Dan
sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu dengan sedikit katakutan,
kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita kepada
orang yang sabar. (Iaitu ) orang yang apbila ditimpa musibah, mereka
mengucapkan “inna lillahi wa inna ilaihi raji’un” (Sesungguhnya kami adalah
milik Allahdan kepadaNyalah kami kembali).
(Al-baqarah:155-156)
Assalamualaikum..
Hai
semua..apa kabanye pun?hehe..seperti biasa, semoga iman sentiasa dalam keadaan
mantap dan ditingkat tertinggi lah ya..Alhamdulillah masih diberi kesempatan
olehNya untuk kita sama-sama merasai dua nikmat terbesar, iman dan
Islam..sentiasalah kita bersyukur kepada Allah atas semua nikmat yang telah
diberikan pada kita 24 jam tanpa henti-henti..
Harini akan
dikongsikan sedikit mengenai musibah..apa sebenarnya musibah ni?musibah
bolehlah kita ertikan sebagai keadaan di mana seseorang menghadapi kelaparan,
kematian, kekurangan harta dan sebagainya..tapi apakah kita sedar bahawa
musibah bukan sahaja berupa kesusahan, malahan jika difikirkan kesenangan juga
boleh dikategorikan sebagai musibah..
Kenapa?sebab
dengan kesenangan juga seseorang boleh menghampiri syirik..syirik yang
dimaksudkan adalah syirik khofi ataupun syirik yang tersembunyi..contohnya
adalah ‘ujub, riak, bangga diri, sombong dan bongkak..
Let us
just take a simple example..si A beli kereta baru yang masih belum ada pun orang yang pakai kat
tempat dia..naturally, apa perasaan A pertama kali dia bawa masuk kereta tu ke
tempat dia? saya pasti semua pun tahu jawapannya..mestilah banggakan sebab dia
ada apa yang orang lain tak punya..itu pun dah dikira syirik
khofi..hati-hatilah dan sedarilah akan hakikat ini..
Sebenarnya
ada banyak tujuan Allah menurunkan ujian pada hamba-hambaNya yang berupa
musibah (kesenangan dan kesusahan) ni..ujian yang diturunkan dalam pelbagai
bentuk tersebut perlulah kita hadapi dengan penuh kesabaran dan penuh
pengharapan agar Allah membantu kita menghadapi ujian tersebut..
Ini adalah
salah satu sebab Allah menurunkan ujian kepada manusia..
“Dialah yang
menciptakan mati dan hidup untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih
baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa, lagi Maha Pengampun”
(Al-mulk: 2)
Sebenarnya
Allah nak melihat siapa di antara hamba-hamba Dia yang istiqamah dalam mematuhi
semua perintah dan menjauhi tegah laranganNya..oleh itu, janganlah kita rasa
down kalau ditimpa sesuatu musibah kerana percaya dan yakinlah bahawa setiap
yang berlaku itu ada hikmahnya..
Harus juga
kita sama-sama sedar bahawa semua nikmat seperti rumah besar, kereta besar, android,
udara, makanan dan semua tu tidak akan sama-sama dikuburkan nanti..ringankanlah
tangan untuk menghulurkan derma kepada mereka-mereka yang tidak berkemampuan..quote
sikitlah daripada bersamamu ‘hulurkan tangan ringankan beban’..
Sedikit
sahaja perkongsian harini..harap-harap dapatlah sama-sama ambil pengajaran,
merenung, merefleksi diri sendiri apakah selama kita hidup ni, semua nikmat
yang Allah berikan tu kita gunakan dengan penuh hikmah dan bijaksana, sesuai
dengan fungsi nikmat-nikmat tersebut..so tak payahlah nak fikir kalau
kita kaya tak akan ada ujian sebab susah ke senang ke, ujian tetap akan Allah
turunkan..wallahua’lam..
No comments:
Post a Comment