Assalamualaikum
warahmatullah..
Alhamdulillah
setinggi-tinggi syukur diucapkan ke hadrat Illahi kerana dengan limpah rahmat
dan kurniaNya dapatlah kita semua bernafas hingga saat ini..
Malam Jumaat
ni adalah malam terakhir aku berada di rumah di samping keluarga tersayang
sebelum berlepas pulang ke medan perjuangan pembelajaran di Jakarta..diam tak
diam da sebulan lebih rupanya bercuti..masa sangatlah mencemburui aku
ni..lebih2 lagi bila mana berada dalam keadaan aman, selesa, tenang dan damai
di kampung halaman tempat aku dilahirkan, Felda Kahang Barat..
Sepanjang
cuti ni Alhamdulillah dapat bertemu dengan rakan2 yang da lama tak
jumpa..borak2 panjang dengan mereka tapi sedikit kecewa sebab tak semua yang
dapat hadirkan diri..maklumlah semua da belajar merata2..ada yang balik cuti
ada yang masih lagi belajar di tempat masing2..tapi apa2 pun terubatlah jugak
rindu dekat mereka2 yang dah mewarnai kehidupan pada zaman sekolah menengah
dulu2..
Mm walaupun
hati terasa berat nak meninggalkan mak, abah, adik beradik, anak2 sedara lebih2
lagi yang baru lahir tu, yang comel2 belaka tu tapi kena lah aku gagahkan diri
untuk menempuhi saat2 perpisahan yang sememangnya menyakitkan..lagi2 hari ni
kat tempat aku ada orang meninggal..mulalah fikiran aku menerawang ke sana ke
mari memikirkan pelbagai kemungkinan..tapi perancangan Allah itu maha
hebat..aku redha atas segalanya insyaAllah..harapannya agar diorang semua tak
nangis la besok sebab aku ni ade fragile sikit bila tengok orang nangis..lagi2
kalau mak ngan abah yang nangis..tidakkk!!!
Bercakap
mengenai persiapan barang2, saat dan ketika ini belum siap sepenuhnya..tadi
timbang2 beg macam terlebih je..terpaksalah kurangkan barang2 yang nak
dibawa..tapi takpe, malam ni aku adjust lagi semuanya..bagi tepat2 15kg utk luggage..
Persiapan
mental dan fizikal?insyaAllah telah aku persiapkan dengan sesiapnya..maklumlah,
duduk di Jakarta memang sangat mencabar mental anda sebagai seorang rakyat
Malaysia..kalau nak tahu apa yang mencabarnya, duduk la sendiri kat sana..nak
cerita panjang2 pun tak guna..yang tak pernah bersyukur sebagai warganegara
Malaysia pun aku ingat boleh jadi orang yang paling bersyukur lah duduk kat
Malaysia..fizikal pun Alhamdulillah sihat2 belaka..tapi bila2 je kalau Allah
nak tarik nikmat sihat, maka sakitlah aku..
Akhirulkalam,
semoga semester 2 ni akan dipermudahkan segala urusan oleh Allah..anatomi
sedang menunggu..mayat sudah memanggil-manggil da tu..semoga kecemerlangan
semester 1 dulu dapat diteruskan dengan izinNya..doakanlah kami semua yang
berada di bumi garuda, selamat sentiasa..panjang umur dapatlah pulang menyambut
hari raya aidilfitri bulan 8 nanti..insyaAllah..selamat tinggal Malaysia!
Selamat tinggal semua! Mudah2an Allah memberi aku peluang untuk bersua muka
kembali dengan orang2 yang aku sayangi..
Allahumma
yassir wala tu’assir..
*mohon maaf
atas segala khilaf*
Assalamualaikum..
=)
No comments:
Post a Comment