Assalamualaikum..
Alhamdulillah.
Berikutan dengan tajuk yang kat atas tu, penulisan kali ini adalah bertujuan
untuk berkongsi tentang apakah keistimewaan nabi Muhammad s.a.w sehinggakan nama
baginda masih lagi disebut-sebut, dikenang-kenang dan dirindu-rindu sehingga ke
tika dan saat ini. Mengapakah keadaan ini boleh berlaku kepada kekasih Allah
insan istimewa Muhammad s.a.w (jangan lupa sahut ya nama baginda ni, syafaat
menanti anda in shaa Allah)?
Keistimewaan pertama
baginda adalah rahmatan lil’alamin.
Baginda adalah manusia yang diutuskan untuk membawa rahmat kepada seluruh umat
manusia. Bukan sepaerti nabi-nabi terdahulu yang diutuskan hanya untuk sesebuah
kaum sahaja. Berdasarkan kepada konteks rahmatan lil’alamin ini, terdapat tiga
tujuan mengapa baginda diutuskan.
Pertama adalah untuk
mengajak dan mengajar manusia mentauhidkan Allah. Masyarakat arab jahiliyah
pada masa dahulu, sembahan mereka adalah pelbagai. Ada yang menyembah pokok,
batu, matahari, berhala dan sebagainya mengikut hawa nafsu mereka sendiri.
Melalui pesuruhNya manusia diajak untuk kembali kepada fitrah iaitu menyembah
Allah Tuhan yang satu.
Tauhid adalah amat
penting dalam kehidupan manusia tanpa mengambil kira masa kehidupan sesebuah
kaum. Sehingga tahun 2014 ini, hal ini masih tidak berubah dan menjadi pokok
pangkal berjayanya seseorang bergelar Muslim itu untuk memuslimkan dan
memukminkan diri dan masyarakat di sekitarnya sepertimana baginda nabi Muhammad
s.a.w. masalah seperti perceraian, ibu bapa takut anak tak cemerlang dalam
pelajaran, si isteri takut suaminya tak setia dan bermain kayu tiga adalah
berpunca daripada kegoyahan tauhid dalam diri individu muslim. Hai, kata
mentauhidkan Allah, tapi takkan perkara-perkara macam tu boleh timbul dalam
benak fikiran?
Manusia pada masa kini
hanyalah mentauhidkan kehidupan materialistik. Sibuk mengumpul harta dunia
sehinggakan lupa untuk perbelanjaan hari akhirat. Kata nabi penyakit takut mati
akan merosakkan manusia di mana dunia itu digigit lebih kuat daripada akhirat.
Nak bukti? Cuba kita lihat masyarakat pada hari ini. Apa akan berlaku sekiranya
harta seperti kereta atau motosikal hilang? Ha kecoh ssatu kampung. Kalau duduk
kat Kluang, ha kcohlah satu Kluang jawabnya.
Tetapi saban hari dada
akhbar memaparkan masalah zina, buang bayi dan sebagainya, adakah masyarakat
akan kecoh seperti kecohnya kereta yang hilang? Apakah kita akan
bersungguh-sungguh mengambil inisiatif untuk membantu menanggulangi masalah
tersebut. Sungguh, benarlah apa yang dikatakan nabi. Maka, sekiranya kita
teliti keistimewaan pengutusan nabi dalam konteks mentauhidkan Allah ini,
masalah-masalah seperti yang telah diperkatakan tidak akan timbul.
Keitimewaan baginda
yang kedua dalam konteks rahmatan lil’alamin adalah baginda mengajar kita untuk
mencintai akhirat lebih daripada mencintai kehidupan dunia yang hanya sementara
ini. Seterusnya yang ketiga adalah memegang kehidupan bersaudara lebih hebat
daripada pertalian darah kerana kita umat Islam diikat oleh akidah yang satu.
Dapat disimpulkan bahawa ketiga-tiga konteks ini adalah kunci kepada
keharmonian hidup sebagai muslim. Jika masyarakat islam pada masa kini memegang
teguh ketiga-tiga kunci ini sebagaimana yang dapat kita sendiri ketahui melalui
sirah nabawiyyah, bagaiman kehidupan baginda bersama sahabat, bersama orang
tua, kanak-kanak dan sebagainya.
Pernah suatu ketika
seorang perempuan tua bertanya kepada baginda. “ya Rasulullah, apakah orang tua
seperti akau akan masuk ke dalam syurga”. Jawab nabi “tidak”. Wanita tersebut
langsung bersedih. Melihat keadaan wanita tua tersebut baginda lantas
menyambung ucapan baginda. “oOrang tua tak masuk syurga sebab di syurga
semuanya adalah orang-orang muda”. Mendengar ucapan nabi sebegitu latas
tersenyumlah dia. Begitulah gurauan nabi yang membawa hanya kepada perkara
kebenaran.
Keistimewaan
nabi yang kedua adalah sifat fizikal nabi yang tiada duanya
yang mana dijelaskan oleh para sahabat, penciptaan nabi adalah sesempurna
manusia. Tingginya tidak telalu tinggi, rendahnya tidak terlalu rendah, apabila
berjalan seperti menuruni bukit, buu dada baginda yang halus sehingga ke pusat,
tanda kenabian yang ada di belakang tengkuknya dann sebagainya. Begitulah
antara gambaran fizikal nabi Muhammad s.a.w. Namun, apa yang boleh kita tiru sebagai umatnya adalah akhlak baginda yang
agung. Kepimpinan yang dibawa oleh nabi adalah melalui teladan.
Dan
bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia.
(Al-Qalam:4)
Ingin dikongsi sebuah
kisah untuk menunjukkan bagaimana kecintaan seorang hamba Allah terhadap nabi
kerana begitu dia menghayati keperibadian dan keindahan akhlak nabi Muhammad
s.a.w. Seorang wanita yang suaminya,
ayahnya dan anak lelaki telah pergi bersama-sama Rasulullah ke Perang Badar.
Dengan takdir Allah ketiga-tiganya telah gugur syahid. Seorang sahabat pergi
menemuinya untuk memberi perkhabaran tersebut. Apabila diberitakan kepadanya
dia malah bertanyakan kembali kepada sahabat, ‘bagaimana dengan Rasulullah?”.
Dikatakan kepadanya lagi bahawa suamimu, ayahmu serta anak lelakimu telah gugur
di medan perang namun dia masih bertanyakan, “bagaimana dengan Rasulullah?”.
Dan sekali lagi sahabat mengatakan tentang berita kematian suami, ayah serta
anaknya dia langsung masih bertanyakan soalan yang sama. Lalu sahabat menjawab
Rasulullah masih selamat. Lantas wanita itu pun berkata,”kematian mereka adalah
kecil jika dibandingkan dengan nabi Muhammad”.
Seterusnya kita lihat
bagaimana sikap nabi ketika dalam kelaparan. Pada suatu hari Aisyah mengadu
kelaparan kepada nabi dan pada saat itu baginda juga berada dalam kelaparan.
Nabi pergi ke masjid untuk solat dua rakaat bermunajat kepada Allah. Ketika
nabi masih berada di masjid, saidina Uthman telah datang ke rumah baginda untuk
bertemu dengan baginda. “ya Aisyah, ke mana Rasulullah?” tanya Uthman. “Baginda
berada di masjid memohon kepada Allah kerana kelaparan ya Uthman” ujar Aisyah.
“ Mengapa tidak engkau katakana kepadaku bahawa Rasulullah dalam kelaparan.
Mengapa engkau tidak memberitahu Abdul Rahman bin ‘Auf yang baginda dalam
kelaparan ya Aisyah? Kami pasti akan membantu. Uthman pulang untuk menyediakan
makanan Rasulullah dan dihantarkannya menggunakan dua ekor unta. Lalu nabi
pulang dan bertanyakan kepada Aisyah jika ada apa-apa berlaku sepeninggalan
baginda. Aisyah menjawab “ya Rasulullah,
jika engkau memohon kepada Allah pastilah dia akan mengabulkan permohonanmu”.
Pernah juga suatu
ketika sahabat mengadu kelaparan ketika mereka sedang menggali parit untuk
Perang Khandak. Di bahagian perut mereka diikat seketul batu untuk menahan
kelaparan. Apabile diselak sedikit baju nabi, ternyata terdapat beberapa ketul
batu yang diikat di perut baginda menununjukkan bahawa laparnya nabi adalah
lebih lagi jika dibandingkan dengan sahabat yang lain namun baginda tidak
megeluh walau sedikit pun ketika parit digali.
Terdapat juga seorang
sahabat yang sentiasa merindukan nabi. Jika tidak dapat melihat nabi walau
sehari dia akan merasakan kerinduan yang teramat. Walaupun rumahnya agak jauh
dari rumah nabi Muhammad dia tetap akan cuba sedayanya untuk berjumpa dengan
nabi setiap hari kerana kerinduannya. Akan tetapi, dia akan merasa sedih
sekiranya memikirkan tentang kematian kerana dia risau sekiranya dia tidak
dapat masuk syurga. Jika dia dapat masuk syurga pun apakah dia akan
bersama-sama nabi dalam syurga tingkat tertinggi Jannatul Firdaus. Maka turun
sebuah ayat khas untuk memberitahu bahawa dia akan bersama-sama dengan nabi dalam
syurga tersebut. Nabi tidak marah dengan lelaki tersebut kerana merinduinya
bahkan Allah telah memberi khabar gembira untuk lelaki tersebut. Barulah dia
berasa senang hati dan gembira mendengarkan jawapan tersebut. Rindu kerana
Allah itu adalah rindu yang hakiki.
Apa yang dapat
disimpulkan daripada kisah-kisah tersebut adalah kerinduan, kecintaan, mahabbah
terhadap Rasulullah itu lahir kerana baginda adalah qudwah, contoh teladan yang
sangatlah sempurna akhlaknya sehinggakan akhlak baginda disamakan dengan
al-Quran. Bagaimana seorang pemimpin agung yang sama-sama hidup dalam kesusahan
walaupun dalam sekelip mata sahaja baginda boleh mendapatkan kemewahan kerana
Jibril pernah menawarkan untuk menukarkan gunung-gunung menjadi emas buat
baginda, dan melantik baginda menjadi raja namun baginda tolak. Kerana baginda
memikirkan tidak akan menjadi alasan untuk umatnya nanti untuk tidak berdakwah
kerana berada dalam kemiskinan, kelaparan dan kesusahan. Baginda lebih rela
sama-sama menanggung keperitan umatnya daripada merasakan nikmat kemewahan.
Seharusnya pemimpin pada masa kini mempunyai nilai yang sama seperti baginda
jika benar kita mengakui bahawa Muhammad itu pesuruh Allah dalam kalimat
syahadat yang menjadi sumpah setia kita.
Kesimpulan ringkas
tentang keistimewaan nabi yang menyebabkan baginda sentiasa dirindui dan
disayangi:
1. rahmatan lil’alamin
2. nabi berkata dan
melakukan apa yabg baginda katakan.
Alhamdulillah sekadar
ini sahajalah perkongsian pada hari ini. Moga kita sama-sama dapat mengambil
manfaat dalam usaha kita untuk membuktikan firman Allah yang menhatakan bahawa
kita adalah umat yang terbaik.
Kamu
(wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah)
umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan
melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula
beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah ahli kitab
(Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman)
itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan
kebanyakan meraka adalah orang-orang yang fasik.
(Al-‘imran: 110)
No comments:
Post a Comment