Sementara ada idea untuk berkongsi ni aku rase better aku start
menulis sebelum semuanya melayang pergi dari benak fikiran ni..mungkin belum
terlambat kot kalau aku nak kongsi pasal perkara2 yang kita perlu sediakan
dalam bulan ramadhan ni..item2 kali ni aku dapat daripada khutbah jumaat kat
masjid jamek felda kahang barat which is one day before kita start
berpuasa..antara perkara2 tersebut adalah:
1. Rohani
kita
perlulah menjadikan rohani kita sentiasa bersedia untuk melakukan segala amal
ibadah dalam bulan ramadhan ni yang mana pahalanya adalah berlipat2 kali
ganda..antara persediaan rohani yang boleh dibuat adalah dengan menjaga
hati..sabda nabi yang bermaksud "ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada
seketul daging (segumpal darah) jika baik maka baiklah seluruh anggota, jika
rosak, maka rosaklah seluruh anggota, itulah hati" riwayat Bukhari dan
Muslim. insyaAllah bila hati kita bersih, khusyuk dalam beribadah tu akan lebih
mudah untuk diperolehi..begitu juga dengan kemanisan beribadah itu sendiri.
basahkanlah bibir senantiasa dengan zikrullah dan selawat ke atas nabi Muhammad
s.a.w...
2.
Ilmu
untuk berpuasa
juga, kita perlulah mempunyai pengetahuan mengenainya. masa kecik2 dulu kita
puasa tahan lapar dan dahaga je kan..tu pun sebab parents cakap kalau puasa tak
cukup nanti tak dapat duit raya..ha macam2 cara kita buat nak tahan sampai ke
maghrib..aku dulu suka mandi lama2 sebab sejuk bila kene air..segar je
rase..hehe..tu dulu..sekarang bila da belajar sikit2 baru tau yang mandi lama2
tu makruh hukumnya..boleh kurangkan pahala puasa..ilmu ni seharusnya meningkat
dengan pertambahan usia kita..bak kata ustaz hasrizal, kte kene la upgrade
software kte..takkan da tahun 2012 masih nak gune windows 1995 kan..dalami ilmu
tentang puasa..apa sebenarnya tujuan kita berpuasa..amalan yang boleh kita
lakukan dalam bulan ramadhan yang memang satu bonus untuk umat Islam..jangan
jadikan puasa kita hanya sekadar menahan lapar dan dahaga semata2..
3. Fizikal
ha nak puasa pun
kene la jaga kesihatan tubuh badan kita..jangan la asyik nak duduk depan tv
je..main game memanjang..tak elok tu..da membazir masa namanya tu..petang2 tu
bole gak kte pergi joging ke, futsal, badminton dan sebagainya..ha teringat dulu
masa kat INTEC..aku dan kawan2 boleh dikatakan setiap petang main
badminton mase bulan puase..bulan tak puasa apetah lagi..hehe..so jangan
jadikan alasan yang berpuasa ni menghalang kita daripada beriadah..sepatutnya
puasa ni menjadikan kita seorang yang lebih proaktif dan produktif..sebab apa,
apabila kita berfikir, bahagian yang digunakan adalah perut di mana letaknya
organ hati..tak percaya, dalam al-Quran ada Allah ada mengatakan ada orang yang
mempunyai hati tapi tak mahu untuk memahami..kenapa Allah tak cakap faham guna
otak?kn2..perkongsian ni aku dapat masa form 5 dulu..diberitahu kepada aku oleh
seorang pensyarah UTM yang membuatkan aku terfikir mengenai kehebatan
Allah..mengenai fizikal ini jugak, ada satu hadith yang bermaksud " Mukmin
yang kuat lebih dicintai Allah berbanding Mukmin yang lemah dan masing2
memiliki kebaikan. riwayat Muslim..so let's be strong in this holy month and
for the rest of our live....
4. Ekonomi
Berpuasa juga
memerlukan wang untuk membeli makanan berbuka. kalau tak pun bole je makan free
kat masjid2 kan..tapi jawatankuasa masjid tu pun memerlukan wang untuk
menyediakan juadah2 berbuka tersebut..so tidak hairanlah kalau kewangan juga
perlulah dipersiap dalam bulan ramadhan ni..seandainya Allah mengurniakan kita
rezeki yang lebih eloklah kiranya kalau kite hulurkan sedekah..bak kata
BERSAMAMU "hulurkan tangan ringankan beban"..ha janganlah asyik ingat
diri sendiri je nak makan..ingatlah jugak sedara2 seIslam yang lain..
kesimpulannya, janganlah kita asyik ingat persiapan raya je hingga
menyebabkan kita lupa akan fadhilat2 ramadhan yang datang hanya sebulan dalam
setahun..insyaAllah seandainya kita sentiasa bersedia dalam semua aspek,
anggota badan kita akan terasa lebih ringan untuk melakukan ibadah semata-mata
kerana Allah. Wallahualam.....
No comments:
Post a Comment