Assalamualaikum..
"Tidaklah seorang
muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan
bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya"
(Hadis riwayat Bukhari dan
Muslim)
Alhamdulillah..hari ini Allah
kurniakan aku kesihatan yang tidak sempurna..tekak sakit, badan sengal-sengal,
mata mengantuk layu je..mengikut pengalaman hidup aku yang selama 20 tahun ni, rasa2nya memang nak demam la ni..sambil
menonoton sinetron puteri yang ditukar episod akhir tadi, tiba2 teringat pulak
hadith yang di atas..dalam cerita tu tadi pelakonnya sakit gak..stress kata doktor..hehe..
Ramai orang yang bila
sakit je mulalah nak mengeluh..lagi2 di bulan ramadhan yang penuh barakah
ni..cari peluang je nak buka...bila ditanya, suka nak bagi jawapan klishe..”aku
demam, kene makan ubat”..”aku sakit, tak bole puasa”..dan macam2 aku lagi lah
yang diberikan..bak kata pepatah melayu kan, hendak seribu daya..tapi malangnya
ada yang mengambil kesempatan atas peribahasa ni apabila salah
mengimplimentasikannya dalam kehidupan seharian, lebih2 lagi dalam bulan puasa
ni..Astaghfirullah..masa zaman2 gelap jahiliyah dulu pun aku pernah bagi alasan
yang sama tapi Alhamdulillah Allah bagi petunjuk dengan memberi sedikit
kefahaman tentang maksud puasa yang sebenar. Memang rugi la kalau kita tak
puasa masa bulan ramadhan ni..memanglah boleh diganti di lain hari dan waktu
tapi pahalanya ya berbeza..suasananya pun berbeza..da tak boleh nak beli
makanan lagi di bazar ramadhan..maklumlah nama pun bazar RAMADHAN..so bulan
ramadhan jela yang ada kan..da terlepas satu nikmat dalam hidup lagi..rugi2..
Ha yang aku membebel kat
atas tu hanyalah untuk orang yang sakit sikit2 je..tapi keadaannya adalah
berbeza untuk orang yang betul2 sakit dan sememangnya tak boleh nak berpuasa
dan memang telah termaktub dalam syariat yang dia memang diharuskan untuk
berbuka..contohnya orang tua yang uzur dan ibu mengandung yang takutkan
kesihatan diri dan kandungan terjejas..ha nak tau yang lain rajin2kanlah search
di mana2..ustaz google ade..ustazah youtube pun boleh..(gelaran ustaz dan
ustazah diberikan oleh ustaz hasrizal)..hehe..
Berdasarkan hadith yang di
atas tu, aku dapat simpulkanlah yang sebenarnya sakit ni hanyalah ujian
Allah..seandainya kita bersabar dan tidak mengeluh, insyaAllah segala hikmah
Allah akn berikan pada kita..bulan puasa ni mungkin ada yang masih di takuk
lama..maksudnya masih ada yang tinggalkan solat lima waktu dan pelbagai kewajipan
lain lagi..tapi yang uniknya bulan ramadhan mereka2 ni boleh berpuasa..Subhanallah..maha
suci Allah..betapa sayangNya Allah pada hambaNya, Dia masih lagi ketuk pintu
hati mereka2 ni untuk berpuasa..pada kebiasaannya, orang yang berpuasa ni akan
lebih sabar..kalau tak sabar, cuba cek balik puasa kita..there must be
something goes wrong somewhere..tepuk dada tanya iman..
Jadi, kalau kita ditimpa
musibah seperti sakit ni, banyak2 la bersabar sebab sebenarnya itu adalah salah
satu jalan Allah nak hapuskan dosa kita atau pun nak tingkatkan darjat
kita..yes memang kita tak Nampak semua tu dengan mata kasar, namun seandainya
kita nilai daripada kaca mata iman, perkara2 ghaib seperti inilah yang membantu
kita untuk meningkatkan iman..yelah..macam yang da termaktub dalam al-Quran
surah al-Baqarah ayat 3 yang memberi kita maklumat tentang tanda2 orang
beriman..antaranya ialah orang yang percaya dengan perkara ghaib..
Kesimpulannya, bersabarlah
ketika anda sedang dijangkiti penyakit kerana sesungguhnya ia datang daripada
Allah dan tiada satu perkara pun yang Allah turunkan melainkan dengan hikmahnya
yang tersendiri..wallahu’alam..
No comments:
Post a Comment