Assalamualaikum..
Alhamdulillah..again i
got some time to move on with the next episode of my journey..ha sambung kat
part tunggu teksi tu kan..hmm agak lama la jugak kitorang tunggu teksi kat
airport tu..teksi yang menjadi pilihan hati kami adalah daripada syarikat blue
bird..sebab? sebab wan kata teksi tu tambangnya adalah lebih murah berbanding
teksi2 yang lain..maklumlah pergi Jakarta ni pun berbajet..makanya, setiap
perbelanjaan yang dikeluarkan adalah mengikut kadar bajet yang telah ditetapkan..
Once we got the taxi, our destination was embah jingkrak which
is a restaurant that was recommended by shazwan..pokoknya, most of the places
yang kitorang pergi adalah berdasarkan kepada wan punya recommendation..nak tau
kenapa?sebab wan ni da pernah dua tiga kali la ke Jakarta..so he could be
considered as an expertise in Jakarta compounds..makanan kat embah jingkrak tu
ya Allah sangat2 la pedas..meleleh air mata, air hingus dan segala jenis air
yang sewaktu dengannya lah..aku tak ingat sangat apakah nama2 hidangan tu semua
tapi yang aku ingat ada antara menu tu namanya sambal ayam setan dan jus kuntilanak
juga..kesimpulannya memang setan lah makanan tu semua..in term of kepedasannya
lah..amek sambal hujung jari je pun dah berapi..abang nash sangat suka dengan
makanan kat situ but for me it is a so so lah sebab terlalu pedas..overall
still sedap..terasa keindonannya..time makan tu adalah this kinda traditional
band played a happy birthday song for one boy kat meja yang agak jauh dari meja
kitorang..nice one!
Dari embah jingkrak teruslah kami ke tempat penginapan yang
diberi nama hotel menteng 1, yang terletak di kawasan yang bernama
menteng..agak mantap tempatnya Cuma nyamuk masyaAllah..macam perang dunia kedua
ngan nyamuk..tapi kalau da ngantuk kan, bom jatuh pun it is not a big
deal..haha..sebelum tu kami sempatlah terawih bersama dalam bilik
masing2..berbual punya berbual akhirnya masing2 pun melayari lah alam
mimpi..merasai mati seketika...
ni lah bende yang memeningkan kepala hotak aku tu.. |
Keesokan harinya kami ke Ancol..di situ terdapat satu theme
park yang gede (besar) banget..itulah theme park pertama yang pernah aku kunjungi
sepanjang aku hidup selama 20 tahun..to be more precise kami masuk ke dalam
Dunia Fantasi atau nama glamournya, Dufan..adalah karakter2 yang dicreate dalam
theme park tu..mula2 tu semua macam blur tak tau nak pergi mana..berapa kali
entah pusing2 naik bas yang disediakan sebab mencari jalan yang benar..haha..at
last Dufan la kitorang masuk..ha macam2 kitorang main kat dalam tu..tapi yang
paling aku tak boleh lupa adalah naik twister kalau tak salah..berpusing2
sampaikan kepala aku juga turut berpusing..mabuk..haha..aku tidur lepas turun
dari bende alah tu so that hilang pening..yang bestnya, surau dia punyalah
besar..lagi besar la dari surau yang selalunya disediakan kat Malaysia untuk tempat2
percutian..betapa suburnya penghayatan Islam orang2 di pulau jawa
ni..Alhamdulillah..time tu aku ngan abang nash berdua je tidur..yang lain pergi
merayap entah ke mana..
Bangun je tidur, terus meluru kearah pawagam 4D..cewah dengar
macam best kan..tapi again biasa2 je..just kerusi bergerak2..pancutan
air..cerita yang ditonton was happy feat..lepas tu kitorang main something yang
basah2 sikit..meluncur dengan giant buoy..seronok woo..perasaan masa tu rasa
macam berkayak secara extreme pulak..bezanya, tiada paddle yang disediakan..the
buoy moved on its own..following the craziness of the water current..si aizul
tu basah kuyup la jugak walaupun dia cuba untuk mengelak percikan air tu..semua
orang pun basah jugak sebenarnya cumanya tahap kebasahan adalah berbeza2..bergantung
kepada posisi kami pada waktu air mengganas kearah kami..hehe..permainan
seterusnya adalah roller coaster..sangat best!tapi still aku pening2
sikit..diorang ajak aku for second time tapi aku menolak..mereka meneruskan
agenda secondtime mereka..seronok tengok kawan2 aku happy time tu..tapi pada
masa yang sama jeles sebab tak boleh join..untung orang yang takde motion
sickness ni..semua benda boleh naik berkali2..tapi kali kedua ni aizul
kantoi..mabuk jugak..haha..
Dah puas bermain kat Dufan, kitorang pun naik bas semula untuk
mencari tempat makan...kat Jakarta takde LRT..kat sini, diorang menggunakan bas
dan bas tu mempunyai treknye yang tersendiri atau pun orang2 tempatan panggil
bus way..keadaan kat Jakarta sangatlah macet (jem orang Malaysia kata)..disebabkan
itu, sekali lagi motion sickness aku dating kembali..nak termuntah
rasanya..dengan keadaan yang sangat padat dengan penumpang tu, i just like can’t
bear it anymore..nasib baiklah si wan tu perasan keadaan aku..dia mintak
kitorang turun sebelum destinasi yang sepatutnya..Alhamdulillah aku lega sebab
dapat memerdekakan diri daripada kesengsaraan tu..terima kasih wan dan yang
lain2 juga..turun2 je daripada bas tu singgah la beli sim card
baru..simPATI..masing2 beli nombor baru kecuali si mad sebab dia dah ada nombor
indon..almaklumlah, bapanya seorang saudagar..bukan saudagar intan permata tapi
yang berkaitan dengan telekomunikasi..then kitorang berjalan kaki ke mall yang
berhampiran untuk berbuka puasa..apa yang berlaku lepas tu aku tak ingat
pulak..haha..rasanya jalan2 je kot kat mall tu lepas tu balik naik bajai (kalo
kat india dipanggil auto)..
Keesokan harinya kami ke taman mini “Indonesia Indah”..kat
situ, kitorang masuk ke dalam sebuah muzium yang penuh dengan artifak2 yang
asli (duit2 lama dan sbgnya) dan yang tak asli (patung2 yang dipakaikan kostum
baju2 pengantin mengikut adat kaum masing-masing)..dan juga dapatlah aku tahu
bermacam-macam lagi adat2 penduduk di nusantara ni..lepas tu kitorang pergi
melawat replika rumah mengikut tempat dan kaum..nak kata replika tak jugak la
sebab rumah2nya semua memang besar2
belaka..ada satu rumah ni tiga tingkat..tangga dia mencanak tinggi..dan
sangatlah besar bahagian ruang tamunya..tak ingat rumah kat mana..rasa2nya
macam Sulawesi..lepas tu sekali lagi tengok wayang 4D..kali ni cerita pasal
burung2..aku tak hayati sangat cerita tu sebab da mengantuk..tidur jela time
tu..tup2 je da habis..sol cakap cerita tu sedih..tu jela yang dapat aku
simpulkan pasal cerita tu..keadaannya adalah lebih kurang sama dengan 4D kat
Dufan..sempatlah jugak kitorang pusing2 kat dalam taman tu menaiki train yang
comel lagi perlahan pergerakannya..tak sempat sampai stesyen kitorang dah
melompat keluar..haha..dah penat berjalan, maka kami pun menaiki ojek (motor) ke arah pintu gerbang untuk mencari teksi..tambangnya tak mahal..Cuma 10000 rupiah
je sorang..
Dah dapat teksi, kitorang pun bergerak lah ke gandaria
city..it is also a big mall in Jakarta..perjalanan dari taman mini ke sana agak
lama la jugak..sejam ada la..semua orang dalam teksi yang aku naik tu tidur
sebab da kepenatan..ada sorang je yang tak tidur..cuba teka siapa??of course la
driver teksi kan..hehe..setibanya di gandaria, kitorang terjumpa dude herlino
atau dalam sinetron nikita nama dia mas dony..hehe..baru je nak bergambar, dia
da kena panggil dengan sapa entah sebab adalah program dia untuk rancangan
sebuah stasiun radio kat sana..satu perkara yang sangat lah best was when time
berbuka..azan dikumandangkan dalam mall tu..hampir nak berlinang air mata time
tu sebab belum pernah lagi kat Malaysia aku rasai situasi sebegitu..mungkin ada
kat Malaysia cuma aku je yang tak tau kot..sekali lagi Islam subur di bumi Jakarta..habis
makan, kitorang pergilah cuci mata dalam mall tu..tengok2 baju, kasut dan benda2
lain lah..lepas tu kitorang pulang semula ke hotel menteng 1..sebelum tu
singgah sebentar kat stesyen keretapi gambir sebab nak beli tiket untuk ke
bandung tapi kaunter semua da tutup..tanya2 dengan pak satpam (pak guard)
dioarng cakap esok pun boleh beli..so kitorang pun balik jelah terus..malam tu
packing2 barang sikit..lepas terawih, tidur..sepanjang berada di Jakarta aku,
mad, Sol dan abang nash tak berapa sihat sebenarnya..aku demam, selsema dan
batuk sampai hilang suara sekejap..tapi gagahkan jela diri untuk bejalan2 kat
sana..rugi pulak da sampai nak rehat je kan..aku hentamkan badan atas katil dan
tidur..
Ok this is a general story about what had happened in Jakarta for
the first three days..i think i will stop here because there are lots more to
share on my activities in bandung..so, see you guys in the next entry..
Before that, i wanna share one verse from Quran surah an-nisa:
40..happy finding..=)
fuhhh... kalau aku dah hilang semangat sebab kedemaman pergi jalan2... kuat kau man... :) wahhh, bestnya azan dlam shopping mall.. :D
ReplyDeletehaha..da smpai rugi pulak kan kalau x jalan2..hehe..ha'a syok gler ade azan..
Deletehaha.. sume ko mabuk.. camne ni.. nasib baik tak naik roller coster haha
ReplyDeletehaha..nak wat camne..da dikurniakan motion sickness..redha jelah..eh aku naik la roller coaster..tapi sekali je..syok2!!
Delete