Assalamualaikum warahmatullah.
Alhamdulillah, dulu,
kini dan selamanya kita bersyukur kepada Allah kerana dengan limpah rahmat dan
kurniaNya masih lagi diberi kesempatan untuk terus hidup di muka bumi ini dan
merasai nikmat iman dan islam sekaligus dapat saya menaip untuk berkongsi
sedikit ilmu yang baru sahaja didapatkan hari ini. Walauapun tak banyak namun
mudah-mudahan bermanfaat.
Berdasarkan kepada
judul yang ditarik (gaya bahasa orang Indonesia) di atas, maka pada hari ini
saya akan berkongsi tentang kenapa sebenarnya kita perlu untuk berinteraksi
dengan al-Quran yang merupakan kitab wahyu yang diberikan kepada nabi Muhammad
s.a.w yang mana merupakan kitab terlengkap lagi melengkapkan kitab-kitab yang
terdahulu serta perlu dan wajibnya dijadikan pedoman, manual untuk membimbing
kehidupan seharian manusia yang bergelar Muslimin dan Muslimat khususnya.
Yang pertama adalah
kerana petunjuk yang terkandung dalam al-Quran adalah amatlah jelas lagi nyata.
Hidayah Allah itu dikatakan ada di mana-mana. Sebenarnya tidak perlu jauh untuk
kita sebagai umat Islam untuk mencari hidayah kerana secara lughah atau
bahasanya hidayah bermaksud petunjuk manakala dari istilahnya pula bermaksud
petunjuk Allah ke arah kebenaran. Namun manusia itu sendiri yang menjadikannya
sukar untuk diimplementasikan dalam kehidupan seharian walaupun memang tidak
dapat dinafikan jika taufiq atau pertolongan Allah tidak datang untuk kita
melakukannya, maka kita tidak akan pernah dapat menjalankannya.
Namun yang ingin
ditekankan adalah betapa jelasnya petunjuk-petunjuk dalam al-Quran yang dapat
memacu kehidupan kita yang mana jika kita analogikan adalah seperti papan tanda
di tepi jalan. Dipaparkan bahawa untuk ke Mersing belok ke kanan manakala ke
kiri akan ke Bandar Kluang. Apakah perlu untuk kita berhenti di tepi jalan dan
beristikharah sebentar agar Allah memberikan petunjuk kerana ketidakyakinan
kita kepada papan tanda tersebut?
Keduanya adalah bahasa
Quran adalah bahasa Arab. Apakah keistimewaan bahasa ini? Bahasa Arab adalah
bahasa syurga. Amatlah beruntung kepada sesiapa yang pandai berbicara dalam
bahasa Arab kerana mereka faham betapa indahnya kosa kata dan susunan ayat
al-quran. Tetapi terdapat suatu situasi yang dengan kuasa Allah terjadi,
walaupun orang Melayu contohnya tidak pandai berbahasa Arab namun ada antaranya
yang dapat membacanya dengan baik sekali, bertarannum dan tertil walaupun tidak
memahaminya. Apakah boleh untuk kita membaca buku bahasa Jepun tanpa
memahaminya? Apakah boleh untuk kita membaca bahasa Filipina tanpa memahami
langsung maknanya? Begitulah keistimewaan al-Quran.
Selain itu, al-Quran
adalah puncaknya nada dan irama. Tidak perlu diiringkan dengan muzik tambahan
untuk membacanya dengan bertarannum. Lagu-lagu yang tersedia untuk bacaan
al-quran seperti Bayyati, Nahwan dan sebagainya sudah cukup dan mampu untuk
mengalahkan irama lagu penyanyi terkenal Beyonce, 2 pm dan sebagainya.
Bagaimana boleh dikatakan sedemikian? Mungkin akan ada yang mempersoalkannya.
Semuanya berbalik kepada hati masing-masing. Adakah hitam berkarat ataupun
putih bersih.
Al-Quran juga mudah untuk dipelajari dan dihafal. Ada
yang dapat menghafal al-Quran dalam masa setahun dua, ada yang 3 bulan da nada
yang dalam 40 hari. Namun semuanya boleh terjadi sekiranya kita mempunyai hati
nurani yang bersih, fikiran yang sentiasa fokus hanya kepada Allah dan segala
yang dilakukan hanyalah keran Allah, hanya itu sahajalah kunci untuk membuka
manga yang tertutup rapat menutup hati manusia untuk menghafal serta menghayati
isi al-Quran.
Manfaat yang akan kita
peroleh dengan interaksi yang efektif adalah lisan akan lebih terjaga.
Kata-kata yang keluar daripada mulut kita akan sentiasa terbimbing oleh
al-Quran. Kata-kata yang terkeluar dari mulut kita adalah hikmah kebijaksanaan
yang dapat mebawa kepada keharmonian hidup masyarakat sejagat. Seterusnya
adalah pemikiran kita juga akan terpelihara. Sentiasa positif dalam semua
perkara, melihat sesuatu langsung dapat melihat kebesaran Allah. Jika ada kawan
kentut pun kita takkan sebarkan pada orang lain. Akan kita nikmati sendiri
kebesaran kajadian ciptaan Allah kerana jika kita sebarkan maka perkara itu
mungkin akan menyinggung hati sahabat. Semua ini hanya untuk menunujukkan
betapa besarnya pengaruh al-Quran dalam kehidupan kita.
Kesimpulannya, untuk
mendapatkan interaksi dengan al-Quran yang efektif perlulah untuk kita sentiasa
introspeksi diri, membersihkan hati dan pemikiran kita daripada segala bentuk
maksiat, segala bentuk keegoan, kesombongan, ujub, riak, takabbur kerana semua
itu akan menjadi benteng penghalang kepada kita mengecapi nikmat turunnya
al-Quran. Semoga kita berjaya untuk meraih peluang ini selagi nafas belum
terhenti, selagi pintu taubat masih terbuka.
Mohon maaf atas kekurangan dalam penulisan ini
kerana menulis berdasarkan sedikit perkongsian yang diterima dan berdasarkan
had kapasiti ilmu agama yang masih cetek. Sekian, assalamualaikum.. J
Allahumma solli ‘ala saiyyidina Muhammad..
No comments:
Post a Comment