Saturday 28 July 2012

syukran ya Muhammad..

Assalamualaikum...


"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan jika ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (seperti mana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka, orang fasik." (Surah Ali-Imran, ayat 110) 

Hari ini aku nak coret pulak la mengenai betapa bertuahnya aku dan anda2 semua yang mana telah lahir sebagai seorang Islam dan menjadi umat Muhammad..tapi sebenarnya sejak dalam perut ibu lagi kita telah berikrar pada Allah tak kiralah yang mengandungkan kita tu Islam ke tak..tak percaya?ha ni buktinya..

“Dan ingatlah ,ketika tuhanmu mengeluarkan keterunan anak adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka. Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman): "Bukankah Aku ini Tuhanmu?" Mereka menjawab: "Betul (Engkau Tuhan kami), kami menjadi saksi." (Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan: "Sesungguhnya kami (bani Adam) adalah orang-orang yang lengah terhadap ini (keesaan Tuhan)",(surah Al A’raf ayat 172.)


Da percaya?bagus..ok..apa sebenarnya yang untung sangat jadi umat nabi Muhammad ni..ramai antara kita yang tak sedar perkara ni..membiarkan diri terus dibuai khayalan2 budaya Barat yang terkenal dengan hedonismenya..seharusnya setiap saat dan waktu harus digunakan untuk memikirkan tentang kebesaran Allah bukan hanya sekadar berseronok sahaja..contohnya kita pergi tengok wayang..at that moment, kita boleh fikir akan kebesaran Allah sebenarnya..bagaimana hebatnya Allah memberi ilham pada manusia untuk cipta LCD tu sampai boleh pancarkan gambar yang bergerak..dan gambar tu pulak dirakam oleh kamera yang sangat kompleks rekaannya..Allah sebenarnya telah meminjamkan sedikit kehebatanNya pada umat manusia akhir zaman ni..so, dengan pinjaman tu kita jadi hebatlah dan menjadi umat yang lebih baik..tapi jangan pulak pergi tengok cite2 tak senonoh ya..contoh je..

Seterusnya, kita juga beruntung jadi umat Muhammad sebab pahala kita ni kalau melakukan sesuatu ibadah masyaAllah sangatlah besar..lebih2 lagi dalam bulan ramadhan ni kita ada malam lailatul qadar..pahala amalan pada malam ni melebihi seribu bulan berinadah..i’m sure that you guys already know it right?tahu sahaja tak boleh jugak..jadi apa yang perlu kita lakukan adalah cuba untuk mencari malam tersebut..barulah betul kita umat yang terbaik sebab kita memang suka lah pada perkara2 baik..so marilah kita rebut bonus yang Allah bagi ni..


Di akhirat nanti, kita akan mendapat syafaat daripada nabi supaya dipercepatkan hisab..umat nabi2 lain tak dapat semua ni..itu pun masih ada lagi yang tak berterima kasih pada nabi..”macam mana nak terima kasih..nabi kan da wafat?”tanya seorang budak ni..nak berterima kasih ni pun bukan hanya dengan ucapan sahaja..boleh juga dizahirkan dengan perbuatan..jangan lupa untuk berselawat kepada nabi kita..sebab antara orang2 yang diberi syafaat nabi adalah orang yang banyak berselawat kepada baginda Muhammad s.a.w..nak syafaat?selawatlah banyak2 ye...insyaAllah..



Sebenarnya kalau nak disenaraikan memang banyak lagi kelebihan menjadi umat nabi Muhammad ni..tapi ini jelah yang dapat dikongsikan buat masa ni sebagai pembuka mata akan kelebihan menjadi umat Muhammad..syukur..

Thursday 26 July 2012

PENGHAPUS DOSA KECIL

Assalamualaikum..

"Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya"
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Alhamdulillah..hari ini Allah kurniakan aku kesihatan yang tidak sempurna..tekak sakit, badan sengal-sengal, mata mengantuk layu je..mengikut pengalaman hidup aku yang selama 20 tahun  ni, rasa2nya memang nak demam la ni..sambil menonoton sinetron puteri yang ditukar episod akhir tadi, tiba2 teringat pulak hadith yang di atas..dalam cerita tu tadi pelakonnya sakit gak..stress kata doktor..hehe..



Ramai orang yang bila sakit je mulalah nak mengeluh..lagi2 di bulan ramadhan yang penuh barakah ni..cari peluang je nak buka...bila ditanya, suka nak bagi jawapan klishe..”aku demam, kene makan ubat”..”aku sakit, tak bole puasa”..dan macam2 aku lagi lah yang diberikan..bak kata pepatah melayu kan, hendak seribu daya..tapi malangnya ada yang mengambil kesempatan atas peribahasa ni apabila salah mengimplimentasikannya dalam kehidupan seharian, lebih2 lagi dalam bulan puasa ni..Astaghfirullah..masa zaman2 gelap jahiliyah dulu pun aku pernah bagi alasan yang sama tapi Alhamdulillah Allah bagi petunjuk dengan memberi sedikit kefahaman tentang maksud puasa yang sebenar. Memang rugi la kalau kita tak puasa masa bulan ramadhan ni..memanglah boleh diganti di lain hari dan waktu tapi pahalanya ya berbeza..suasananya pun berbeza..da tak boleh nak beli makanan lagi di bazar ramadhan..maklumlah nama pun bazar RAMADHAN..so bulan ramadhan jela yang ada kan..da terlepas satu nikmat dalam hidup lagi..rugi2..
Ha yang aku membebel kat atas tu hanyalah untuk orang yang sakit sikit2 je..tapi keadaannya adalah berbeza untuk orang yang betul2 sakit dan sememangnya tak boleh nak berpuasa dan memang telah termaktub dalam syariat yang dia memang diharuskan untuk berbuka..contohnya orang tua yang uzur dan ibu mengandung yang takutkan kesihatan diri dan kandungan terjejas..ha nak tau yang lain rajin2kanlah search di mana2..ustaz google ade..ustazah youtube pun boleh..(gelaran ustaz dan ustazah diberikan oleh ustaz hasrizal)..hehe..



Berdasarkan hadith yang di atas tu, aku dapat simpulkanlah yang sebenarnya sakit ni hanyalah ujian Allah..seandainya kita bersabar dan tidak mengeluh, insyaAllah segala hikmah Allah akn berikan pada kita..bulan puasa ni mungkin ada yang masih di takuk lama..maksudnya masih ada yang tinggalkan solat lima waktu dan pelbagai kewajipan lain lagi..tapi yang uniknya bulan ramadhan mereka2 ni boleh berpuasa..Subhanallah..maha suci Allah..betapa sayangNya Allah pada hambaNya, Dia masih lagi ketuk pintu hati mereka2 ni untuk berpuasa..pada kebiasaannya, orang yang berpuasa ni akan lebih sabar..kalau tak sabar, cuba cek balik puasa kita..there must be something goes wrong somewhere..tepuk dada tanya iman..



Jadi, kalau kita ditimpa musibah seperti sakit ni, banyak2 la bersabar sebab sebenarnya itu adalah salah satu jalan Allah nak hapuskan dosa kita atau pun nak tingkatkan darjat kita..yes memang kita tak Nampak semua tu dengan mata kasar, namun seandainya kita nilai daripada kaca mata iman, perkara2 ghaib seperti inilah yang membantu kita untuk meningkatkan iman..yelah..macam yang da termaktub dalam al-Quran surah al-Baqarah ayat 3 yang memberi kita maklumat tentang tanda2 orang beriman..antaranya ialah orang yang percaya dengan perkara ghaib..

Kesimpulannya, bersabarlah ketika anda sedang dijangkiti penyakit kerana sesungguhnya ia datang daripada Allah dan tiada satu perkara pun yang Allah turunkan melainkan dengan hikmahnya yang tersendiri..wallahu’alam..

Tuesday 24 July 2012

cerita cemara 6/512


Assalamualaikum..

Ha hari ni rase nak sambung lagi mencoret di blog aku yang baru berumur satu hari ni..hehe..Nak smbung cerita pasal dua orang lagi sahabat aku yang mana diorang ni adalah my roommates masa sem 3 kat kolej cemara dulu..dua makhluk ni ada keunikan yang tersendiri..sebenarnya melalui kawan2 aku ni pun aku da dapat tengok betapa berkuasanya sang Pencipta..Allah menciptakan manusia ni ada berbagai2 perangai which is different for each individual..tak tercapai akal ku akan kekuasaanNya..Allahuakbar..

"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal".
Surah al.Hujurat: 13

ok lah let me start my story about these two fella...
Budak ni berasal dari Kelantan sama macam aisar ahmad..ingat lagi aisar?tak ingat pegi la tinjau balik SENTUHAN PERTAMA aku tu..hehe..aku tak reti sebenarnya nak describe budak ni sebab dia satu dalam sejuta..sangat unik la pada aku..ha nama dia mohd azhan ramli..tapi lebih glamour dengan nama gelarannya poe dan aku tak tau jugak kenapa die dipanggil dengan gelaran tu..aku cari dalam kamus dewan macam takde je perkataan tu..tapi takpe asalkan dia bahagia dengan nama tu sudahla kan..dia ni budak IMU..one thing yang aku respect and suka pasal dia is the way he thinks..dia sangat matang dalam menyampaikan hujah2 mengenai sesuatu isu yang memang mantap dan relevan..tak hairanlah JPA amek dia as a scholar..hee..dia pun suka cakap terus terang..takde nak berdolak dalih dan berselindung..pendek kata, dia main hembus jela pape pun la dia nak cakap dan apa yang dia cakapkan tu adalah benda2 yang betul je..sapa berani macam2 ngan dia memang kena la..kan poe?hehe..ha die ni memang baik sangat..time aku sakit dia ngan haziq yang jaga aku..aku rasa sangat berterima kasih ngan poe ni sebab the way he took care of me memang first class la..bak kata tok abah boboi boy “TERBAIK”..haha..itulah die poe....


Roommate aku yang sorang lagi ni pulak berasal daripada Terengganu..katanya dia ade kampong kat batu pahat which is not too far from my hometown..nama dia haziq hannan...aku suke panggil dia hannan tapi die suke suruh panggil haziq..kadang2 aku panggil die budak sebab dia ni muda setahun..sebagai balasan dia kepada aku, dipanggilnya aku orang tua..ade ke patut?ish2..tapi takpela,,asalkan dia bahagia sudah..haziq ni bole dikatakan anak orang berada la jugak sebab dia belajar atas tanggungan mak bapak dia..first time aku Nampak dia dulu masa kat kolej cendana..aku tengok ish bro mana pulak la ni..muka nak ganas je..macam samseng pun ade..the way he dressed up that time memang macam mafia da aku tengok..tup2 masuk sem 3 dapat sebilik ngan dia..mula kenal dia..baik rupenye budak ni..muka je ganas..tapi dalam hati ada taman woo..itulah serba sedikit pasal haziq ni..

Dua2 orang ni memang tersangat la baik pada aku hinggakan disebabkan satu peristiwa aku  dengan berat hatinya terpaksa berpisah dengan diorang..peristiwa tersebut bukanlah pergaduhan ok..it’s for my own good actually..diorang faham la kot the reason why i moved on to other room..tapi persahabatan kami tetap berjalan seperti biasa Cuma da jarang makan bersama macam masa dulu2..hee..


Ada satu peristiwa yang membuatkan aku takkan melupakan poe ni..pernah satu ketika aku dimarahi oleh poe ni sebab accidentally and unconsciously aku telah TERoff suis laptop dia..time tu dia baru je siap wat design baju yang dia da usahakan agak lama gak la..lebih 24 jam..aku rasa seram and speechless time tu sebab rasa sangat2 la bersalah..tapi aku terus minta maaf ngan dia even though aku tau maaf takkan mengubah apa yang da berlaku..cewah..nasib baik hati poe ni lembut lagi..dia maafkan aku..tu la kn..kalo da lama berkawan da macam adik beradik..ibarat air dicincang takkan putus..selepas kejadian tu we live a normal life..tengok movie sama2..karaoke sama2..yeehaa!haha..mm kalo ngan haziq pulak takde pape peristiwa ‘seram’ kot yang berlaku..haha..sebab haziq ni kecik lagi so kalau kita marah2 dia pun for his own good..maklumlah aku da lebih sikit makan garam daripada dia..hehe..

Just wanna say thank you so much to both of you for being nice and awesome throughout our days living under the same roof together..6/512 (room number)...

That’s all for now...

Monday 23 July 2012

PERSEDIAAN BERPUASA


Sementara ada idea untuk berkongsi ni aku rase better aku start menulis sebelum semuanya melayang pergi dari benak fikiran ni..mungkin belum terlambat kot kalau aku nak kongsi pasal perkara2 yang kita perlu sediakan dalam bulan ramadhan ni..item2 kali ni aku dapat daripada khutbah jumaat kat masjid jamek felda kahang barat which is one day before kita start berpuasa..antara perkara2 tersebut adalah:

1. Rohani


kita perlulah menjadikan rohani kita sentiasa bersedia untuk melakukan segala amal ibadah dalam bulan ramadhan ni yang mana pahalanya adalah berlipat2 kali ganda..antara persediaan rohani yang boleh dibuat adalah dengan menjaga hati..sabda nabi yang bermaksud "ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada seketul daging (segumpal darah) jika baik maka baiklah seluruh anggota, jika rosak, maka rosaklah seluruh anggota, itulah hati" riwayat Bukhari dan Muslim. insyaAllah bila hati kita bersih, khusyuk dalam beribadah tu akan lebih mudah untuk diperolehi..begitu juga dengan kemanisan beribadah itu sendiri. basahkanlah bibir senantiasa dengan zikrullah dan selawat ke atas nabi Muhammad s.a.w...

2. Ilmu

untuk berpuasa juga, kita perlulah mempunyai pengetahuan mengenainya. masa kecik2 dulu kita puasa tahan lapar dan dahaga je kan..tu pun sebab parents cakap kalau puasa tak cukup nanti tak dapat duit raya..ha macam2 cara kita buat nak tahan sampai ke maghrib..aku dulu suka mandi lama2 sebab sejuk bila kene air..segar je rase..hehe..tu dulu..sekarang bila da belajar sikit2 baru tau yang mandi lama2 tu makruh hukumnya..boleh kurangkan pahala puasa..ilmu ni seharusnya meningkat dengan pertambahan usia kita..bak kata ustaz hasrizal, kte kene la upgrade software kte..takkan da tahun 2012 masih nak gune windows 1995 kan..dalami ilmu tentang puasa..apa sebenarnya tujuan kita berpuasa..amalan yang boleh kita lakukan dalam bulan ramadhan yang memang satu bonus untuk umat Islam..jangan jadikan puasa kita hanya sekadar menahan lapar dan dahaga semata2..

3. Fizikal


ha nak puasa pun kene la jaga kesihatan tubuh badan kita..jangan la asyik nak duduk depan tv je..main game memanjang..tak elok tu..da membazir masa namanya tu..petang2 tu bole gak kte pergi joging ke, futsal, badminton dan sebagainya..ha teringat dulu masa kat INTEC..aku dan kawan2 boleh dikatakan setiap petang  main badminton mase bulan puase..bulan tak puasa apetah lagi..hehe..so jangan jadikan alasan yang berpuasa ni menghalang kita daripada beriadah..sepatutnya puasa ni menjadikan kita seorang yang lebih proaktif dan produktif..sebab apa, apabila kita berfikir, bahagian yang digunakan adalah perut di mana letaknya organ hati..tak percaya, dalam al-Quran ada Allah ada mengatakan ada orang yang mempunyai hati tapi tak mahu untuk memahami..kenapa Allah tak cakap faham guna otak?kn2..perkongsian ni aku dapat masa form 5 dulu..diberitahu kepada aku oleh seorang pensyarah UTM yang membuatkan aku terfikir mengenai kehebatan Allah..mengenai fizikal ini jugak, ada satu hadith yang bermaksud " Mukmin yang kuat lebih dicintai Allah berbanding Mukmin yang lemah dan masing2 memiliki kebaikan. riwayat Muslim..so let's be strong in this holy month and for the rest of our live....

4. Ekonomi

Berpuasa juga memerlukan wang untuk membeli makanan berbuka. kalau tak pun bole je makan free kat masjid2 kan..tapi jawatankuasa masjid tu pun memerlukan wang untuk menyediakan juadah2 berbuka tersebut..so tidak hairanlah kalau kewangan juga perlulah dipersiap dalam bulan ramadhan ni..seandainya Allah mengurniakan kita rezeki yang lebih eloklah kiranya kalau kite hulurkan sedekah..bak kata BERSAMAMU "hulurkan tangan ringankan beban"..ha janganlah asyik ingat diri sendiri je nak makan..ingatlah jugak sedara2 seIslam yang lain..


kesimpulannya, janganlah kita asyik ingat persiapan raya je hingga menyebabkan kita lupa akan fadhilat2 ramadhan yang datang hanya sebulan dalam setahun..insyaAllah seandainya kita sentiasa bersedia dalam semua aspek, anggota badan kita akan terasa lebih ringan untuk melakukan ibadah semata-mata kerana Allah. Wallahualam.....



SENTUHAN PERTAMA

assalamualaikum semua..
pertama2nya aku nak cerita benda2 yang santai dulu la kot..
aku nak cerita pasal kawan2 aku yang sebenarnya amat2 la aku rindui di kala saat dan tika ini..
diorang ni semua aku kenal masa belajar kat kolej persediaan international education college atau pun lebih mudah nak sebut, INTEC..aku kenal ngan diorg ni da 2 taun tapi mulai rapat, kenal hati budi masing2 by the last semester of my studies..tp aku rase macam da kenal lama ngan makhluk2 yang pelik dan unik ciptaan Tuhan ni..


walaupun perkenalan aku dan mereka2 ni hanya dalam masa yang singkat, tapi macam2 da ktorg lalui bersama..suka duka,senang susah, pahit maung semua ditempuhi bersama sepanjang our struggling time before the final A level examination yang mana akan menentukan masa depan kami..tapi skrg Alhamdulillah da berjaya melalui peperikasaan tersebut..cumanya tinggal tunggu result la ni..16 Ogos 2012 adalah tarikh keramat itu..mudah2an semua sukses ke destinasi masing2..amin..ha nak start cerita la pasal mereka ni..nak mula dengan sapa ek..


ok lah biarlah aku start dengan insan bertuah yang bernama Muhammad shahrulzaman..mamat ni budak kluang..rumah die tak jauh pun dari rumah aku..kire2 10 minit la kalau aku drive..mad ni seorang yang personally speaking seorang yang peramah..bawak die pegi mana2 pun senang sebab die senang nak mingle around ngan orang..dalam kalangan budak intec, dia lebih dikenali dengan nama MAT TOP sebab dia jual top up..senang aku kalau nak top up..text je die, masuk la top up jap lagi..cuma kadang2 ada la problem with the line..kene tggu stu hari..huhu..tu kalau budak2 intec la yang panggil..for me, i have my own way of calling him..ROL..hehe..sory mad!hee..dia jugak seorang yang pandai menguruskan event2 sebab dia join JPKC kot (jawatankuasa perwakilan kolej cendana) masa dulu..aku x join sebab kurang rajin time tu..konon2 nak rehat la kejap..tapi last2 ditakdirkanlah aku untuk menjoin organisasi yang lain..tu cerita lain la kot..banyak pengalaman yang aku timba daripada dia including my first motorcycle crashed..mantap woo..thanks mad sbb bagi aku experience tu..tak kan dilupakan..mm tu jelah pasal mad ni..nak tau lebih lanjut, add la dia kat facebook..



next is shazwan sazali..dulu kat kolej cendana, dia ni jiran aku..duduk kat tingkat atas daripada aku tapi jarang sekali berjumpa..senang cerita memang aku tak kenal la dia ni..first time dengar nama die pun daripada mad since dia roommate aku masa tu..shazwan ni seorang berpandangan jauh..ada visi dan misi tersendiri..suka bercakap..maksud aku debat..hee..dia pandai nyanyi lagu melayu, english, mandarin, tamil versi melayu, hindustan, arab dan sebagainya..die ni popular kat intec..HOT STUFF!!maklumlah retis la katakan..diundang menyanyi ke sana ke mari..ada event je muke dia la nyanyi..tu maknanya suara dia memang sedap sebab tu orang jemput dia nyanyi..sapa2 ada perlukan artis untuk buat persembahan dengan bayaran yang murah atau free, bolehlah jemput dia sebab dia memang suka membantu..sangat baik hatinya..time aku accident, dia la yang tolong bawak pegi klinik..pastu memang caring la..tersentuh hati aku kala itu..cewah!tapi yang ni mmg ikhlas la..thanks wan..ha ada lagi..dia minat pada politik and sangat up to date pasal mende2 ni semua..dia ibarat akhbar bergerak bagi aku..dia baru je balik dari China for representating Malaysia in competition apa ntah..Chinese Bridge something..yang bangganya dia adalah satu2nya Melayu Islam yang berjaya grab the top 13..tahniah!hebat kan dia..ish2 dahsyat dia ni..




salihin mahadi nama kawan aku yang seterusnya..lebih popular dengan panggilan SOL..susuk tubuhnya memang unik..dia ni paling tinggi antara kami..senang nak cari dia kalau dia hilang ditelan orang ramai..hehe..sol ni insyaAllah akan fly ngan aku pegi ireland nanti..sepanjang pengamatan aku duduk sebumbung ngan dia, he is very hardworking..bkn rjin ape..tp rajin tido..haha..pantang ada masa senggang je dia tido..kalau bangun je cerita korea la dia layan..tapi jangan slah sangka..dia ni rajin gak buat benda2 lain..cuma 2 perkara ni la yang paling rajin..kalau kitorang nak buat any event bersama contohnya pegi jalan2, so he is our masterplanner..memang terbaik la plan dia..time cuti2 ni, dia tolong parents dia jaga kedai..rajin kan dia?hmm..and the latest thing he does is blogging..rajin gak kawan aku ni menulis..aku pun baru je nak berjinak2 ngan blog ni..huu..sol pun ringan tulang..senang nak mintak tolong pape ngan dia ni cuma kadang2 dia suka nak main2..tapi last2 tolong gak..hati dia baik maa..




seterusnya let me tell you about hafizi abdul razak..fizi ada sebuah motor yang ktorg  panggil KCB..moto dia ni telah banyak membantu kami2 semua ni..aku pun selalu je pinjam motor dia..pegi bank la..PKNS la..plaza alam sentral la..dan mana2  la..dia ni rajin study..satu hari tak nampak dia bukak buku memang tak sah..another thing that he never miss is switching on his laptop sebab dia ada projek baik punye..murni niat dia ni..dia berkompromi, berusahasama, dan berkolaborasi dengan si mad tu..mudah2an usaha diorang tu diberkati Allah..yang uniknye pasal fizi ni, dia pandai cipta lirik lagu..memang kalau lagu tu dipublish mesti HITZ pnya la..aku suke je kacau dia dengan lagu "Ala-ala Anjing" dia tu..maafkan saya hafizi kalau awak terasa hati..=)..dia ni pun senang je kalau nak mintak tolong..kalu kita tak mintak tolong, nanti dia sendiri yang tawarkan pertolongan..ha nice kan..untung dapat kawan macam fizi ni..


comel giler pic ni..haha..


kawan aku yang seterusnya ni orang perak..dia pun roommate aku..meja study pun sebelah aku je..nama penuh dia hafiz azmi..nama panggilan dia apai..kalau sapa2 penah tengok iklan maybank ade satu dialog tu sebut nama dia..dialog tu berbunyi lebih kurang begini "sik betis apai rimau ma tuk"..dalam subtitle die maksud apai tu ayah..tapi aku tak tau la pulak kenapa dia dipanggil apai dan aku pun tak penah nak tanya..baru aku perasaan di saat aku menulis ni..haha..mungkin kalau ko bace entry ni ko boleh jelaskan kat aku kot apai..ha kalau SOL rajin ngan korean drama, apai pulak rajin ngan so call unit 7 by us..for your information unit 7 is mangafox..hari2 die baca..tak pernah miss kecuali  kalau internet kitorang kene block kejap sebab lambat bayar..nasib baik la aku tak minat sangat baca komik2 ni..kalau tak aku pun mesti da melekat je depan laptop..hee..malam2 pulak aku  ngan sol suke je kacau dia kadang2 bila dia calling2..ehem2..untunglaa..haha..




ahmad aiman firdaus nama diberi..banyak orang panggil dia aiman..sedikit2 orang panggil dia acai..kadang2 orang panggil dia man..jarang2 orang panggil dia daus..yang tak bestnya bila orang panggil dia man je sebab nanti aku terasa diriku dipanggil..kitorang selalu je kena troll ngan makhluk2 yang lain tu..korang memang!aiman ni budak sri petaling..rumah dia dekat je ngan masjid sri petaling di mana jemaah2 tabligh berkumpul..dia ni tabligh ke tak aku tak pasti tapi mungkin ya sebab dia ade seluar tabligh tu..haha..tapi agakan aku ni mungkin tak reliable and valid sebab takda sumber rujukan dan ada satu sample je..hehe..aiman ni minat ngan lebron james..(ye ke man?)haha..dia minat main basketball..kalau tengok dia dunk fuyoo, memang tak sangka dia bole buat..maklumlah badan dia besar sikit..tapi tu semua dulu..kini aiman da kembali sebagai seorang lelaki macho, handsome, tampan, kacak dan bergaya..(nak ambik hati dia je ni)..hi3..insyaAllah dia pun akn fly ke ireland dengan aku and jadi roommmate aku kat sane as we chose the same university..keistimewaan aiman ni adalah mata dia..haha..nak tau kenapa ngan mata dia, mm biarlah rahsia....

aisar yang tengah2 tu..yg muncung tu..

kawan aku yang lagi sorang ni pulak datangnya dari kelantan..machang kalau tak silap..kan aisar? ha tula nama dia..aisar ahmad..aisar ni seorang yang rajin, berdedikasi, komited dengan tugas dan seorang yang berpendirian tegas..once he say no, no one could ever make him say yes..macam seram je bunyinye..tapi bagusla..dia ada jati diri namanya tu..hehe..there's one part of him yang dia banggakan which is his lips..sebabkan bibir dia yang merah saga (exaggerate) dan pretty thick tu, aku panggil dia "bibir fitnah"..kan bibir..hehe..dan sebagai balasan aku pulak dipanggil gigi..ish2..dia la teman aku nak begaduh..bukan gaduh pasal apa, pasal gigi ngan bibir lah..macam takde bende lain kan nak digaduhkan..tapi suke hati kamilah nak gaduh pasal ape pun kan..pergaduhan kami..haha..tapi tu semua hanyalah gurauan semata2..aku ade pinjam satu buku from him..tajuknya five point something..ala2 3 idiots la citenya..tapi yang nak kabonye, this is my first english novel apart from yang sekolah punye dulu..thanks aisar sebab bagi pinjam.....


ni pulak aizul..

ni la syam.
ha seterusnya adalah aizul haidhar dan syamsul amri..diorang ni dua2 budak IMU dan satu kelas..selalu je nampak diorang bersama di INTEC..aizul berasal daripada kawasan pedalaman dan berhutan tebal..haha..gurau je zul..dia asal daripada pahang..mm jerantut kot..syam pulak diterbangkan khas dari kuching sarawak..aizul pun ada memiliki ciri2 seperti aisar..i mean the lips..bole tahan gak bibir dia ni..pengakuan daripada mulutnya sendiri, bibir dia macam angelina jolie..siapa ada insuran lagi..macam2 aizul ni..dia paling degil antara kami semua dan telah dapat first rank masa kat UPM haritu..kalau nak tau rank apa, tanyalah fizi, sol, aiman ngan kimi..wan tau gak kot..pasal syam ni pulak..dia ni pndai..dapat 14 points time trial and he is expected to get full marks in A level chemistry..ha terer tak terer la kan dia ni..syam ni seorang budak yang sangat rajin..semua keje will be done in just a blink of eye..nak tunjukkan betapa pantas dan efisiennya kalau syam berkerja..kalau korang ade pape masalah, dia bole je tolong settlekan..



ni la tempat tinggal kitorang..tingkat empat dan  lima.
at last, habis gak aku ceritakan pasal kawan2 aku..sebenarnya ada banyak lagi bende yang aku nak cerita pasal makhluk2 unik ni..tapi tangan da penat nak menaip..pape pun apa yang aku nak cakap kat sini is terima kasih banyak2 kat kawan2 aku semua ni sebab diorang da mewarnai hari2 aku di INTEC..walaupun jauh daripada family tapi tak terasa sebab kehadiran diorang semua telah memenuhi setiap ruang hidup aku..bila da lama kitorang tak jumpa mulalah rasa rindu muncul dalam diri..mungkin this is the halawah atau kemanisan berukhuwah yang dapat aku rasakan..so, seandainya kita ada rakan2, jalinkanlah persahabatan tu atas dasar iman kepada Allah..jika niat betul, insyaAllah persahabatan yang terjalin akan terus kuat terikat hingga ke jannah..
one last sentence..uhibbukum fillah!




tu jela for my first attempt..insyaAllah ada masa see u in another entry..=)