Thursday 7 March 2013

SOB SOB


Assalamualaikum warahmatullah..

Alhamdulillah setinggi-tinggi syukur diucapkan ke hadrat Illahi kerana dengan limpah rahmat dan kurniaNya dapatlah kita semua bernafas hingga saat ini..

Malam Jumaat ni adalah malam terakhir aku berada di rumah di samping keluarga tersayang sebelum berlepas pulang ke medan perjuangan pembelajaran di Jakarta..diam tak diam da sebulan lebih rupanya bercuti..masa sangatlah mencemburui aku ni..lebih2 lagi bila mana berada dalam keadaan aman, selesa, tenang dan damai di kampung halaman tempat aku dilahirkan, Felda Kahang Barat..

Sepanjang cuti ni Alhamdulillah dapat bertemu dengan rakan2 yang da lama tak jumpa..borak2 panjang dengan mereka tapi sedikit kecewa sebab tak semua yang dapat hadirkan diri..maklumlah semua da belajar merata2..ada yang balik cuti ada yang masih lagi belajar di tempat masing2..tapi apa2 pun terubatlah jugak rindu dekat mereka2 yang dah mewarnai kehidupan pada zaman sekolah menengah dulu2..

Mm walaupun hati terasa berat nak meninggalkan mak, abah, adik beradik, anak2 sedara lebih2 lagi yang baru lahir tu, yang comel2 belaka tu tapi kena lah aku gagahkan diri untuk menempuhi saat2 perpisahan yang sememangnya menyakitkan..lagi2 hari ni kat tempat aku ada orang meninggal..mulalah fikiran aku menerawang ke sana ke mari memikirkan pelbagai kemungkinan..tapi perancangan Allah itu maha hebat..aku redha atas segalanya insyaAllah..harapannya agar diorang semua tak nangis la besok sebab aku ni ade fragile sikit bila tengok orang nangis..lagi2 kalau mak ngan abah yang nangis..tidakkk!!!

Bercakap mengenai persiapan barang2, saat dan ketika ini belum siap sepenuhnya..tadi timbang2 beg macam terlebih je..terpaksalah kurangkan barang2 yang nak dibawa..tapi takpe, malam ni aku adjust lagi semuanya..bagi tepat2 15kg utk luggage..

Persiapan mental dan fizikal?insyaAllah telah aku persiapkan dengan sesiapnya..maklumlah, duduk di Jakarta memang sangat mencabar mental anda sebagai seorang rakyat Malaysia..kalau nak tahu apa yang mencabarnya, duduk la sendiri kat sana..nak cerita panjang2 pun tak guna..yang tak pernah bersyukur sebagai warganegara Malaysia pun aku ingat boleh jadi orang yang paling bersyukur lah duduk kat Malaysia..fizikal pun Alhamdulillah sihat2 belaka..tapi bila2 je kalau Allah nak tarik nikmat sihat, maka sakitlah aku..
Akhirulkalam, semoga semester 2 ni akan dipermudahkan segala urusan oleh Allah..anatomi sedang menunggu..mayat sudah memanggil-manggil da tu..semoga kecemerlangan semester 1 dulu dapat diteruskan dengan izinNya..doakanlah kami semua yang berada di bumi garuda, selamat sentiasa..panjang umur dapatlah pulang menyambut hari raya aidilfitri bulan 8 nanti..insyaAllah..selamat tinggal Malaysia! Selamat tinggal semua! Mudah2an Allah memberi aku peluang untuk bersua muka kembali dengan orang2 yang aku sayangi..

Allahumma yassir wala tu’assir..

*mohon maaf atas segala khilaf*

Assalamualaikum.. =)