Assalamualaikum..
Harapnya semua
berada dalam keadaan sihat dan berada di bawah perlindungan Allah
sentiasa..kali ni aku nak share mengenai aktiviti aku mengisi masa cuti krismas
yang agak panjang ni sekaligus aktiviti di ambang tahun baru..pertamanya rasa
bersyukur pada Allah sebab diberi peluang untuk berjalan-jalan bersama
kawan-kawan yang lain walaupun duit ni dah di hujung tanduk..
Ceritanya bermula
begini..tanggal 27.12.2012, sekitar jam 8 pagi aku dan 6 orang yang lain (radi,
sayuti, mad, wan, sulaiman dan aiman) bertolak dari rumah untuk ke stesyen bas
berhampiran..naik bas nak ke mana ye?ha destinasi percutian kali ini adalah di
bandung..excited jugak la walaupun this is my second time..perjalanan mengambil
masa lebih kurang 3 jam dengan tiket yang berharga 50K..rupiah..hehe..sampai je
di bandung kitorang pi la solat dulu kat masjid yang berhampiran..agak stylo
jugak masjid tu sebab pertama, kawasan beranda rumah dijadikan tempat orang
solat dan kedua khutbah adalah dalam bahasa sunda..memang tak faham la kan..nak
google translate pun tak sempat..then pegi makan tengahari..
Perjalanan dilanjutkan
dengan menaiki bas untuk ke dago yang mana kat situ ade banyak factory outlets
yang menawarkan baju yang agak branded pada harga yang murah..tapi time tu
dapat window shopping jela sebab poket dah tenat..sayuti ngan radi jela yang
beli belah sakan..penat berjalan seharian kitorang pun balik la ke tempat
penginapan percuma di jatinangor..adalah rumah ikhwah yang kitorang
tumpang..jazakallah khairan kathiran pada mereka sebab sudi menumpangkan kami..kat
situ dapatlah melepas rindu makan nasi goreng pattaya which is not available in
Jakarta..
Keesokan harinya,
kitorang bertolak ke kawah putih..subhanallah sangat indah ciptaan
Allah..gunung berapi yang da lama tak meletus tu memang sejuk dan cantik..tak
dapat nak digambarkan dengan kata-kata..lautan sulphur yang menghijau menggamit
setiap mata yang memandang..terkadang wap menyelubungi pemandangan mengindahkan
lagi suasana..bergambar sakan la kitorang kat situ..daripada kawah putih,
sekali lagi kereta dipandu laju ke dago sebab ada yang tak puas shopping lagi
katanya plus masa yang suntuk untuk ke tempat yang lain..then dago again,
balik, tidur..
Pagi ahad,
perjalanan diteruskan ke curug cimahi..at first aku tak expect pape pun pasal
air terjun ni sebab selama ni kalau pergi air terjun mesti tak Nampak sangat
air terjun ni..tapi kali ni, masyaAllah memang agak tinggi la air tu
terjun..sejuk dan sangat best mandi kat situ..pengalaman yang kitorang dapat
bukan sahaja mandi manda ya..tapi ada aktiviti hiking sekali..memang dah lama
sangat tak mendaki gunung ke bukit ke ni..tapi diberi peluang lagi rasa sangat
bersyukur walaupun agak penat..tenaga da banyak digunakan untuk badan menghasilkan
heat melawan kesejukan di curug tersebut..Alhamdulillah kaki tak cramp..
Setelah itu,
dalam perjalanan nak ke pasar baru,
kitorang singgah la makan kat satu warung sunda yang memang sangat besar..boleh
tahan sedap masakannya..Alhamdulillah kenyang perut da berisi nasi..then we
moved on to pasar baru..ha kat situ aku dapatla beli sehelai baju yang sebagai
tanda kenang-kenangan..sehelai baju lagi aku dapat beli dekat sebuah masjid
yang besar..lupa lah apa nama masjid tu..Alhamdulillah in total dapatlah beli
dua helai baju..malam tu jugak kitorang bertolak pulang ke jakarta dengan
menaiki train..lebih kurang jam 10 lebih, Jakarta here we are, bagai sireh
pulang ke gagang..ok the end of bandung trip..
Sekarang ni
ada satu lagi pengalaman baru aku which is sambutan malam tahun baru..selama ni
kalau tahun baru aku just duduk rumah tengok tv je..tapi kali ni dapat
sama-sama berkumpul dengan warga Menteng meraikan malam tahun baru..seperti biasa adalah nyanyian dan
makan-makan..apa yang menariknya kat Indonesia ni, every taman diorang akan berkumpul
untuk countdown..sama-sama menantikan saat tibanya 2013..malam tu wan perform
lagu sephia dengan terima kasih cinta..makcik-makcik atau tanter-tanter
kat situ sibuk suruh kitorang nyanyi jugak tapi semuanya malu..tapi kira ok lah
wan dah wakilkan..huhu..
Itulah aktiviti
yang telah aku lakukan di ambang 2013..semuanya berlaku secara cepat dan tak
terasa waktu bergerak..sedar tak sedar dah nak balik Malaysia dah ni..mimpi
pulang ke tanah air memang dah tak terkira banyak kalinya..haha..memang dah
terlalu rindu dengan everything about Malaysia..dan tak tak sabar nak jumpa
anak sedara yang baru lahir dan bakal lahir..
Ok thats all
for now..
No comments:
Post a Comment