Assalamualaikum...
"Kamu (wahai umat
Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia,
(kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada
segala perkara salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah
(dengan sebenar-benar iman). Dan jika ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) itu
beriman (seperti mana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi
mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka, orang
fasik." (Surah Ali-Imran, ayat 110)
Hari ini aku nak coret pulak la mengenai betapa bertuahnya aku dan
anda2 semua yang mana telah lahir sebagai seorang Islam dan menjadi umat Muhammad..tapi sebenarnya sejak
dalam perut ibu lagi kita telah berikrar pada Allah tak kiralah yang
mengandungkan kita tu Islam ke tak..tak percaya?ha ni buktinya..
“Dan ingatlah
,ketika tuhanmu mengeluarkan keterunan anak adam dari sulbi mereka dan Allah
mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka. Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu
mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil
kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman): "Bukankah Aku ini
Tuhanmu?" Mereka menjawab: "Betul (Engkau Tuhan kami), kami menjadi
saksi." (Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak
mengatakan: "Sesungguhnya kami (bani Adam) adalah orang-orang yang lengah
terhadap ini (keesaan Tuhan)",(surah Al A’raf ayat 172.)
Da
percaya?bagus..ok..apa sebenarnya yang untung sangat jadi umat nabi Muhammad
ni..ramai antara kita yang tak sedar perkara ni..membiarkan diri terus dibuai
khayalan2 budaya Barat yang terkenal dengan hedonismenya..seharusnya setiap
saat dan waktu harus digunakan untuk memikirkan tentang kebesaran Allah bukan
hanya sekadar berseronok sahaja..contohnya kita pergi tengok wayang..at that moment,
kita boleh fikir akan kebesaran Allah sebenarnya..bagaimana hebatnya Allah
memberi ilham pada manusia untuk cipta LCD tu sampai boleh pancarkan gambar
yang bergerak..dan gambar tu pulak dirakam oleh kamera yang sangat kompleks
rekaannya..Allah sebenarnya telah meminjamkan sedikit kehebatanNya pada umat
manusia akhir zaman ni..so, dengan pinjaman tu kita jadi hebatlah dan menjadi
umat yang lebih baik..tapi jangan pulak pergi tengok cite2 tak senonoh
ya..contoh je..
Seterusnya,
kita juga beruntung jadi umat Muhammad sebab pahala kita ni kalau melakukan
sesuatu ibadah masyaAllah sangatlah besar..lebih2 lagi dalam bulan ramadhan ni
kita ada malam lailatul qadar..pahala amalan pada malam ni melebihi seribu
bulan berinadah..i’m sure that you guys already know it right?tahu sahaja tak
boleh jugak..jadi apa yang perlu kita lakukan adalah cuba untuk mencari malam
tersebut..barulah betul kita umat yang terbaik sebab kita memang suka lah pada
perkara2 baik..so marilah kita rebut bonus yang Allah bagi ni..
Di akhirat
nanti, kita akan mendapat syafaat daripada nabi supaya dipercepatkan
hisab..umat nabi2 lain tak dapat semua ni..itu pun masih ada lagi yang tak
berterima kasih pada nabi..”macam mana nak terima kasih..nabi kan da wafat?”tanya
seorang budak ni..nak berterima kasih ni pun bukan hanya dengan ucapan
sahaja..boleh juga dizahirkan dengan perbuatan..jangan lupa untuk berselawat
kepada nabi kita..sebab antara orang2 yang diberi syafaat nabi adalah orang
yang banyak berselawat kepada baginda Muhammad s.a.w..nak syafaat?selawatlah
banyak2 ye...insyaAllah..
Sebenarnya
kalau nak disenaraikan memang banyak lagi kelebihan menjadi umat nabi Muhammad
ni..tapi ini jelah yang dapat dikongsikan buat masa ni sebagai pembuka mata
akan kelebihan menjadi umat Muhammad..syukur..
No comments:
Post a Comment