Bismillah ir-Rahman ir-Rahim..
"Bila Allah cepat memakbulkan doamu, maka Dia menyayangimu.
Bila Allah lambat memakbulkan doamu, maka Dia sedang mengujimu.
Dan bila Allah tidak memakbulkan doamu,
maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik buatmu."
Jangan berhenti meletakkan pergantungan kita kepada Allah. Tetaplah berdoa baik dalam keadaan senang mahupun susah. Sebab kita tak kan pernah tahu bila Allah makbulkan doa-doa kita.
Sungguh kita tak tahu.
Seperti mana sejak kecil saya sering berdoa dan berharap
agar dapat hidup bahagia bersama keluarga tercinta dan melihat mak dan abah
bersatu kembali, sungguh saya tak tahu kapankah Allah mahu memakbulkannya.
Malah, pernah terlintas di fikiran mungkin juga tak kan termakbul bilamana
Allah ambil pula abah, insan paling rapat dengan diri ini kembali padaNya. Tapi
kerana kasih dan rahmat Allah, rupa-rupanya Dia sudah pun memakbulkan salah
satu pinta itu sewaktu Dia datangkan pemuda ini sebagai teman hidup yang
terbaik. Alhamdulillah :')
Hampir 11 tahun saya mengenalinya, tidak pernah sekali pun
saya melihat dia bermasam muka, meninggikan suara apatah lagi berkata-kata
kesat. Tidak pernah, dalam apa jua situasi. Luar biasa kesabaran dia.
Sabarnya dia menunggu bertahun-tahun. Sabarnya dia menjaga batasan diri dan hati. Sabarnya dia sewaktu
melalui kesusahan untuk mendapat persetujuan nak berkahwin. Sabarnya dia
sewaktu mendengar pelbagai kata-kata negatif, buah mulut orang sekeliling dan
rejection demi rejection. Sifat sabarnya membuahkan kesetiaan. Sifat sabarnya
melahirkan erti tidak berputus asa. Malah sifat sabarnya membuatkan dia positif
dalam segenap aspek.
Kalau bukan kerana sabarnya dia, I would already give up. Boleh
kahwin kalau dah habis belajar, kahwin bila dah stabil, dah balas jasa mak
bapak, kahwin lepas dah ada kerja, kereta dan rumah. Hmm.. Adat Melayu,
selagi tak kaya jangan nikah. Tapi kalau ikut Islam, nak kaya nikah. Betul kan? (An
Nuur:32) Tepuk dada tanyalah iman :) Pintu
rezeki itu Allah yang pegang, he is indeed Ar-Razzaq. Bilamana Allah kurniakan
sifat qana’ah (selalu merasa cukup dengan nikmat Allah), hidup sederhana pun kita akan rasa bahagia dan berkat. Tapi realitinya, ramai yang lupa dan tidak
faham. Menyulitkan apa yang telah Allah permudahkan. Rasanya banyak dah babak-babak
drama air mata sewaktu melalui proses sebelum nak berkahwin ni hehehe.. Tapi
bila diingatkan kembali tentang niat utama kenapa kami nak kahwin waktu
belajar, susah-susah pun kita kena yakin dengan perancanganNya. Dia Maha
Mengetahui, kalau kita berusaha nak percepatkan untuk halalkan hubungan dengan niat
mencari keredaanNya dan nak menjaga hati, insyaAllah sesempit mana pun
jalannya, Allah akan bukakan. Just have faith with Him and keep praying :')
Tak ramai lelaki yang bersedia untuk berkahwin awal sebab
masih mahu enjoy dan rasa masih muda
untuk pikul tanggungjawab sebagai suami. Tapi dia...matlamat dan prinsip
hidupnya jelas. Malah tak anggap ikatan perkahwinan itu suatu beban atau penghalang cita-citanya. I really adore him.
Bertahun-tahun dah kenal dia, rasa macam dah kenal each
other sesangat dah, tapi sebenarnya belum lagi. Melalui alam perkahwinan ni,
setiap hari belajar benda baru tentang dia dan dari dia. Alhamdulillah :D Selepas
hampir 3 bulan lebih menjadi isteri dia (even hidup bersama cuma 2 minggu),
kesabarannya semakin terserlah. Senyumannya tidak pernah lekang dari bibir. Sabarnya dia mendidik isteri dengan penuh hikmah, menasihati tanpa niat untuk melukai dan menegur tanpa berbekas di hati. Moga Allah merahmatimu, suamiku :')
Thank you abang for the past 3 months that is full of
tarbiyah, sabar, redha and syukur.
Thank you for your unfailing compassion and patience.
Thank you for the unconditional love, each counting seconds.
Thank you for always developing strength in me despite of all
my weaknesses.
Thank you for making me laugh and smile when I'd almost
forgotten how to.
Thank you for always find a way to make my day a little
brighter.
Thank you for being my source of happiness, my soul mate.
Thank you for everything, every single little things.
Thank you, because I just can't get enough saying thank you to you.
Thank you Allah for these :')
Subhanallahi wa bihamdih, subhanallahil azim.
To My Wonderful Husband,
Selamat Hari Ulangtahun Kelahiran yang ke-23, abang :)
May He shower you with successes and happiness in dunya
wal akhirah, give you strength to face all the difficulties, highest of iman to spread
this deen beautifully, and you utterly deserve the best always :)
I love you with all love that I have, because of Allah.
"Then which of the favours of your Lord will you deny? (55:38)"
P/s: I'm sorry abang for using your blog..heee (^,^) Btw, as you know I'm not good in
expressing my feeling into words. So, I was struggling to write this entry haha..I
bet this is my first time write this much (exclude all the essays and
assignments)! But, I still can't write as good as yours..sorryy :(
Nukilan isterimu tercinta,
Intan Syazwanie Mohd Sulaiman
Wellington, New Zealand.
No comments:
Post a Comment