Thursday 6 December 2012

SOALAN BOCOR!


Assalamualaikum..

Kaifa halukaa antum semua?hmm saja nak berbahasa arab sikit di awal kalimat..penting sebenarnya untuk kita sama-sama berlajar bahasa arab..kenapa? sebab bahan rujukan utama umat Islam which is al-quran kan dalam bahasa arab..nak tak nak we have to push our self to learn this language which will be used in Jannah later, in shaa Allah..

Harini nak berkongsi sedikit tentang isi khutbah jumaat yang didapatkan dari masjid berhampiran rumah ni..khatib yang menyampaikan khutbah berjaya menarik minat jemaah untuk sama-sama tekun mendengar khutbah hari ni..menurut pengamatan peribadi, hal ini mungkin disebabkan cara pak imam tu menyampaikan..sangat bertenaga..pandai bermain dengan kata-kata dan nada suara yang meningkat dan menurun sesuai pada tempatnya..Alhamdulillah sungguh hebat imam tersebut..me myself pun tak terlelap..credit to myself..hehe..

Ok..ini ada sepotong hadith yeng telah dikhutbahkan tadi..
Dari Mu’adz bin Jabal r.a, Rasulullah SAW bersabda : Dua kaki seorang hamba tidak akan berpindah (dari tempatnya berpijak nanti pada hari kiamat) sehingga dia ditanya tentang empat perkara : 

Tentang umurnya, kemana saja dia habiskan; tentang masa mudanya, dengan apa dia gunakan; tentang hartanya, dari mana dia mendapatkannya dan untuk apa dia belanjakan; dan tentang ilmunya, apa yg dia perbuat dengan ilmunya itu ?? 
( Hadis Riwayat At Thabrani dan Al Bazzar).

UMUR

Pada hari kiamat kelak, umur kita akan dipertanggungjawabkan. Tidak kiralah anda hidup 20 tahun ke, 30 tahun ke, berpuluh-puluh tahun sekalipun, tidak akan ada jalan keluar daripada pertanyaan Allah, ke mana umur kita dihabiskan. Soalan yang sangat menyeramkan tetapi memberi kesedaran. Seandainya kita umat Allah ingin dapat menjawab dengan lancar maka pergunakanlah usia yang seketika ini untuk bersujud, beribadah dan taat kepada perintah Allah.

MASA MUDA

Pada era globalisasi ini, remaja khusunya menghadapi pelbagai cabaran sesuai dengan perkembangan teknologi yang serba canggih dan moden ini. Fenomena sekarang memperlihatkan penggunaan handphone, android dan sebagainya telah berkembang. Even kanak-kanak yang belum sekolah pun dah pandai menggodam android. Hebat kan? namun apa yang membimbangkan sekarang adalah penyalahgunaan teknologi tersebut oleh generasi muda sekarang. BB contohnya, tidak hanya digunakan untuk berkomunikasi semata, namun remaja telah advance pemikirannya. Digunakan BB tersebut untuk melihat pornografi, melayan nafsu al-amarah di dalam diri sehingga menyebabkan bejatnya gejala sosial yang berlaku sekarang. Begitu juga di facebook, twitter dan sebagainya.

Imam tersebut ada menceritakan tentang pengalamannya bertemu dengan seorang suami yang datang mengadu kepadanya tentang isterinya. Dikatakan kepadanya bahawa isterinya sanggup meninggalkannya hanya kerana seorang lelaki yang ditemuinya di laman sosial facebook. Penyalahgunaan akaun facebook tersebut telah menyebabkan seorang isteri sanggup untuk meninggalkan suaminya yang sah sehinggakan telah mempunyai dua orang anak dengan lelaki yang tersebut. Nauzubillah. Begitulah yang akan berlaku sekiranya di masa muda ini kita banyak menghabiskan waktu dengan berfoya-foya dan tidak mahu untuk memberi waktu kepada diri sendiri untuk mendekati Allah. Sedarlah wahai pemuda!!

HARTA

Terdapat dua soalan yang akan ditanya mengenai harta. Pertama adalah untuk apa harta tersebut digunakan dan dari manakah sumber harta tersebut diperoleh. Mengenai harta, apakah kita banyak menginfakkan harta di jalan Allah, memberi sedekah atau lebih banyak wang disalurkan untuk hiburan dunia. Why don’t we try to spend some moment to introspect ourselves about this matter?
Soalan kedua adalah mengenai sumber. Apakah kita memperoleh harta tersebut dengan cara yang halal atau pun haram? Rasuah, manipulasi dan sebagainya, hal inilah yang menjadi masalah dalam pentadbiran sesebuah organisasi apatah lagi negara. Seorang pemimpin khususnya haruslah sedar akan perkara ini kerana rasuah hanyalah akan menyusahkan orang-orang yang berda di bawah pimpinannya. Bahkan, dirinya sendiri kelak akan menghadapi kesulitan bila mana Allah bertanya kepadanya. Oleh itu, letakkanlah harta di tangan, bukan di hati agar mudah untuk kita memberi.

ILMU

Berdiskudi mengenai ilmu, ilmu itu adalah sangat luas dan datangnya dari Allah. luasnya ilmu Allah itu diibaratkan seperti berikut; sekiranya tujuh lautan dijadikan tinta untuk menulis ilmu Allah nescaya belum tentu cukup. Disebabkan ilmu itu datang dari Allah, maka kita tidak seharusnya angkuh, sombong dengan ilmu yang kita peroleh. Bukan bermaksud anda telah lulus PhD anda seorang yang bijak dan telah menguasai bidang ilmu anda. Sama sekali tidak kerana otak manusia tidak akan pernah mampu untuk menguasai sesuatu 100%. Kekurangan masih akan tetap ada.
Amanah Allah tersebut haruslah digunakan dengan betul. Sebagai contoh, sekiranya kita mempunyai kepakaran dalam bidang komputer maka janganlah digunakan kepandaian tersebut untuk meng’hack’ akaun seseorang lalu menyebarkan fitnah atas dirinya. Sebagai seorang manusia, kita juga perlulah sentiasa terbuka hati hati untuk ditegur walaupun daripada orang yang lebih muda daripada kita.

Kesimpulannya, nabi Muhammad s.a.w. dah bagi soalan bocor da kat kita. Kalau untuk exam mesti kita da amek berat, take note, highlight dan segala macam agar kita ingat, melekat soalan tu kat kepala. Tapi adakah soalan-soalan penting sebegini hanya akan dipandang sebelah mata sahaja. Sekadar diketahui tanpa ada apa-apa tindakan susulan. Tepuk dada, tanyalah selera iman anda.

Wallahu’alam.

Reminder: Keep praying for our Palestinians and all Muslims.

4 comments:

  1. Asslamaulaikum. Thanks Aman. Nice post dan maklumat yang dismpaikan agak terkesan bila membacanya. Tq. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam..sama2 abg nash..sharing is caring kan..hehe..

      Delete
  2. tambah la gambar. kasi sedap mataku memandang hihi xp

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti la aku tambah..busy ni..x sempat nak cari gambar..hehe..

      Delete