Saturday 25 May 2013

TRIP TO TIDUNG ISLAND

Assalamualaikum..Alhamdulillah..agak lama tidak berkesempatan untuk menulis..namun peluang itu masih diberikan Allah di kesempatan masa yang diberikanNya..harapan semoga iman para pembaca sekalian sentiasa dalam keadaan yazid dan jika menurun, haruslah bersegera mencari solusi untuk meningkatkannya kembali..

24 Mei 2013 adalah tarikh di mana penghuni rumah bernombor 19B yang terdiri daripada 10 orang putera telah diberi kesempatan olehNya untuk menjejakkan kaki ke Pulau Tidung iaitu salah satu pulau yang terletak di Pulau Seribu, Indonesia..sebelumnya kami sering juga mendengarkan tentang keindahan pulau tersebut daripada senior-senior dan rakan-rakan lain yang sebelumnya pernah sampai ke pulau ini..



Dari  jeti Muara Angke perjalanan yang memakan masa selama 2 jam itu memberikan satu pengalaman yang sangat indah..di waktu pagi melihat kehebatan kekuasaan Allah menciptakan langit dan lautan yang terbentang seluas-luasnya membuatkan hati begitu berasa kerdil di sisiNya..terkadang hati merasa sayu kerana diri yang selalu melakukan kesalahan sering alpa akan Maha Pencipta..Subhanallah..begitu indah panorama di waktu pagi di tengah-tengah lautan yang sangat jauh dari daratan..ditemani sahabat-sahabat yang lain bersantau di bahagian depan bot..

Ok..setibanya kami di sana kami telah dijemput oleh pak fajar dan mas khairudin..mereka bawa kami ke tempat penginapan yang mempunyai dua bilik..bersepuluh bermakna akan ada yang tidur dalan bilik dan ada yang tidur di ruang tamu..aku memilih untuk tidur di ruang tamu memandangkan aku rasa mesti ramai yang nak tidur atas tilam yang empuk lagi nyaman tu..sekali-sekala dapat peluang untuk mendahulukan orang lain..

Alhamdulillah dalam kesempatan waktu Allah masih lagi beri peluang untuk merasakan nikmat ukhuwah antara kami..hanya mereka-mereka yang betul-betul menghargai sahabatnya yang akan dapat merasai nikmat berukhuwah itu walau dalam apa kondisi sekalipun..berlapang dada dalam segala perkara akan menjadi satu kebiasaan dalam perhubungan mereka-mereka ini..jika serendah-rendah tingkat ukhuwah ini tiada, cuba anda introspeksi diri kembali..bagi yang masih samar-samar akan pengertian berlapang dada, dalam bahasa mudahnya kita bertoleransi..toleransi dalam pelbagai perkara sehinggakan  perkara yang tidak kita sukai juga kita akan belajar untuk berlapang dada menerimanya..sentiasa menjaga hati sahabat-sahabat yang lain..sekiranya melakukan kesalahan bersegeralah memohon kemaafan..

Seterusnya kami bebas untuk melakukan apa-apa aktiviti..aku, mad, wan, apai, aiman dan marzuk ronda-ronda mengelilingi pulau menaiki speda atau basikal yang telah disediakan..sangat seronok melihat pemandangan di sekitar pulau..melihat masyarakat di sekitar pulau yang agak harmonis..namun agak kecewa sebab kebersihan pulau kurang dijaga..sebelum pulang ke tempat penginapan wan belanja kami minum air kelapa..Alhamdulillah sedap..syukran wan..

Alhamdulillah sekali lagi sebab kami dapat menunaikan solat jumaat di masjid yang agak baru di situ..masjid tersebut masih lagi dalam pembinaan namun sebahagian besarnya sudah lengkap..khutbah berkisarkan tentang peristiwa isra' mikraj yang mana perintah solat diterima nabi secara terus daripada Allah..bukan seperti ibadat yang lain yang diterima melalui malaikat Jibril dalam bentuk wahyu..

Usai bersolat jumaat, its snorkeling time..agak teruja sebenarnya sebab inilah kali pertama dalam hidup melakukan aktiviti tersebut..melihat keindahan dasar laut, dengan batu karang dan ikan-ikan membuatkan hati rasa tenang seperti melupakan semua masalah yang tertanam dalam benak fikiran.. Aktiviti seterusnya adalah banana boat..this is one of the best activities here for me..ditergolekkan di tengah-tengah lautan dalam, terasa seperti dibaling, dicampak dan dilayangkan begitu sahaja ke dalam lautan yang dalam..sangat seronok..sekali cuba pasti nak lagi lah..

Aktiviti yang berikutnya adalah bunuh diri..kenapa aku namakannya bunuh diri sebab aku terjun dari jambatan setinggi empat meter ke dalam laut..jembatan ini dinamakan Jembatan Cinta..sangatlah gayat..tapi tanamkan tekad, kuatkan semangat aku relakan jelah diri ini menerjun..macam nak tercabut jantung..tapi rasa macam tak puas hati..so naik jambatan tu sekali lagi dan terjun sekali lagi..gayat tapi sangat best..kesimpulannya aku berjaya bunuh diri dua kali..

Pada waktu malam, kami jalan-jalan mengelilingi pulau menaiki basikal dan mengambil gambar kenang-kenangan di Jembatan Cinta..malam itu juga ada BBQ tapi aku tak menyertai sebab telah tertidur kepenatan..terjaga pukul 2.30 pagi, sendirian aku makan ikan-ikan yang telah dibakar sebab tiba-tiba terasa lapar.. Jam 7.05 pagi kami pun bertolak pulang semula ke jakarta..Alhamdulillah..begitulah kisah percutian pada kali ini..sekian..

1 comment:

  1. Assalamualaikum.. :)

    Wajarkah daku membeli ticket bulan 10 ni! Hahaha..
    Bestnya! Part best terjun jambatan tu ye! Confirm hilang stress.

    ReplyDelete