“Tiap-tiap yang bernyawa pasti akan merasai mati, dan
bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu
sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya
ia telah Berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala
kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang
yang terpedaya.” (surah al-imran: 185)
Tempat: masjid jamek felda kahang barat
Masa: 5.55 a.m (25 ramadhan 1433)
Pak imam: hari ni saya nak mengumumkan ada kematian di tempat
kita ni..saya dapat panggilan telefon pagi tadi jam 1.45 a.m..
Ya Allah, rasa tersentap hati aku di kala mendengar pak imam
membuat pengumuman tersebut. Rasa iri hati pun sempat juga menjengah dalam hati
kecil aku ini. Manakan tidak, dijemput bertemu sang Pencipta dalam bulan yang
mulia ini adalah menjadi salah satu daripada idaman aku dan setiap Muslimin dan
Muslimat. Tetapi Allah telah memilih hambanya si polan itu untuk pergi dahulu
menghadapNya.
Namun syukur ku panjatkan kehadrat Illahi kerana telah
ditunjukkan satu lagi kebesaranNya melalui almarhum pak cik tersebut. Beliau dalah
suami kepada guru tadika aku. Sepanjang aku mengenalinya, beliau dalah seorang
yang tersangat baik dan pemurah. Tidak pernah aku nampak riak wajah marah atau
pun bermasalah terukir di wajahnya kerana air mukanya yang sejuk untuk
dipandang. Orang kata ada nur lah pada wajahnya. Setiap kali aku membeli kuih
(pak cik tu jual kuih), pasti aku akan diberi percuma kuih-kuih yang lain. Bukan
pada aku seorang sahaja, malahan kepada hamper setiap pelangganya. Masjid juga
adalah salah satu tempat yang selalu aku bertemu dengannya. Pada pengamatan
aku, mungkin inilah salah satu sebab mengapa pemergiannya adalah dalam bulan
ramadhan kareem ini. Semoga rohnya tenang di barzakh sana. Al-fatihah.
Apa pun, apa yang aku cuba sampaikan di sini hanyalah sekadar
peringatan kepada diri sendiri dan semua. Seandainya kita mengingikan husnul
khotimah maka perlakuan kita mestilah sentiasa yang mahmudah. InsyaAllah mati
dalam keadaan baik itu dalam genggaman kita. Sesungguhnya orang yang bijak itu
adalah orang-orang yang selalu mengingati mati.
Imam ghazali pernah bertanya kepada anak-anak muridnya
beberapa soalan. Salah satu daripada soalan tersebut adalah:
Apakah perkara yang paling dekat dengan kita di dunia ini? Ada
yang menjawab ibu bapa, guru dan sebagainya. Namun yang paling hampir dengan
manusia katanya adalah MATI. Setuju dengan jawapan tersebut kerana sebagai
manusia, ajal adalah di tangan Allah. Ianya telah ditetapakan oleh Allah dan
telah tertulis di lauh mahfuz..tidak akan dicepatkan atau dilambatkan barang
sesaat pun...
Oleh itu, kita hendaklah sentiasa mempersiapkan diri setiap
saat dan waktu untuk bertemu Allah. Gunakan masa 24 jam sehari yang telah dikurniakan
kepada kita untuk sentiasa beribadah dan membasahi bibir dan hati dengan
zikrullah. Tetapi mungkin aka nada yang kata:
“takkan nak beribadah
je. X yah buat bende lain la..x yah keje..ibadah je”..hello abang, adik, kakak,
konsep ibadah tu luas..semua perbuatan kita jika niatnya kerana Allah,
insyaAllah itulah ibadah..
Mudah-mudahan Allah memandang amalan hidup kita di dunia ini
sebagai bekalan di akhirat kelak.
Diharapkan perkongsian yang tidak seberapa ini ada
manfaatnya..wallhua’alam..
Selamat membuat pecutan terakhir! =)
:-)
ReplyDelete=D..manis sungguh senyumanmu..hehe..
Delete