Assalamualaikum..
Kaifa halukaa antum semua?hmm saja nak
berbahasa arab sikit di awal kalimat..penting sebenarnya untuk kita sama-sama
berlajar bahasa arab..kenapa? sebab bahan rujukan utama umat Islam which is
al-quran kan dalam bahasa arab..nak tak nak we have to push our self to
learn this language which will be used in Jannah later, in shaa Allah..
Harini nak berkongsi sedikit tentang isi
khutbah jumaat yang didapatkan dari masjid berhampiran rumah ni..khatib yang
menyampaikan khutbah berjaya menarik minat jemaah untuk sama-sama tekun
mendengar khutbah hari ni..menurut pengamatan peribadi, hal ini mungkin
disebabkan cara pak imam tu menyampaikan..sangat bertenaga..pandai bermain
dengan kata-kata dan nada suara yang meningkat dan menurun sesuai pada
tempatnya..Alhamdulillah sungguh hebat imam tersebut..me myself pun tak
terlelap..credit to myself..hehe..
Ok..ini ada sepotong hadith yeng telah
dikhutbahkan tadi..
Dari Mu’adz bin Jabal
r.a, Rasulullah SAW bersabda : Dua kaki seorang hamba tidak akan berpindah
(dari tempatnya berpijak nanti pada hari kiamat) sehingga dia ditanya tentang
empat perkara :
Tentang umurnya, kemana saja dia habiskan; tentang masa mudanya, dengan apa dia gunakan; tentang hartanya, dari mana dia mendapatkannya dan untuk apa dia belanjakan; dan tentang ilmunya, apa yg dia perbuat dengan ilmunya itu ?? ( Hadis Riwayat At Thabrani dan Al Bazzar).
Tentang umurnya, kemana saja dia habiskan; tentang masa mudanya, dengan apa dia gunakan; tentang hartanya, dari mana dia mendapatkannya dan untuk apa dia belanjakan; dan tentang ilmunya, apa yg dia perbuat dengan ilmunya itu ?? ( Hadis Riwayat At Thabrani dan Al Bazzar).
UMUR
Pada hari kiamat kelak, umur kita akan dipertanggungjawabkan. Tidak kiralah
anda hidup 20 tahun ke, 30 tahun ke, berpuluh-puluh tahun sekalipun, tidak akan
ada jalan keluar daripada pertanyaan Allah, ke mana umur kita dihabiskan. Soalan
yang sangat menyeramkan tetapi memberi kesedaran. Seandainya kita umat Allah
ingin dapat menjawab dengan lancar maka pergunakanlah usia yang seketika ini
untuk bersujud, beribadah dan taat kepada perintah Allah.
MASA MUDA
Pada era globalisasi ini, remaja khusunya menghadapi pelbagai cabaran
sesuai dengan perkembangan teknologi yang serba canggih dan moden ini. Fenomena
sekarang memperlihatkan penggunaan handphone, android dan sebagainya telah
berkembang. Even kanak-kanak yang belum sekolah pun dah pandai menggodam android. Hebat kan? namun apa
yang membimbangkan sekarang adalah penyalahgunaan teknologi tersebut oleh
generasi muda sekarang. BB contohnya, tidak hanya digunakan untuk berkomunikasi
semata, namun remaja telah advance pemikirannya. Digunakan BB tersebut untuk
melihat pornografi, melayan nafsu al-amarah di dalam diri sehingga menyebabkan
bejatnya gejala sosial yang berlaku sekarang. Begitu juga di facebook, twitter
dan sebagainya.
Imam tersebut ada menceritakan tentang pengalamannya bertemu dengan
seorang suami yang datang mengadu kepadanya tentang isterinya. Dikatakan kepadanya
bahawa isterinya sanggup meninggalkannya hanya kerana seorang lelaki yang
ditemuinya di laman sosial facebook. Penyalahgunaan akaun facebook tersebut
telah menyebabkan seorang isteri sanggup untuk meninggalkan suaminya yang sah
sehinggakan telah mempunyai dua orang anak dengan lelaki yang tersebut.
Nauzubillah. Begitulah yang akan berlaku sekiranya di masa muda ini kita banyak
menghabiskan waktu dengan berfoya-foya dan tidak mahu untuk memberi waktu
kepada diri sendiri untuk mendekati Allah. Sedarlah wahai pemuda!!
HARTA
Terdapat dua soalan yang akan ditanya mengenai harta. Pertama adalah
untuk apa harta tersebut digunakan dan dari manakah sumber harta tersebut
diperoleh. Mengenai harta, apakah kita banyak menginfakkan harta di jalan
Allah, memberi sedekah atau lebih banyak wang disalurkan untuk hiburan dunia. Why don’t we try to spend some moment to
introspect ourselves about this matter?
Soalan kedua adalah mengenai sumber. Apakah kita memperoleh harta
tersebut dengan cara yang halal atau pun haram? Rasuah, manipulasi dan
sebagainya, hal inilah yang menjadi masalah dalam pentadbiran sesebuah
organisasi apatah lagi negara. Seorang pemimpin khususnya haruslah sedar akan
perkara ini kerana rasuah hanyalah akan menyusahkan orang-orang yang berda di
bawah pimpinannya. Bahkan, dirinya sendiri kelak akan menghadapi kesulitan bila
mana Allah bertanya kepadanya. Oleh itu, letakkanlah harta di tangan, bukan
di hati agar mudah untuk kita memberi.
ILMU
Berdiskudi mengenai ilmu, ilmu itu adalah sangat luas dan datangnya
dari Allah. luasnya ilmu Allah itu diibaratkan seperti berikut; sekiranya tujuh
lautan dijadikan tinta untuk menulis ilmu Allah nescaya belum tentu cukup. Disebabkan
ilmu itu datang dari Allah, maka kita tidak seharusnya angkuh, sombong dengan
ilmu yang kita peroleh. Bukan bermaksud anda telah lulus PhD anda seorang yang
bijak dan telah menguasai bidang ilmu anda. Sama sekali tidak kerana otak
manusia tidak akan pernah mampu untuk menguasai sesuatu 100%. Kekurangan masih
akan tetap ada.
Amanah Allah tersebut haruslah digunakan dengan betul. Sebagai contoh,
sekiranya kita mempunyai kepakaran dalam bidang komputer maka janganlah
digunakan kepandaian tersebut untuk meng’hack’ akaun seseorang lalu menyebarkan
fitnah atas dirinya. Sebagai seorang manusia, kita juga perlulah sentiasa
terbuka hati hati untuk ditegur walaupun daripada orang yang lebih muda
daripada kita.
Kesimpulannya, nabi Muhammad s.a.w. dah bagi soalan bocor da kat kita. Kalau
untuk exam mesti kita da amek berat, take note, highlight dan segala macam agar
kita ingat, melekat soalan tu kat kepala. Tapi adakah soalan-soalan penting
sebegini hanya akan dipandang sebelah mata sahaja. Sekadar diketahui tanpa ada
apa-apa tindakan susulan. Tepuk dada, tanyalah selera iman anda.
Wallahu’alam.
Reminder: Keep praying for our Palestinians and all Muslims.
Asslamaulaikum. Thanks Aman. Nice post dan maklumat yang dismpaikan agak terkesan bila membacanya. Tq. :-)
ReplyDeletewaalaikumussalam..sama2 abg nash..sharing is caring kan..hehe..
Deletetambah la gambar. kasi sedap mataku memandang hihi xp
ReplyDeletenanti la aku tambah..busy ni..x sempat nak cari gambar..hehe..
Delete