Monday 13 August 2012

PERGI TAK KEMBALI


“Tiap-tiap yang bernyawa pasti akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah Berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.” (surah al-imran: 185)

Tempat: masjid jamek felda kahang barat
Masa: 5.55 a.m (25 ramadhan 1433)
Pak imam: hari ni saya nak mengumumkan ada kematian di tempat kita ni..saya dapat panggilan telefon pagi tadi jam 1.45 a.m..



Ya Allah, rasa tersentap hati aku di kala mendengar pak imam membuat pengumuman tersebut. Rasa iri hati pun sempat juga menjengah dalam hati kecil aku ini. Manakan tidak, dijemput bertemu sang Pencipta dalam bulan yang mulia ini adalah menjadi salah satu daripada idaman aku dan setiap Muslimin dan Muslimat. Tetapi Allah telah memilih hambanya si polan itu untuk pergi dahulu menghadapNya.

Namun syukur ku panjatkan kehadrat Illahi kerana telah ditunjukkan satu lagi kebesaranNya melalui almarhum pak cik tersebut. Beliau dalah suami kepada guru tadika aku. Sepanjang aku mengenalinya, beliau dalah seorang yang tersangat baik dan pemurah. Tidak pernah aku nampak riak wajah marah atau pun bermasalah terukir di wajahnya kerana air mukanya yang sejuk untuk dipandang. Orang kata ada nur lah pada wajahnya. Setiap kali aku membeli kuih (pak cik tu jual kuih), pasti aku akan diberi percuma kuih-kuih yang lain. Bukan pada aku seorang sahaja, malahan kepada hamper setiap pelangganya. Masjid juga adalah salah satu tempat yang selalu aku bertemu dengannya. Pada pengamatan aku, mungkin inilah salah satu sebab mengapa pemergiannya adalah dalam bulan ramadhan kareem ini. Semoga rohnya tenang di barzakh sana. Al-fatihah.

Apa pun, apa yang aku cuba sampaikan di sini hanyalah sekadar peringatan kepada diri sendiri dan semua. Seandainya kita mengingikan husnul khotimah maka perlakuan kita mestilah sentiasa yang mahmudah. InsyaAllah mati dalam keadaan baik itu dalam genggaman kita. Sesungguhnya orang yang bijak itu adalah orang-orang yang selalu mengingati mati.

Imam ghazali pernah bertanya kepada anak-anak muridnya beberapa soalan. Salah satu daripada soalan tersebut adalah:
Apakah perkara yang paling dekat dengan kita di dunia ini? Ada yang menjawab ibu bapa, guru dan sebagainya. Namun yang paling hampir dengan manusia katanya adalah MATI. Setuju dengan jawapan tersebut kerana sebagai manusia, ajal adalah di tangan Allah. Ianya telah ditetapakan oleh Allah dan telah tertulis di lauh mahfuz..tidak akan dicepatkan atau dilambatkan barang sesaat pun...

Oleh itu, kita hendaklah sentiasa mempersiapkan diri setiap saat dan waktu untuk bertemu Allah. Gunakan masa 24 jam sehari yang telah dikurniakan kepada kita untuk sentiasa beribadah dan membasahi bibir dan hati dengan zikrullah. Tetapi mungkin aka nada yang kata:
 “takkan nak beribadah je. X yah buat bende lain la..x yah keje..ibadah je”..hello abang, adik, kakak, konsep ibadah tu luas..semua perbuatan kita jika niatnya kerana Allah, insyaAllah itulah ibadah..
Mudah-mudahan Allah memandang amalan hidup kita di dunia ini sebagai bekalan di akhirat kelak.

Diharapkan perkongsian yang tidak seberapa ini ada manfaatnya..wallhua’alam..

Selamat membuat pecutan terakhir! =)

2 comments: