berhenti. Jangan dilanjutkan bacaanmu. Aku tidak kuat untuk mendengar ayat-ayat Allah dibacakan”. Wajah baginda kelihatan murung dan baginda menitiskan air mata. Begitulah hebatnya kefahaman nabi terhadap al-Quran yang sememangnya menjadi petunjuk sepanjang zaman. Air mata beginilah yang harus kita cuba untuk titiskan.

“Tidak akan masuk neraka Jahannam seandainya mata seseorang menangis kerana takut kepada Allah”. (Abu Hurairah)

Di akhir zaman kelak, akan ada sekumpulan manusia yang berkata bahawa menangis di depan Allah itu bid’ah pada hal telah jelas diterangkan tentang perkara ini dalam al-Quran dan hadith nabi. Diharapkan kita terhindar daripada terjerumus ke dalam golongan tersebut.

Sabda nabi:
“Orang yang hati susah menangis dan kering air mata maka kering dan bekulah hati”.

Pada kebiasaannya, keadaan sebegini berlaku terhadap orang-orang yang mempunyai penyakit hati, wahan iaitu cintakan dunia. Segala perkara yang haram menjadi halal bagi mereka. Arak menjadi minuman seharian mereka. Judi menjadi permainan yang mengisi masa lapang mereka. Perempuan menjadi ‘makanan’ seharian mereka. Begitulah sebaliknya.

Salman al-Farisi mengatakan bahawa beliau tidak pernah tertawa dalam tiga perkara. Pertama ketika ditinggalkan orang dicintai. Beliau menangis ketika wafatnya Rasulullah dan empat sahabat baginda. Kedua adalah ketika beliau mengingati sakitnya sakaratul maut nanti. Beliau sentiasa teringat akan keadaan atau kisah ketika nabi Muhammad menghadapi sakaratul maut. Ketiga adalah ketika berdiri menghadap Allah dengan solat.

Begitulah bagaimana Allah mengajarkan kita tentang menangis. Diharapakan selepas ini setiap air mata yang jatuh itu adalah kerana sifat khauf dan rajak kita kepada Allah. Menangislah selagi mana kita mampu. Selagi mana buku catatan amalan belum ditutup. Selagi mana nyawa belum lagi di hujung kerongkong. Mudah-mudahan kita sama-sama dapat mengambil pengajaran daripada sedikit perkongsian ini. Wallahua’lam.

Wednesday, 24 October 2012

AIDILADHA BERTANDANG KEMBALI


Assalamualaikum..
Blog kali ini akan dimuatkan dengan sesuatu yang berunsur ilmiah agar sama-sama dapat kita kongsikan pengetahuan kepada mereka-mereka yang mungkin tidak tahu mengenainya atau kepada yang telah sedia maklum, maka peluang ini boleh dimanfaatkan untuk menambah kefahaman mengenai topik yang akan diperkatakan pada kali ini.

Pada saat dan ketika ini, berbondong-bondong, berjuta-juta umat Islam berkumpul di suatu tempat yang sememangnya menjadi idaman setiap individu yang bernama Muslim iaitu di Baitullah, Makkah. Masing-masing mempunyai niat suci yang sama iaitu menunaikan rukun Islam yang kelima. Bagi golongan yang statusnya bukan lagi bujang atau bachelor , insyaAllah kelima-lima rukun Islam yang telah kita sedia maklum itu telah berjaya dijalankan dengan syarat haji yang dilakukan adalah haji yang mabrur bagi rukun yang kelima.
Penyatuan umat Islam pada saat ini adalah gambaran manusia di padang mahsyar kelak. Semuanya berpakaian seragam putih tanpa mengikut status, pangkat, darjat atau apa sahaja jawatan yang di sandang. Hati haruslah diikhlaskan, anggota sentiasa bergerak menunjukkan tanda pengabdian kepada Allah, Tuhan yang Maha Esa. Alangkah bagusnya seandainya penyatuan ini diterjemahkan dalam isu mengembalikan semula hak rakyat Palestin dan mewujudkan semula konsep pentadbiran khilafah islamiyah sebagaimana yang diajarkan oleh baginda Nabi Muhammad s.a.w.  Sedikit terlari daripada tajuk, namun itulah hakikat atau pengajaran yang dapat diambil daripada peristiwa haji selain daripada apa yang telah dipelajari di sekolah.
Memakai ihram menunujukkan manusia itu di sisi Allah adalah sama sahaja namun, terdapat satu perkara besar yang membezakan darjat seorang Muslim dengan Muslim yang lainnya iaitu takwa. Sekiranya seorang Muslim itu telah dapat bertakwa kepada Allah, maka ‘pangkat’nya telah dinaikkan kepada Mu’min. Di situlah letaknya perbezaan antara Muslim dan Mu’min. Orang-orang Mu’min akan lebih memahami hakikat ibadah haji bukan hanya sekadar yang tersuratnya sahaja. Malahan mereka juga berjaya membuka minda mereka, menyelusuri seluruh aspek pemikiran mereka mencari maksud yang tersirat daripada ibadah yang telah dipelopori oleh Nabi Ibrahim ‘alaihissalam. Dalil dari ibadah haji ini terdapat pada permulaan ayat 196 surah al-Baqarah yang bermaksud
Dan sempurnakanlah ibadah haji dan umrah kerana Allah...”.
Dengan kefahaman yang mantap tentang ibadah haji maka niat kerana Allah itu akan menjadi tunjang kepada pemergiannya seorang hamba untuk menyahut seruan Tuhannya di rumahNya.
Namun, apa yang lebih signifikan tentang ibadah haji ini adalah tentang ibadah qurban atau juga disebut Hari Raya Aidiladha. Seperti yang kita sedia maklum, sejarah daripada perayaan besar umat Islam ini adalah bila mana Allah Ta’ala mengarahkan Nabi Ibrahim menyembelih anaknya Nabi Ismail. Peristiwa tersebut menggambarkan sebuah pengorbanan yang harus dilakukan seseorang dalam menjalani kehidupan sebagai seorang yang beragama Islam.


Terdapat satu kisah mengenai Saidina Uthman yang terkenal sebagai seorang yang pandai berniaga. Suatu saat ketika tiba musim berdagang, Saidina Uthman telah membawa barang-barang dagangannya. Datang seorang pembeli untuk membeli barang-barangnya dengan tawaran harga yang sangat lumayan keuntungannya. Namun beliau menjawab bahawa barang tersebut telah ditempah dan diletakkan harga yang lebih tinggi nilainya. Datang lagi seorang pembeli menawarkan harga yang lebih tinggi daripada yang sebelumnya. Saidina Uthman masih lagi memberikan jawapan yang sama. Kemudian, datang pembeli yang seterusnya dan jawapan tersebut masih lagi diberikan oleh beliau kepada mereka. Semua pembeli tersebut tertanya-tanya siapakah yang berani mewarakan harga yang lebih tinggi daripada nilai yang ditawarkan mereka. Maka jawab Saidina Uthman, Allahlah yang telah menwarkan harga yang lebih tinggi daripada mereka. Barang-barang dagangannya akan diberikan kepada fakir miskin lalu dibacakan surah al-Baqarah ayat 261 yang bermaksud:
Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah seumpama sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai; pada setiap tangkai seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurniaanNYa) lagi Maha Mengetahui”.
Disebabkan kefahaman yang begitu mendalam tentang agama, maka Saidina Uthman lebih sanggup mengorbankan keuntungan yang ditawarkan pembeli-pembeli tersebut demi mengejar sesuatu yang maya di dunia namun nyata di akhirat kelak.
Ibadah qurban memberi peluang kepada kita untuk menjaga hubungan sesama manusia atau hablum minannas. Hubungan sesama manusia haruslah dan sangat perlu untuk dijaga kerana di dalam Al-Quran itu sendiri 80% kandungannya adalah berkenaan hubungan sesama manusia. Begitu juga hadith-hadith baginda Muhammad. Daging korban yang disedekahkan kepada fakir boleh memberikan sinar kebahagiaan jauh di sudut hati mereka. Ada antara meraka yang hanya dapat merasakan daging seminggu sekali, ada yang sebulan sekali, ada yang setahun sekali dan ada juga yang tidak pernah boleh merasakan daging kerana kefakiran. Disebabkan itu, ibadah korban memberi peluang kepada meraka untuk sama-sama mendapatkan salah satu daripada nikmat kurniaan Allah ini. Dengan ini, silaturrahim sesama Islam itu akan lebih terjaga di samping mendidik hati pemberi sedekah tersebut agar tidak memandang golongan fakir ini sebelah mata. Membiarkan mereka bergelandangan di tepian jalan. Setidaknya, harus disedari kehadiran mereka di sekeliling kita. Itulah yang dianjurkan oleh Nabi Muhammad sehinggakan baginda mengatakan tidak lengkap iman seseorang itu jika dia tidak mencintai saudaranya lebih daripada dirinya sendiri.
Melalui sudut pandang seorang pelajar, pengorbanan juga perlulah dilakukan demi mencapai kejayaan. Masa yang terluang perlulah dimanfaatkan sepenuhnya untuk mengulangkaji pelajaran. Harus sentiasa tersemat dalam sanubari bahawa setiap anak yang keluar dari rahim ibu itu adalah menjadi harapan ibu bapa agar menjadi orang berguna di suatu masa nanti. Sanggupkah kita membiarakan harapan mereka yang menggunung tinggi itu hancur musnah kerana keegoaan kita yang lebih mementingkan budaya hedonisme daripada air mata kegembiraan mereka? Lakukanlah pengorbanan kerana Allah bukan kerana terpaksa. InsyaAllah penilaian Maha Pencipta itu adalah yang terbaik kerana sebagai Pencipta, Dia lebih mengenali ciptaanNya lebih daripada kita mengenali diri sendiri.
Akhirulkalam, setiap perbuatan itu yang dinilai adalah diakhirnya. Bagi yang sedang melakukan pengorbanan, ayuh dayunglah sampan anda selaju-lajunya biar sampai ke daratan di seberang sana. Dakilah gunung yang mencuram tinggi hingga sampai di puncaknya. Beramallah dengan istiqamah agar amalan diterimaNya kerana amal yang terbaik adalah amalan yang istiqamah biarpun sedikit.

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA!

Sunday, 14 October 2012

SUARA HATI PENGABDI


Dalam mencari ketenangan hati,
Halangan harus aku hadapi,
Mentari pagi bersinar sepi,
Menemani lara hati ini.

Damai dicari datang dan pergi,
Singgah di pintu hati di malam hari,
Lewat jendela ia hilang dikala pagi,
Membuat diri sering berbagi,
Peribadi kukuh tidak terdiri,
Menjalani ranjau dunia mandiri.

Mencari solusi bersujud dahi rapat di bumi,
Berkata hati memperhambakan diri memanjatkan doa pada Illahi,
Membasah bumi air mata bercucuran tiada henti,
Bersungguh memanjat gunung doa mencondong tinggi,
Mengharap di dengar suara kecil sang pengabdi.

Nukilan
muhamad aman bin embok halid

bende ni dicipta oleh aku masa meeting kat malaysia hall jakarta pada 13 oktober 2012. yang MT tengah dok sembang apa entah..tiba2 aku terdapatlah idea nak buat benda ni di atas sehelai tisyu..huhu..mungkin takdela penulisan ni sehebat A. Samad said atau penulis2 lain..tapi nilah yang terbuku di hati semalam..