Bismillahirrohmanirrohim.
Assalamualaikum warhamatullahi wabarokatuh.
Semoga semuanya berdaa
dalam keadaan sihat di bawah lindungan Allah terhadap segala jenis mara bahaya,
bencana dan godaan syaitan laknatullah.
Pertamanya marilah kita
sama-sama mengucapkan syukur kepada Allah dengan sebanyak-banyaknya kerana
tanpa Allah maka tiadalah kita dapat hidup di atas muka BumiNya ini. Sama-samalah
kita tingkatkan taqwa dan keimanan kepada Allah kerana darjat taqwalah yang
membezakan kedudukan seorang Muslim dengan Muslim yang lain di sisi Allah.
Dalam Al-Qur'an Surat Al-Ahzab ayat 41-42 yang
bermaksud:
Hai
orang-orang yang beriman, berzikirlah (dengan menyebut nama) Allah, zikir yang
sebanyak-banyaknya.(41) Dan bertasbihlah kepada-Nya di waktu pagi dan
petang.(42)
Allah telah berfirman
kepada orang yang beriman agar berzikir kepadanya dengan sebanyak-banyaknya
setiap masa dan ketika. Jangan kita menyempitkan pemikiran dengan mendefinisi
zikir sebagai Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar sahaja. Kembangkan
pemikiran bahawa konsep zikir itu adalah sesuatu yang sangat luas. Zikir dalam
konteks ibadah yang meliputi seluruh aspek aktiviti manusia. Solat, puasa,
zakat, umrah, haji, sedekah, amal jariah, memberi makan kepada fakir miskin,
semuanya itu adalah dalam konteks zikir yang perlu kita perhalusi dengan syarat
niat kerana Allah.
Allah memberi jawapan
kepada persoalan yang telah diajukan oleh kebanyakan manusia. Kenapa aku kena
berzikir?
(yaitu)
orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat
Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.
(Ar-ra’du: 28)
Sesungguhnya pentingnya
untuk kita berzikir kerana ianya dapat memberi ketenangan hati yang abadi. Ketenangan
hati merupakan pusat kepada ketenangan hidup. Contoh mudah dapat diambil untuk
membuktikan peri pentingnya ketenangan hati kepada manusia. Berapa ramai antara
manusia yang hidup dengan harta, kaya raya, rumah yang besar, kereta mewah,
pakai barangan mewah, yang mana Allah limpahkan dengan nikmat dunia tetapi
hatinya tidak tenang.
Ada antara manusia yang
tersebut telah membunuh diri akibat tekanan, yang pokok pangkalnya adalah kerana
tidak tenangnya hati dalam kehidupan. Wang ringgit bukanlah jaminan untuk
kebahagiaan hidup di dunia kerana wang tidak dapat membeli ketenangan hati. Mengapakah
hal ini dapat terjadi? Jawapan mudah, kerana kita telalu sibuk dengan hal
dunia, berlumba-lumba untuk mengumpul harta dunia sehingga kita lupa untuk
bermesra dengan Allah. Kerana kita terlalu berlumba-lumba menjalankan
tanggungjawab menyara keluarga sehingga kita lupa untuk meletakkan harapan kita
kepada Allah sebagai pemberi rezeki.
Lalu bagaimana zikir
yang dapat menenangkan hati? Zikir yang dapat menenangkan hati adlah zikir yang
secara menyeluruh. Zikir yang hatinya membenarkan, mulutnya mengucapkan dan
anggotanya menggerakkan secara bersamaan. Bukan sekadar cakap tak serupa bikin.
Ramai antara kita yang
solatnya rajin, puasanya rajin, baca Qurannya rajin, istighfarnya rajin tetapi
hatinya keras dalam beberapa perkara. Tetapi apabila keluar daripada ‘dunia
ibadahnya’ maka dia kembali melakukan dosa kemaksiatan. Maka dengan itu,
mulakanlah setiap ibadah kita dengan bismillahirrahmanirrohim yang terkandung
dalamnya rasa cinta kita kepada Allah. Rasa agungnya asma Allah andai kita
benar-benar memahami. Allah menciptakan manusia da nisi dunia dengan permulaan
rasa cinta dan kasihnya kepada makhluknya. Rahman Rahimnya telah membenarkan
seorang pelacur untuk hidup di atas BumiNya, seorang peminum arak untuk
berjalan pulang ke rumah. Seharusnya kita juga harus melakukan sesuatu denggan
basmalah yang sebenar-benarnya.
Biarlah apa yang kita
lakukan itu walaupun sedikit tetapi berkat (sedikit tapi manfaat berpanjangan).
Sia-sia seandainya setiap hari kita membaca Al-Quran, solat, puasa dan
sebagainya hanya sebagai ritual keagamaan tanpa ada perbaikan pada perbuatan
sehari-hari kita. tanpa ada perbaikan hubungan dengan Allah dan sesama manusia.
Tanpa melunakkan hati kita yang kita akui keras sehingga kita susah untuk
membiarkan hati, perkataan dan perbuatan kita sederap berjalan bersamaan. Apa guna
mengaku tanpa kita mencuba untuk melunakkan.
Ucapan salam juga
merupakan zikrullah, tanda kita mengingati Allah. Assalamualaikum (salam
sejahtera ke atas kamu) warahmatullahi ( dan semoga rahmat kasih sayang Allah)
wabarokatuh (dan segala kebaikan ke atas kamu). Ucapan ini menjadi dasar kepada
persaudaraan sesama Islam. Kita suka mengucapkan salam tanpa kita menyedari
hakikat sebenar daripadanya. Apakah tanggungjawab kita sesudah itu. Melihat sahabat
atau jiran sebelah kelaparan. Apakah kita bantu? Jika tidak, tidak terpenuhilah
ucapan salam tersebut.
Ada juga antara kita
yang pergi umrah berulang-ulang kali sedangkan umrah adalah ibadat sunat. Sedangkan
keperluan ibu bapa sendiri tidak terpenuhi. Jiran hidup dalam keadaan susah
ibarat kais pagi makan pagi kais petang makan petang dibiarkan sahaja. Di situlah
masalah timbul apabila makna zikrullah dipersempitkan minda hanya dengan
ibadah-ibadah yang khusus sahaja. Sedangkan kita mampu untuk menanggung orang
lain untuk membuat umrah, lakukanlah. Mungkin kita terlalu memikirkan diri
sendiri.
Mengapa hal-hal
sebegini terjadi, kerana dalam surah Al-ma’un Allah berfirman yang maksudnya:
[4]
(Kalau orang yang demikian dikira dari bilangan orang-orang yang mendustakan
ugama), maka kecelakaan besar bagi orang-orang Ahli Sembahyang
[5]
(laitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya
[6]
(Juga bagi) orang-orang yang berkeadaan riak (bangga diri dalam ibadat dan
bawaannya)
[7]
Dan orang-orang yang tidak memberi sedikit pertolongan (kepada orang yang berhak
mendapatnya).
Kerana orang yang solat
tetapi mereka lalai daripadanya. Mereka lalai kerana berasa riak dengan
ibadahnya. Mereka beribadah kerana ingin menunjuk-nunjuk kebaikannya. Mereka juga
bakhil untuk memberi sedekah kepada orang lain. Sehinggakan solat mereka tiada
nilai. Tidak menjadi pendinding kepada diri mereka daripada perkara keji dan
munkar, daripada mengata orang di belakang, terus bersikap acuh tak acuh dengan
kesusahan orang lain dan berasa senang dengan apa yang telah dimiliknya. Hatinya
keras, keras membatu dengan sifat-sifat tersebut.
Hati manusia itu
dominan keras dan gelisah. Terserah kepada individu untuk melunakkan hatinya,
mudah untuk memberi, memberi harta, kemaafan dan sebagainya namun berilah
dengan konteks hati, perkataan dan perbuatan yang sama-sama bersetuju sesama
sendiri.
Hati
yang lunak ibarat tanah yang subur. Apa sahaja yang ditanam pasti akan tumbuh
subur. Hati yang lunak memudahkan ruang barakah untuk dilimpahi.
Ingatlah, segala apa
yang kita lakukan adalah untuk redha Allah. Jangan menganggap diri terlalu baik
nak dibandingkan dengan seorang pelacur kerana seorang pelacur juga diberi
syurga oleh Allah hanya kerana memberi minum kepada seekor anjing, kerana redha
Allah.
Moga mendapat manfaat
atas sedikit perkongsian ini dan moga sama-sama hati kita menjadi lebih tenang bila
mana kita memahami konsep zikrullah secara menyeluruh.
Wallahua’lam.
No comments:
Post a Comment