Bismillah..
Assalamualaikum warahmatullah semua. Sungguh lama
sekali tak berceloteh di blog sendiri. Alhamdulillah kerana masih diberi
kesempatan untuk mengetik kata orang Indonesia atau bahasa Melayunya menaip
pada tika dan saat ini.
Pada kesempatan kali ini, saya akan berkongsikan
sedikit ilmu yang telah diberikan mengenai apa yang dikatakan tawadhu’. Hanya sekadar
perkongsian ringan yang tidak memerlukan anda untuk memerah otak untuk
memahami. Sebolehnya bahasa yang paling mudah akan digunakan agar manfaatnya
dapat sama-sama kita fahami fahami dan sampaikan pda rakan-rakan yang tak
berkesempatan untuk membaca di blog saya yang serba kekurangan ini.
Islam adalah sebuah agama syumul yang mengajarkan
pelbagai nilai baik yang praktikal dan sesuai dengan jiwa seluruh umat manusia.
Salah satu akhlak baik yang diajar di dalam Islam adalah sifat tawadhu’ yang
bermaksud rendah diri di hadapan Allah dengan serendah-rendahnya selain
meyakini bahawa hamba Allah itu tidak sempurna dan mempunyai banyak kekurangan.
Dan
hamba-hamba (Allah) ar-Rahman (yang diredahaiNya) ialah mereka yang berjalan di
muka bumi dengan sopan santun, dan apabila orang yang berkelakuan kurang adab,
hadapakan kata-kata kepada mereka mereka menjawab denga perkataan selamat yang
tidak diingini
Alfurqan:63
Lawan kepada sikap tawadhu’ ini ialah sikap sombong
dan takbur. Sombong yang paling ditakuti menguasai diri manusia adlah apabila
mereka tidak mahu untuk menerima kebenaran agama Islam dalam segenap sudut. Sikap
sombong akan memnyebabkan manusia keras hati serta memandang hina terhadap
orang lain.
Sejarah ada menunjukkan beberapa kesombongan yang
telah berlaku sejak awal penciptaan manusia lagi. Perkara ini terjadi apabila iblis
dengan sombong dan takburnya mengingkari perintah Allah untuk tidak bersujud
kepada nabi Adam a.s hanya kerana “aku dibuat daripada api sedangkan Adam
dibuat daripada tanah yang hitam dan kotor”. Disebabkan kesombngan yang wujud
dalam diri si iblis maka dia sanggup untuk tidak mematuhi Rabbnya.
Begitu juga dengan Firaun yang sememangnya terkenal
dengan sifat sombong takburnya sehinggakan dia mengakui bahawa dirinya adalah
tuhan. Begitulah kesombongan terbesar dalam sejarah peradaban manusia yang mana
pelbagai iktibar boleh kita ambil akibat daripada mengabikan sikap tawadhu’
dalam menjalani kehidupan sebagai khalifah di muka bumi.
Sifat tawadhu’ adalah sifat orang beriman. Sifat ini
tidak datang dengan sendirinya seperti terbitnya matahari di waktu siang dan
munculnya bulan di waktu malam tetapi memerlukan latihan secara istiqamah atau
berterusan. Antara latihan yang boleh dipraktikkan adalah seperti berikut:
·
Membaca, mentafsir, mentadabbur al-Quran
Bersikap jujur dalam setiap perkara
·
Amanah dalam melaksanakan tanggungjawab
·
Mencontohi nabi Muhammad dalam setiap
tindakan
·
Mencontohi para sahabat nabi Muhammad
·
Sentiasa inga bahawa semua nikmat adalah
pinjaman dari Allah
·
Menjauhi sifat-sifat mazmumah
(sifat-sifat yang buruk)
Maka setelah kita mengetahui tentang perkara ini,
mudah-mudahanAllah memberi kita kelapangan, kekuatan dan hidayah agar kita
dapat mempraktikkan ilmu yang telah diperoleh kerana sebaik-baik ilmu adalah
ilmu yang diamalkan.
Jadi sekadar ini sahaja perkongsian pada kali ini. Moga
Allah sentiasa merahmati kita dalam kehidupan.
Selamat Tahun Baru Cina kepada semua kaum Cina di
Malaysia dan walau di mana anda berada.
Sekian assalamualaikum. J