Monday 13 August 2012

PERGI TAK KEMBALI


“Tiap-tiap yang bernyawa pasti akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah Berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.” (surah al-imran: 185)

Tempat: masjid jamek felda kahang barat
Masa: 5.55 a.m (25 ramadhan 1433)
Pak imam: hari ni saya nak mengumumkan ada kematian di tempat kita ni..saya dapat panggilan telefon pagi tadi jam 1.45 a.m..



Ya Allah, rasa tersentap hati aku di kala mendengar pak imam membuat pengumuman tersebut. Rasa iri hati pun sempat juga menjengah dalam hati kecil aku ini. Manakan tidak, dijemput bertemu sang Pencipta dalam bulan yang mulia ini adalah menjadi salah satu daripada idaman aku dan setiap Muslimin dan Muslimat. Tetapi Allah telah memilih hambanya si polan itu untuk pergi dahulu menghadapNya.

Namun syukur ku panjatkan kehadrat Illahi kerana telah ditunjukkan satu lagi kebesaranNya melalui almarhum pak cik tersebut. Beliau dalah suami kepada guru tadika aku. Sepanjang aku mengenalinya, beliau dalah seorang yang tersangat baik dan pemurah. Tidak pernah aku nampak riak wajah marah atau pun bermasalah terukir di wajahnya kerana air mukanya yang sejuk untuk dipandang. Orang kata ada nur lah pada wajahnya. Setiap kali aku membeli kuih (pak cik tu jual kuih), pasti aku akan diberi percuma kuih-kuih yang lain. Bukan pada aku seorang sahaja, malahan kepada hamper setiap pelangganya. Masjid juga adalah salah satu tempat yang selalu aku bertemu dengannya. Pada pengamatan aku, mungkin inilah salah satu sebab mengapa pemergiannya adalah dalam bulan ramadhan kareem ini. Semoga rohnya tenang di barzakh sana. Al-fatihah.

Apa pun, apa yang aku cuba sampaikan di sini hanyalah sekadar peringatan kepada diri sendiri dan semua. Seandainya kita mengingikan husnul khotimah maka perlakuan kita mestilah sentiasa yang mahmudah. InsyaAllah mati dalam keadaan baik itu dalam genggaman kita. Sesungguhnya orang yang bijak itu adalah orang-orang yang selalu mengingati mati.

Imam ghazali pernah bertanya kepada anak-anak muridnya beberapa soalan. Salah satu daripada soalan tersebut adalah:
Apakah perkara yang paling dekat dengan kita di dunia ini? Ada yang menjawab ibu bapa, guru dan sebagainya. Namun yang paling hampir dengan manusia katanya adalah MATI. Setuju dengan jawapan tersebut kerana sebagai manusia, ajal adalah di tangan Allah. Ianya telah ditetapakan oleh Allah dan telah tertulis di lauh mahfuz..tidak akan dicepatkan atau dilambatkan barang sesaat pun...

Oleh itu, kita hendaklah sentiasa mempersiapkan diri setiap saat dan waktu untuk bertemu Allah. Gunakan masa 24 jam sehari yang telah dikurniakan kepada kita untuk sentiasa beribadah dan membasahi bibir dan hati dengan zikrullah. Tetapi mungkin aka nada yang kata:
 “takkan nak beribadah je. X yah buat bende lain la..x yah keje..ibadah je”..hello abang, adik, kakak, konsep ibadah tu luas..semua perbuatan kita jika niatnya kerana Allah, insyaAllah itulah ibadah..
Mudah-mudahan Allah memandang amalan hidup kita di dunia ini sebagai bekalan di akhirat kelak.

Diharapkan perkongsian yang tidak seberapa ini ada manfaatnya..wallhua’alam..

Selamat membuat pecutan terakhir! =)

Sunday 12 August 2012

MUSAFIR DI INDONESIA 3


Assalamualaikum..

 Alhamdulillah..again i got some time to move on with the next episode of my journey..ha sambung kat part tunggu teksi tu kan..hmm agak lama la jugak kitorang tunggu teksi kat airport tu..teksi yang menjadi pilihan hati kami adalah daripada syarikat blue bird..sebab? sebab wan kata teksi tu tambangnya adalah lebih murah berbanding teksi2 yang lain..maklumlah pergi Jakarta ni pun berbajet..makanya, setiap perbelanjaan yang dikeluarkan adalah mengikut kadar bajet yang telah ditetapkan..


Once we got the taxi, our destination was embah jingkrak which is a restaurant that was recommended by shazwan..pokoknya, most of the places yang kitorang pergi adalah berdasarkan kepada wan punya recommendation..nak tau kenapa?sebab wan ni da pernah dua tiga kali la ke Jakarta..so he could be considered as an expertise in Jakarta compounds..makanan kat embah jingkrak tu ya Allah sangat2 la pedas..meleleh air mata, air hingus dan segala jenis air yang sewaktu dengannya lah..aku tak ingat sangat apakah nama2 hidangan tu semua tapi yang aku ingat ada antara menu tu namanya sambal ayam setan dan jus kuntilanak juga..kesimpulannya memang setan lah makanan tu semua..in term of kepedasannya lah..amek sambal hujung jari je pun dah berapi..abang nash sangat suka dengan makanan kat situ but for me it is a so so lah sebab terlalu pedas..overall still sedap..terasa keindonannya..time makan tu adalah this kinda traditional band played a happy birthday song for one boy kat meja yang agak jauh dari meja kitorang..nice one!


Dari embah jingkrak teruslah kami ke tempat penginapan yang diberi nama hotel menteng 1, yang terletak di kawasan yang bernama menteng..agak mantap tempatnya Cuma nyamuk masyaAllah..macam perang dunia kedua ngan nyamuk..tapi kalau da ngantuk kan, bom jatuh pun it is not a big deal..haha..sebelum tu kami sempatlah terawih bersama dalam bilik masing2..berbual punya berbual akhirnya masing2 pun melayari lah alam mimpi..merasai mati seketika...

ni lah bende yang memeningkan kepala hotak aku tu..

Keesokan harinya kami ke Ancol..di situ terdapat satu theme park yang gede (besar) banget..itulah theme park pertama yang pernah aku kunjungi sepanjang aku hidup selama 20 tahun..to be more precise kami masuk ke dalam Dunia Fantasi atau nama glamournya, Dufan..adalah karakter2 yang dicreate dalam theme park tu..mula2 tu semua macam blur tak tau nak pergi mana..berapa kali entah pusing2 naik bas yang disediakan sebab mencari jalan yang benar..haha..at last Dufan la kitorang masuk..ha macam2 kitorang main kat dalam tu..tapi yang paling aku tak boleh lupa adalah naik twister kalau tak salah..berpusing2 sampaikan kepala aku juga turut berpusing..mabuk..haha..aku tidur lepas turun dari bende alah tu so that hilang pening..yang bestnya, surau dia punyalah besar..lagi besar la dari surau yang selalunya disediakan kat Malaysia untuk tempat2 percutian..betapa suburnya penghayatan Islam orang2 di pulau jawa ni..Alhamdulillah..time tu aku ngan abang nash berdua je tidur..yang lain pergi merayap entah ke mana..


Bangun je tidur, terus meluru kearah pawagam 4D..cewah dengar macam best kan..tapi again biasa2 je..just kerusi bergerak2..pancutan air..cerita yang ditonton was happy feat..lepas tu kitorang main something yang basah2 sikit..meluncur dengan giant buoy..seronok woo..perasaan masa tu rasa macam berkayak secara extreme pulak..bezanya, tiada paddle yang disediakan..the buoy moved on its own..following the craziness of the water current..si aizul tu basah kuyup la jugak walaupun dia cuba untuk mengelak percikan air tu..semua orang pun basah jugak sebenarnya cumanya tahap kebasahan adalah berbeza2..bergantung kepada posisi kami pada waktu air mengganas kearah kami..hehe..permainan seterusnya adalah roller coaster..sangat best!tapi still aku pening2 sikit..diorang ajak aku for second time tapi aku menolak..mereka meneruskan agenda secondtime mereka..seronok tengok kawan2 aku happy time tu..tapi pada masa yang sama jeles sebab tak boleh join..untung orang yang takde motion sickness ni..semua benda boleh naik berkali2..tapi kali kedua ni aizul kantoi..mabuk jugak..haha..

Dah puas bermain kat Dufan, kitorang pun naik bas semula untuk mencari tempat makan...kat Jakarta takde LRT..kat sini, diorang menggunakan bas dan bas tu mempunyai treknye yang tersendiri atau pun orang2 tempatan panggil bus way..keadaan kat Jakarta sangatlah macet (jem orang Malaysia kata)..disebabkan itu, sekali lagi motion sickness aku dating kembali..nak termuntah rasanya..dengan keadaan yang sangat padat dengan penumpang tu, i just like can’t bear it anymore..nasib baiklah si wan tu perasan keadaan aku..dia mintak kitorang turun sebelum destinasi yang sepatutnya..Alhamdulillah aku lega sebab dapat memerdekakan diri daripada kesengsaraan tu..terima kasih wan dan yang lain2 juga..turun2 je daripada bas tu singgah la beli sim card baru..simPATI..masing2 beli nombor baru kecuali si mad sebab dia dah ada nombor indon..almaklumlah, bapanya seorang saudagar..bukan saudagar intan permata tapi yang berkaitan dengan telekomunikasi..then kitorang berjalan kaki ke mall yang berhampiran untuk berbuka puasa..apa yang berlaku lepas tu aku tak ingat pulak..haha..rasanya jalan2 je kot kat mall tu lepas tu balik naik bajai (kalo kat india dipanggil auto)..




Keesokan harinya kami ke taman mini “Indonesia Indah”..kat situ, kitorang masuk ke dalam sebuah muzium yang penuh dengan artifak2 yang asli (duit2 lama dan sbgnya) dan yang tak asli (patung2 yang dipakaikan kostum baju2 pengantin mengikut adat kaum masing-masing)..dan juga dapatlah aku tahu bermacam-macam lagi adat2 penduduk di nusantara ni..lepas tu kitorang pergi melawat replika rumah mengikut tempat dan kaum..nak kata replika tak jugak la sebab rumah2nya semua memang  besar2 belaka..ada satu rumah ni tiga tingkat..tangga dia mencanak tinggi..dan sangatlah besar bahagian ruang tamunya..tak ingat rumah kat mana..rasa2nya macam Sulawesi..lepas tu sekali lagi tengok wayang 4D..kali ni cerita pasal burung2..aku tak hayati sangat cerita tu sebab da mengantuk..tidur jela time tu..tup2 je da habis..sol cakap cerita tu sedih..tu jela yang dapat aku simpulkan pasal cerita tu..keadaannya adalah lebih kurang sama dengan 4D kat Dufan..sempatlah jugak kitorang pusing2 kat dalam taman tu menaiki train yang comel lagi perlahan pergerakannya..tak sempat sampai stesyen kitorang dah melompat keluar..haha..dah penat berjalan, maka kami pun menaiki ojek (motor) ke arah pintu gerbang untuk mencari teksi..tambangnya tak mahal..Cuma 10000 rupiah je sorang..



Dah dapat teksi, kitorang pun bergerak lah ke gandaria city..it is also a big mall in Jakarta..perjalanan dari taman mini ke sana agak lama la jugak..sejam ada la..semua orang dalam teksi yang aku naik tu tidur sebab da kepenatan..ada sorang je yang tak tidur..cuba teka siapa??of course la driver teksi kan..hehe..setibanya di gandaria, kitorang terjumpa dude herlino atau dalam sinetron nikita nama dia mas dony..hehe..baru je nak bergambar, dia da kena panggil dengan sapa entah sebab adalah program dia untuk rancangan sebuah stasiun radio kat sana..satu perkara yang sangat lah best was when time berbuka..azan dikumandangkan dalam mall tu..hampir nak berlinang air mata time tu sebab belum pernah lagi kat Malaysia aku rasai situasi sebegitu..mungkin ada kat Malaysia cuma aku je yang tak tau kot..sekali lagi Islam subur di bumi Jakarta..habis makan, kitorang pergilah cuci mata dalam mall tu..tengok2 baju, kasut dan benda2 lain lah..lepas tu kitorang pulang semula ke hotel menteng 1..sebelum tu singgah sebentar kat stesyen keretapi gambir sebab nak beli tiket untuk ke bandung tapi kaunter semua da tutup..tanya2 dengan pak satpam (pak guard) dioarng cakap esok pun boleh beli..so kitorang pun balik jelah terus..malam tu packing2 barang sikit..lepas terawih, tidur..sepanjang berada di Jakarta aku, mad, Sol dan abang nash tak berapa sihat sebenarnya..aku demam, selsema dan batuk sampai hilang suara sekejap..tapi gagahkan jela diri untuk bejalan2 kat sana..rugi pulak da sampai nak rehat je kan..aku hentamkan badan atas katil dan tidur..



Ok this is a general story about what had happened in Jakarta for the first three days..i think i will stop here because there are lots more to share on my activities in bandung..so, see you guys in the next entry..

Before that, i wanna share one verse from Quran surah an-nisa: 40..happy finding..=)

Friday 10 August 2012

MUSAFIR DI INDONESIA 2


Assalamualaikum..

Alhamdulillah..Allah masih lagi beri peluang hidup untuk merasai dua nikmat terbesar ; iman dan islam dan juga diberi kesempatan nak tulis kisah yang selanjutnya..tapi pos kali ini kurang or takde gambar kot sebab kekurangan bahan..nanti kalau dah ade bahan insyaAllah will be updated..

Ok sambungan daripada cerita yang sebelum ni..keesokan harinya, lepas da siap2 aku, mad dan wan sempat lagi pergi ke jusco berhampiran untuk membeli toiletries..just beli sabun mandi dan sabun basuh je..lux lagi..huh wangi..hehe..tu kira persiapan terakhir kitorang lah..selepas mengucapkan selamat tinggal kepada nenek wan, maka bermulalah perjalanan kami sebagai musafir..



Kami bertiga menjalankan kaki ini ke stesyen LRT wangsa maju yang berhampiran rumah si wan tu..di situ, kami bertemu dengan abang nash bersama seorang cewek..waduh2 jadi penasaran gue..enggak tau siapa itu cewek..sory tercakap indon pulak..terbawak2..hehe..the train brought us to kl sentral which is our first check point..kat sana, sol dan aizul da menunggu kami dalam surau..maklumlah mereka anak2 yang soleh..so surau jadi tempat pilihan hati mereka..selesai solat zohor dan asar (musafir boleh jamak..yehaa!) tiket bas ke LCCT pun dibeli..murah je RM 8..dalam masa lebih kurang 5 minit bas penuh dan jalan..perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam..

Untuk kedua kalinya aku sampai LCCT..masih tak berubah..still in the same condition..ceh padahal first time tu baru beberapa minggu yang lepas anta aisar pergi jepun..what do you expect kan..of course la sama..sampai2 je terus uruskan beg2..then beli makanan buka sikit sebab flight kitorang pukul 5.30 p.m..yes!for the first time i made it..memijakkan kaki kat kapal terbang..time tu rase cam biase je sebab keadaannye lebih kurang macam dalam bas cuma one row has six seats..semua krew2 penerbangan adalah Indonesian..subhanallah..cantik2 pramugarinya cuma yang tak berkenan pakaian diorang la..agak seksi sikit..jaga mata jelah time2 puasa ni..

Ha part yang paling aku teruja naik kapal terbang ni is when it started to move..peh memang syok..laju bapak punye..excited kot..this moment was recorded in my phone..first time la katakan..da laju punya laju punya laju terbang lah ia bagaikan burung yang melebarkan sayapnya di udara..aku duduk kat seat tepi tingkap so dapatlah tengok pemandangan sekeliling tapi agak terbatas because of the small window..tapi puas hati gak..subhanallah..cantik sungguh pemandangan dari atas..makin tinggi flight terbang makin kecil objek2 di atas permukaan bumi dan semakin luaslah pemandangan tu..tak dapat nak digambarkan betapa cantiknya lukisan Allah..nobody could challenge His greatness..


Tiba2 tengah aku menikmati panorama indah tu flight bergegar sikit..mula2 aku ok je..then makin kerap pulak..before that announcement sudah dibuat mengatakan tentang cuaca yang kurang baik..at first aku tak expect apa2 la kan..tapi semakin ia bergegar semakin aduh pening kepala hotak aku ni..nasib baik bawak bekalan minyak angin..aku sapulah kat dahi sikit, hidung sikit..oh nyaman..yang buat aku pening tu sebab rasa macam free fall (sory terfizik sikit)..hipotesisnya, semakin banyak gegaran, semakin banyak free fall, semakin peninglah kepala aku..haha..kawan2 aku yang lain semua macam ok je aku tengok..untunglaa takde motion sickness..

Sedar tak sedar da masuk pun waktu berbuka..bekalan roti yang dibeli kat LCCT tadi menjadi juadah berbuka kami..dalam jangka masa 1 jam 50 minit, maka sampailah aku di bumi Jakarta..to be exact di lapangan terbang soekarno hatta..cuaca yang nyaman..lebih sejuk daripada Malaysia..28 darjah celcius suhu masa tu..sejuk tak sejuk sangat..panas pun tak panas sangat..pokoknya, nyaman deh..ha dah sampai indon kan, speaking indon la jawabnya..hehe..turun kapal terbang naik bas menuju ke balai ketibaan..kat situ kene cek ngan imigresen, angkut beg, then tunggu teksi...

Nak tau cerita selanjutnya, tunggu ye..terbanyak pulak bercerita hari ni..k selamat memburu lailatul qadar..see u in the next entry..

To be continue.....

Thursday 9 August 2012

MUSAFIR DI INDONESIA 1


Assalamualaikum..
Hai semua..apa khabar iman dan fizikal?harap2 dalam keadaan baik semuanya..hmm..sekarang ni aku nak cerita sikit mengenai perjalanan percutian cuti aku kat Jakarta dan bandung bermula 12 ramadhan 1433 sehinggalah 18 ramadhan 1433 bersamaan 1 ogos 2012 – 7 ogos 2012..

Dari kluang aku bersama Mad  ke kuala lumpur seawal 30 julai lagi..so kat sana kitorang stay di rumah shazwan sazali seperti biasanya..merasa la aku berbuka dan bersahur kat rumah dia..peh mak dia masak punyalah banyak lauk..macam nak meniaga..tapi aku rasa kalau mak die jual makanan tu mesti laku sebab seriously mantop..sangat sedap..cik hayati memang pandai masak..tapi time buka tu aku makan sikit je sebab nak solat maghrib dulu..lagipun kalau makan banyak2 nanti berat pulak mata dan badan aku..tapi lepas solat tak sempat pulak nak second round sebab mengejarkan isya’..tapi tak pelah..tahan je nafsu tu..

Malam tu lepas tarawih, aku keluar la bersama mad, wan, and abang nash..kitorang pergi bazaar berhampiran rumah shazwan kat wangsa maju tu..penat jugak la aku berjalan sana sini sebab bazaar tu agak besar..menemani abang nash cari selipar sebenarnya..akhirnya dia beli lah sandal berwarna hitam yang agak mahal harganya dengan seorang bro yang agak loya buruk..tapi tu mungkin style dia..so aku just let it be..then we all moved on to our next destination..apa entah nama tempat makan tu..lupa pulak..kitorang story morry punyalah lama..maklumlah lama gak da tak jumpa..so macam2 cerita la keluar..lamanya tu sampaikan waiter tu datang kat kitorang and bagi bil..selalunya kita yang mintak bil..tapi ni terbalik pulak..tengok sekeliling da tinggal beberapa orang je..diorang pun da start kemas2..so kitorang pun balik la rumah shazwan semula..makan2 sikit then aku tidur..tak taula apa yang si mad ngan wan tu bualkan sampai ke pagi..diorang tak tidur kot..aku da ngantuk so tutup jelah mata ni..

Nak tau ape berlaku seterusnya, nanti aku sambung lagi in the next entry..hehe..
p/s: hari ni da 20 ramadhan, so we can start to seek lailatul qadar which is better than 1000 months in term of our ibadah..=)